Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi





FMT Reporters -August 8, 2022 
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli (Kiri) berkata Najib Razak satu-satunya pemimpin politik yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal itu.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh “cuci tangan” dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS), kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, hal ini kerana Najib merupakan perdana menteri ketika kerajaan menandatangani perjanjian bagi projek LCS bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2011 serta merupakan satu-satunya pihak yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal tersebut daripada keperluan tentera laut.
Dalam kenyataan hari ini, beliau mendakwa keputusan bagi menukar reka bentuk kapal tersebut daripada apa yang dikehendaki pihak tentera laut dikaitkan dengan Kumpulan Naval, syarikat Perancis yang sebelum ini dikenali DCNS.
DCNS merupakan sub-kontraktor bagi projek LCS. Syarikat yang sama turut menjual dua kapal Scorpene milik Malaysia pada 2002.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Rafizi turut mendakwa beliau memiliki dokumen dibocorkan kepadanya yang memberikan gambaran bahawa perjanjian tersebut telah “dimuktamadkan lebih awal” sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan BNS.
Merujuk kepada dokumen dimaksudkan, beliau membayangkan menteri yang terlibat dan BNS mengetepikan pandangan pihak tentera laut melibatkan reka bentuk LCS yang memungkinkan wujudnya campur tangan politik dalam perolehan kapal tersebut.
“Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bahawa bekas perdana menteri, Najib Razak tidak boleh lari dan cuci tangan dalam skandal ini.
“Satu-satunya pimpinan politik yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk kapal dan pada masa yang sama mempunyai sejarah hubungan dengan DCNS (melalui pembelian kapal Scorpene) ialah Najib Razak,” kata Rafizi.
Rafizi berkata, Najib lebih berkuasa berbanding menteri pertahanan dan Najib sendiri sewaktu menjadi menteri pertahanan pernah memilih DCNS bagi perolehan kapal selam (Scorpene).
Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan BNS telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS.
Wong berkata, tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut, yang dikurniakan kepada BNS melalui tender terbuka.
Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein selepas itu berkata, pihak yang terlibat dalam salah laku ini akan dibawa ke muka pengadilan.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan kes itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/najib-tak-boleh-cuci-tangan-skandal-lcs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 479 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak jijik cara Pakatan Harapan memainkan isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia kerana tindakan mereka itu memberi kesan kepada keselamatan negara Bekas Perdana Menteri itu menyifatka...
Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 385 hits
Kata Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bila terdapat pihak cuba menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS sambil mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir...
Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 343 hits
Skandal projek kapal tempur persisir tidak boleh ditutup dengan mudah sebaliknya pihak yang terlibat perlu tampil memberi penjelasan kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim Anwar turut menggesa bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas mente...
Rafizi Bakal Dedah Skandal Lcs Dakwa Mirip 1mdb

Rafizi Bakal Dedah Skandal Lcs Dakwa Mirip 1mdb

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 288 hits
NURHIDAYAH HAIROMSHAH ALAM Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli bakal mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur bernilai RM9 bilion Beliau berkata satu persatu penyelewengan yang berlaku akan ditun...
Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 549 hits
agendaily com11 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Walaupun nama beberapa pemimpin utama UMNO sekali lagi terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir Datuk Seri Ahmad Maslan tidak merasakan ia akan dapat menumbangkan UMNO ...
Skandal Lcs Bakal Didedah Dakwa Mirip 1mdb Rafizi

Skandal Lcs Bakal Didedah Dakwa Mirip 1mdb Rafizi

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 368 hits
satuberita myBy August 7 2022TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli akan mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur bernilai RM9 bilion yang sedang hangat diperkatakan ketika ini Menurutnya satu persa...
Rafizi Claims Najib S Associate Gave Away Control Of Lcs Subcontractor

Rafizi Claims Najib S Associate Gave Away Control Of Lcs Subcontractor

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 271 hits
PKR deputy president Rafizi Ramli today claimed that an associate of former premier Najib Abdul Razak had effectively ceded the Armed Forces Pension Fund s control over the littoral combat ship project to a foreign company despite holding a...
Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia

Hisense Malaysia Unveils Year End Campaign Celebrating Innovation And Everyday Comfort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Aktiviti Ppim Adakan Pertemuan Bersama Pengurusan Tertinggi Tekun Nasional Ppim 04 11 2025

Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu Sedap Berkrim Bikin Ketagih

Usd Jpy Analisis Harga Ramalan Yen Jepun Mengekalkan Dinamik Negatif

Warga Emas Hilang Di Chegar Medang Bentong Pada Ahad Lalu Ditemui Lemah Berhampiran Stesen Amaran Banjir Jps