Wajah M Sia Baru Jadikan Ppn Kenderaan Politik Pan Ap Jerai
‘Inilah wajah Malaysia Baru’KL: Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) membuat pindaan terhadap Peraturan Pertubuhan Peladang 2019 secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan dan perbincangan menyeluruh dengan anggota Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).Katanya, Menteri dilihat seolah-olah menjadikan PPN sebagai kenderaan politik kepada Parti Amanah Negara (PAN) apabila pelantikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) di peringkat kawasan terdiri daripada kalangan ahli parti tersebut."Inilah wajah Malaysia Baru," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.Jelasnya, kebanyakan Pengerusi PPN Kedah dan negeri-negeri lain berasa amat kecewa kerana agensi itu kini berhadapan dengan banyak campur tangan politik khususnya.Hal ini katanya, kerana menteri banyak membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli.Beliau turut mempersoalkan pelantikan lima orang Ahli Jemaah Pengarah PPN dibuat secara terus oleh menteri, manakala hanya empat dipilih dalam kalangan ahli mesyuarat agung.Sementara itu, katanya PPN juga mempersoalkan keputusan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebelum ini yang memutuskan pembayaran elaun kepada pengerusi Nafas dan AJP dibuat secara tetap setiap bulan."Tidakkah ini secara jelas telah melanggar akta pertubuhan itu, kerana ia sepatutnya diputuskan oleh pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)."Kerajaan sebelum ini, mereka yang dilantik jawatan berkenaan menerima elaun secara tidak tetap dan mereka masuk dalam peladang untuk bantu peladang."Pendaftar LPP yang akan memutuskan berapa jumlah elaun yang harus dibayar berdasarkan keuntungan," jelasnya. – HARAKAHDAILY 23/10/2019
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..
Kisah Orang Melayu di Kota Mekah
Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..Kisah Semarak Bahasa Melayu (19) Mekah/Madinah &Kg...Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di M...Orang Arab Cakap Melayu Loghat K'tan Di Makkah.Orang Melayu Dihormati Di Mekah, Mengapa?Melayu Jatuh Hati Berada Di Tanah Haram, Mekah.Kisah Ibnu Hasyim Di Mekah 1987. Catatan Dari Colo...Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah. Bagaimana Masala...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/wajah-msia-baru-jadikan-ppn-kenderaan.html