Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak jijik cara Pakatan Harapan (PH) memainkan isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana tindakan mereka itu memberi kesan kepada keselamatan negara.
Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan PH sudah kekeringan isu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 sehingga sanggup menjadikan projek LCS sebagai isu besar.
Sedangkan, katanya, mengapa Kerajaan PH menangguhkan pembinaan LCS sebaik sahaja menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika projek tersebut telah mencapai kemajuan 55.7 peratus dan akhirnya dibekukan pada September 2019.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sepatutnya sebagai kerajaan, PH patut pastikan kapal tersebut diserah mengikut jadualkan dan bukannya tidak berbuat apa-apa.
“Projek hanya disambung semula pada bulan Mei 2022 oleh kerajaan hari ini apabila kontrak ditandatangan untuk sambung projek ditanda tangan selepas pandemik Covid pada tahun 2020 dan 2021.
“Lalu dijadikan isu propaganda sebelum PRU15 dengan pelbagai tohmahan kenapa kapal belum siap. Kamu yang tangguh, kamu yang bekukan dan kamu juga yang tanya kenapa kapal-kapal belum siap?
“Jijiknya permainan mereka tetapi ianya memberi kesan kepada kepentingan dan kesediaan TLDM dan keselamatan negara,” kata Najib.
Lantaran itu, Najib mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Wong Kah Woh dan bekas Kabinet PH untuk menjawab peratusan kemajuan projek dari permulaan pembinaan pada akhir tahun 2014 hingga Mei 2018 iaitu sebelum PRU14.
Kah Wong dan PH juga perlu menjelaskan kemajuan projek berkenaan dari Mei 2018 hingga September 2019 iaitu ketika projek tersebut dihentikan oleh kerajaan PH.
“Saya dah tanya soalan simple ini empat kali. Kenapa tak jawab sehingga kini? Perlu ingat juga bahawa kapal pertama hanya dijadualkan untuk diserah kepada TLDM pada tahun 2019 iaitu selepas kerajaan tukar tangan selepas PRU14 bukan sebelumnya.
“Perlu ingat juga bahawa syarikat Boustead ini milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTA). Segala keuntungan juga mengalir ke LTAT (bukan kroni sesiapa tetapi kroni TLDM) dengan dividen-dividen dan bonus tinggi cecah 12% sepanjang tempoh saya PM sebelum jatuh ke 2% pada tahun 2018 dan 2019 bawah kerajaan PH,” kata Najib.
Najib dalam kenyataan di Facebook turut mengingatkan bagaimana PH memainkan isu kapal selam Scorpene milik TLDM yang didakwa tidak boleh ‘menyelam’.
Beliau juga mendakwa PH turut memanipulasi isu enam unit helikopter jenis MD530G bagi memperkasakan ketumbukan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM).
“Dulu PH tuduh kapal selam kita tak boleh selam. Lalu selepas PH jadi kerajaan, Mat Sabu jawab dalam Dewan Rakyat bahawa kapal selam kita memang boleh selam.
“Dulu PH kata kenapa 6 buah helikopter dibeli tidak sampai dan wangnya sudah lesap. Lalu kesemua 6 buah helikopter diterima dalam keadaan baik.
“Kini mereka tak ada isu bagi PRU15 dan berada dalam keadaan lemah. Sebab itu mereka nak jadikan kelewatan projek LCS ini sebagai isu besar baharu. Itulah permainan PH,” sindir Najib.-MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/skandal-lcs-ph-dah-tak-ada-isu-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bukan Perawi Sahih Isu Skandal Lcs

Najib Bukan Perawi Sahih Isu Skandal Lcs

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 184 hits
Najib bukan perawi sahih isu skandal LCSPosted By on August 12 2022Skandal pembinaan kapal tempur pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia yang menjangkau seminggu sejak didedahkan semakin mendapat ulasan pelbagai pihak dari kalangan menteri go...
Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 302 hits
Kata Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bila terdapat pihak cuba menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS sambil mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir...
Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 270 hits
August 8 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Najib Razak satu satunya pemimpin politik yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh cuci tangan dalam skan...
Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 214 hits
Kalau kita lihat ulasan ulasan Najib Razak di laman FB beliau sejak isu kapal perang LCS yang tidak siap ini meletus menjadi isu besar dalam negara hampir semua aspek digebangnya Tujuannya tidak lain ialah untuk menunjukkan beliau sebagai P...
Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 228 hits
Skandal projek kapal tempur persisir tidak boleh ditutup dengan mudah sebaliknya pihak yang terlibat perlu tampil memberi penjelasan kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim Anwar turut menggesa bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas mente...
Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 398 hits
agendaily com11 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Walaupun nama beberapa pemimpin utama UMNO sekali lagi terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir Datuk Seri Ahmad Maslan tidak merasakan ia akan dapat menumbangkan UMNO ...
Lcs Najib Razak Mana Najib Razak

Lcs Najib Razak Mana Najib Razak

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 291 hits
Bukan rahsia lagi bahawa projek kapal tempur pesisir bernilai RM9 bilion yang dianugerahkan kepada anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd 11 tahun lalu telah dibelenggu dengan kos berlebihan dan kelewatan tanpa satu kapal pun diha...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza