Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan Ke Atas Isu Tular Di Sosial Media


Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue berkesempatan hadir ke Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan Ke Atas Isu Tular di Sosial Media yang heboh diperkatakan. Biasa lah kan bila kita ada nama atau dikenali ramai setiap perbuatan, percakapan atau apa saja memang akan menjadi perhatian orang ramai. Dan Kak Sue rasa korang pun dah maklum isu Skin Dessert dengan Sirim yang memang hangat di sosial media. Tak nak buang masa jom Kak Sue kongsikan penjelasan dari Skin Dessert tentang isu nie..
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media
Skin Dessert Mula Tindakan Undang-Undang Terhadap Sirim Isu Tular Menerusi Sosial MediaAilezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media
Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM

Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut: “SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi [email protected]

Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media
Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.
Pengujian Produk Oleh SIRIMSIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.
Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’.
SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.
Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai:“Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NON￾IRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media
Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.
Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum.
Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert. Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.
Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran
Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media
Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.
Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan. 
Pelan Penstrukturan Semula
Menerusi Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akandihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’. Skin Dessert juga turut menghantar ENAM PRODUK untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia.
Menerusi hasil ujian ini, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun.
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media
Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum.
Orang ramai bagaimanapun boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.
Sidang Media Bersama Skin Dessert Tentang Tindakan ke Atas Isu Tular di Sosial Media
Haa.. harap korang baca dan jelas lah tentang isu yang tular nie ya. Kak Sue juga harap semoga dengan ulasan sidang media dari Skin Dessert nie dapat diselesaikan semuanya secara baik. Dan akhir sekali semoga team Skin Desser terus sukses untuk masa akan datang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shuhaidakabdy.com/2022/12/Sidang-Media-Bersama-Skin-Dessert-Tentang-Tindakan-ke-Atas-Isu-Tular-di-Sosial-Media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media

Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 306 hits
Sidang Media Bersama Skin Dessert Terhadap Isu Tular Menerusi Sosial Media Assalamualaikum semua Bila sebut pasal Skin Dessert terus teringat lagu dia di corong corong radio kan Tapi pada sekitar bulan Oktober jenama Skin Dessert ni tular d...
Skin Dessert Buat Tindakan Undang Undang Terhadap Sirim Berikutan Isu Tular Di Media Sosial

Skin Dessert Buat Tindakan Undang Undang Terhadap Sirim Berikutan Isu Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 232 hits
Terkini AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke Sidang Media yang diadakan oleh pihak Skin Dessert bagi menjawab isu berkaitan komen yang dibuat oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia yang tular menerusi media sosial...
Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 202 hits
RASMI INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 Baru sahaja berlangsung petang tadi sidang media kementerian pendidikan Malaysia yang pertama selepas pembentukan kerajaan perpaduan yang disidangkan oleh Yb Fadhlina Sidek Me...
Sidang Media Tan Sri Annuar Musa 15 Disember 2022

Sidang Media Tan Sri Annuar Musa 15 Disember 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 196 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Video Debat Jaksa Vs Hendra Kurniawan Di Sidang Soal Amankan Cctv Atas Perintah Samb

Video Debat Jaksa Vs Hendra Kurniawan Di Sidang Soal Amankan Cctv Atas Perintah Samb

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 127 hits
Momen panas terjadi saat sidang perintangan penyidikan kasus pembunuhan Brigadir J alias Yoshua Hutabarat Terjadi debat panas antara Jaksa Penuntut Umum dengan saksi Hendra Kurniawan di PN Jaksel Jumat
Selepas Sidang Media Sulung Adam Adli Meletup Di Twitter Upsi Ucap Tahniah Mom Pula Amat Kecewa

Selepas Sidang Media Sulung Adam Adli Meletup Di Twitter Upsi Ucap Tahniah Mom Pula Amat Kecewa

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 126 hits
FAZLI RADZISelepas sidang media sulung dan melaporkan diri secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya semalam nama Adam Adli meletup di Twitter Timbalan Menteri Belia dan Sukan dengan nama penuhnya Adam Adli Abdul Halim...
Wejangan Jangan Buru Buru Menikah Viral Di Media Sosial Bkkbn Beri Dukungan

Wejangan Jangan Buru Buru Menikah Viral Di Media Sosial Bkkbn Beri Dukungan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 175 hits
BKKBN dukung wejangan jangan buru buru nikah karena pernikahan butuh kesiapan mental kedewasan dan fisik yang matang
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord