Takkan Benda Camni Nak Rakyat Ajar Netizen Tegur Fahmi Fadzil Biarkan Media Cipta Naratif Negatif Terhadap Kerajaan


The Reporter




Media massa merupakan medium terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Kendatipun media sosial sudah menjadi medium nombor satu masyarakat, namun masih ada masyarakat yang mengharapkan informasi yang benar-benar sahih melalui berita-berita di televisyen. Disebabkan itu, peranan yang cukup besar bagi sesebuah produksi televisyen menyampaikan berita yang tepat dan jelas tanpa memihak kepada mana-mana individu, organisasi atau parti politik. 

Suhu politik di Malaysia pada ketika ini masih panas, setiap hari rakyat bercakap mengenai isu-isu politik walaupun Perdana Menteri dan Kabinetnya telah dilantik. Serentak dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat beberapa pengumuman 'panas' antaranya isu monopoli beras, bagi membela kepentingan rakyat khususnya golongan pesawah miskin.


Namun begitu, netizen berpandangan bahawa ada beberapa penjelasan yang dibuat oleh Perdana Menteri telah disalahertikan oleh sesetengah rakyat. Netizen mendakwa, media massa seperti RTM dan TV3 perlu memainkan peranan menjelaskan kepada rakyat atau penonton mengenai fakta yang sebenar. Tetapi yang sebaliknya pula berlaku, di mana saluran berkenaan hanya menyiarkan 50 peratus ucapan Perdana Menteri. 


"Liputan Berita RTM terkait isu yang dimainkan oleh pembangkang yang memfitnah konon satu-satu usaha mengganggu perniagaan konglomerat Melayu. Laporan lemah dan scene yang patut tunjuk pada khalayak untuk melawan fitnah itu tidak pula disiarkan," kata netizen. 


Dalam masa yang sama, netizen turut menggesa Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, tampil lebih agresif untuk menangani isu-isu sedemikian. 


Di Twitter, netizen mendakwa Buletin Utama (TV3) hanya menyiarkan penjelasan yang diberi oleh pembangkang mengenai tuduhan menerima dana dari 'taukeh' judi semasa PRU15 lalu, tanpa menyiarkan kenyataan balas yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.


"Buletin Utama tayang 30 saat poster fitnah terhadap Harapan dalam berita pukul 8 malam tanpa ada hujahan balas dari Harapan. Buletin Utama ditonton seramai 3.8 juta penonton," kata Rashid Yusoff (@RashidYusoff11). 


Buletin Utama tayang 30 saat poster fitnah terhadap HARAPAN dlm berita pukul 8 malam tanpa ada hujahan balas dari HARAPAN.

Buletin Utama ditonton seramai 3.8 juta penonton. pic.twitter.com/8aA7PRgyHy
— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) December 7, 2022

"Takkan nak suruh Rafizi Ramli turun untuk betulkan ini semua? Apa gunanya kerajaan diketuai Pakatan Harapan (PH) kalau segala usaha baik akan dikalahkan dengan fitnah PN? Elok PH berundur saja dan serahkan kepada PN?" kata Calcheuts dan Joe Sha. 


"Menteri Komunikasi is taking his own sweet time. Lagi lambat bertindak, lagi banyak misinformation tersebar dan lagi banyak yang perlu diperbetulkan. Tolonglah bertindak cepat Fahmi Fadzil," kata Ashraf Naserudin. 


Sementara itu, Fahmi Fadzil sedar dengan gesaan tersebut dan memaklumkan pihaknya sedang dalam usaha untuk mengambil tindakan dengan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkaitan. 


"InsaAllah, banyak perkara dalam tindakan. Ambil sedikit masa kerana baru hari ketiga, tak overnight," balasnya ringkas pada ciapan netizen di  Twitter, yang juga turut menafikan dakwaan mengatakan dirinya sedang 'berhoneymoon'. 





Sumber: Twitter Fahmi Fadzil, Rashid Yusoff

December 08, 2022 at 06:54AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/12/takkan-benda-camni-nak-rakyat-ajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Artis Takkan Tak Ada Duit Tabung Kilat Dilancarkan Netizen Persoal Kenapa Nad Zainal Tak Dipindah Ke Hospital Kerajaan

Artis Takkan Tak Ada Duit Tabung Kilat Dilancarkan Netizen Persoal Kenapa Nad Zainal Tak Dipindah Ke Hospital Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 210 hits
Seperti yang ramai sedia maklum aktres Nad Zainal telah dimasukkan ke hospital swasta di Ampang dan dirawat di Unit Rawatan Rapi sejak seminggu yang lalu Setiap hari rakan artis Ungku Ismail memberikan perkembangan terkini pelakon berusia 3...
Terkini Bantuan Motosikal Kepada Rakyat Malaysia Dari Kerajaan Selangor Mohon Segera Sebelum 7 Disember 2022

Terkini Bantuan Motosikal Kepada Rakyat Malaysia Dari Kerajaan Selangor Mohon Segera Sebelum 7 Disember 2022

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 398 hits
TERKINI Bantuan Motosikal Kepada Rakyat Malaysia Dari Kerajaan Selangor Mohon Segera Sebelum 7 Disember 2022 Dibawah kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan kepada rakyat yang memerlukan bantuan Ia merupakan inisiatif daripada ker...
Informasi Yang Tular Di Media Sosial Berkenaan Empat Bantuan Kerajaan Adalah Tidak Benar

Informasi Yang Tular Di Media Sosial Berkenaan Empat Bantuan Kerajaan Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 293 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia MOF ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di laman sosial berhubung dengan empat bantuan kerajaan tersebut adalah palsu Orang ramai dinasihatkan u
Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily com27 11 2022ADUN Kota Tampan Datuk Haji Saarani Mohamad gembila mendapat kerusi Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Perak Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Datuk Seri Haji Saarani Mohamad mendakwa beliau terpaksa membentuk kerajaan neg...
Dasyat Nak Jatuhkan Kerajaan Dah Tak Payah Sorok Sorok Dah

Dasyat Nak Jatuhkan Kerajaan Dah Tak Payah Sorok Sorok Dah

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 320 hits
Fuh Sekarang kerja mengkhianat dah tak perlu nak sorok sorok Boleh cerita terang terang Hebat betul mereka ni Khianat dah jadi budaya Kalau betul akan ada khianat lagi kali ini ia akan berbeza daripada Langkah Sheraton Kali ini khianat buka...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Hubungan Kaedah Green Dengan Supersimetri Kuantum Mudahnyabacajurnal

Realme Game Of Thrones Limited Edition Rekaan Epik Prestasi Hebat

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pening Menggigil Tak Larat

Kotak Packaging Custom Untuk Kek Coklat Cookies Nampak Eksklusif Nampak Sedap

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Looking For Waxing Near Me Why Edmonton Women Trust Comfort Wax Studio

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat