Skin Dessert Buat Tindakan Undang Undang Terhadap Sirim Berikutan Isu Tular Di Media Sosial


 


Terkini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Sidang Media yang diadakan oleh pihak Skin Dessert (SD) bagi menjawab isu berkaitan komen yang dibuat oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang tular menerusi media sosial sebelum ini. Sidang Media yang dihadiri oleh kebanyakan pengamal media samada media cetak mahupun media elektronik diadakan di Ginger, KL.

 



Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar SURAT TUNTUTAN PADA 7 DISEMBER 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.

 

Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

 



Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’.

 

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut: 



“SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi [email protected].

 

Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

 

Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

 

PENGUJIAN PRODUK OLEH SIRIM

SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.

 

Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

 

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’.

 

SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM. Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: “Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NON-IRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.

 




Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022. Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum.

 

Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert. Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.

 

PRODUK TELAH LAMA DIHENTIKAN PENGELUARAN

Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.

 

Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

 

Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.

 

PELAN PENSTRUKTURAN SEMULA

Menerusi Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akan dihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’. Skin Dessert juga turut menghantar ENAM PRODUK untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia.

 


Menerusi hasil ujian ini, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun. Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum.

 

Orang ramai bagaimanapun boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2022/12/Skin-Dessert-Buat-Tindakan-Undang-Undang-Terhadap-SIRIM.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan Ke Atas Isu Tular Di Sosial Media

Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan Ke Atas Isu Tular Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 172 hits
Assalamualaikum hai semua Baru baru nie Kak Sue berkesempatan hadir ke Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan Ke Atas Isu Tular di Sosial Media yang heboh diperkatakan Biasa lah kan bila kita ada nama atau dikenali ramai setiap ...
Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media

Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 264 hits
Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media Assalamualaikum semua Bila sebut pasal Skin Dessert terus teringat lagu dia di corong corong radio kan Tapi pada sekitar bulan Oktober jenama Skin Dessert ni tular d...
Sentiasa Jaga Dalam Senyap Tindakan Baik Kim Jongkook Buat Song Jihyo Tular

Sentiasa Jaga Dalam Senyap Tindakan Baik Kim Jongkook Buat Song Jihyo Tular

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 367 hits
Sentiasa mendapat sokongan ramai hubungan Song Ji hyo dan Kim Jong kook dilihat terus berbunga di dalam Running man ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru program itu penonton perasan bahawa kedua mereka kelihatan rapat di belakang kamera K...
10 Curhatan Ibu Ibu Di Status Media Sosial Selalu Punya Cara Untuk Bikin Setiap Momen Jadi Lucu

10 Curhatan Ibu Ibu Di Status Media Sosial Selalu Punya Cara Untuk Bikin Setiap Momen Jadi Lucu

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 137 hits
Apa iya sebenarnya ibu ibu itu pada dasarnya punya bakat jadi komedian Lucu lucu semua ini soalnya
Wejangan Jangan Buru Buru Menikah Viral Di Media Sosial Bkkbn Beri Dukungan

Wejangan Jangan Buru Buru Menikah Viral Di Media Sosial Bkkbn Beri Dukungan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 144 hits
BKKBN dukung wejangan jangan buru buru nikah karena pernikahan butuh kesiapan mental kedewasan dan fisik yang matang
Ambil Tindakan Segera Terhadap Pemandu Lori Gantung Permit Operasi Syarikat Lori Ini Menteri Anthony Loke

Ambil Tindakan Segera Terhadap Pemandu Lori Gantung Permit Operasi Syarikat Lori Ini Menteri Anthony Loke

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 279 hits
Ambil tindakan segera terhadap pemandu lori gantung permit operasi syarikat lori ini Menteri Anthony LokeSusulan tular luahan seorang lelaki mengenai kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu lori sehingga menyebabkan mereka kehilangan bayi...
Hebahan Maklumat Palsu Pasukan Media Jpm Dipuji Mcmc Digesa Tegas Ambil Tindakan

Hebahan Maklumat Palsu Pasukan Media Jpm Dipuji Mcmc Digesa Tegas Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 80 hits
Orang ramai memuji tindakan pantas pasukan media Jabatan Perdana Menteri menyangkal hebahan palsu yang dilihat sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab Dalam masa sama rakyat berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Takkan Benda Camni Nak Rakyat Ajar Netizen Tegur Fahmi Fadzil Biarkan Media Cipta Naratif Negatif Terhadap Kerajaan

Takkan Benda Camni Nak Rakyat Ajar Netizen Tegur Fahmi Fadzil Biarkan Media Cipta Naratif Negatif Terhadap Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 156 hits
The ReporterMedia massa merupakan medium terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat Kendatipun media sosial sudah menjadi medium nombor satu masyarakat namun masih ada masyarakat yang mengharapkan informasi yang benar ...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu