Sistem Pengendali Tunggal Lapangan Terbang Jadikan Malaysia Kurang Menarik


Harizah Hanim Mohamed, Bernama 
   
Malaysia berpotensi muncul sebagai gabungan Singapura dan Dubai dalam industri penerbangan, namun ini sukar direalisasikan disebabkan oleh sistem pengendali lapangan terbang tunggal - amalan yang menjadikan Malaysia ketinggalan dalam usaha untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Dr Nungsari Ahmad Radhi menjelaskan Singapura, sebagai contoh, mempunyai permintaan dalam negeri yang kukuh, mencukupi untuk menyokong perniagaan lapangan terbangnya, yang seterusnya menjadi pemangkin pembangunannya sebagai pusat penerbangan.

"Sektor penerbangan Dubai pula didasarkan kepada peranannya sebagai hab transit, yang bergantung pada kesambungan dan keupayaan antara lapangan terbang-lapangan terbangnya, berbanding semata-mata atas permintaan domestik," katanya.

Malaysia mempunyai gabungan kedua-dua spektrum Singapura dan Dubai, yang mengupayakannya untuk cemerlang atau mampu bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa lain sekiranya lapangan terbang domestik menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik, terutama bagi penumpang transit, katanya dalam temu bual baru-baru ini.

"Kami perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan lapangan terbang dari segi perkhidmatan dan kecekapan, jika mahu menjadi seperti Singapura. Kami mempunyai tugas yang lebih besar untuk membangunkan ekonomi dan berkembang pada tahap yang lebih agresif, supaya boleh memenuhi permintaan domestik yang diperlukan untuk sektor penerbangan. "

Bagaimanapun, isu utama di sini ialah sistem pengendali tunggal semasa, yang tidak ada persainga, dan menjadikan sektor itu kurang menarik, katanya.

"Lapangan terbang Malaysia, terutama pintu masuknya, tidak beroperasi 24 jam sehari, yang mungkin mencerminkan hakikat bahawa keadaan ini tidak menarik kepada syarikat penerbangan. Ini juga menunjukkan bahawa persaingan juga mungkin bermasalah."

Pada masa ini, beliau berkata 80 peratus daripada syarikat penerbangan adalah dari Mumbai, India dan Beijing China.

"Satu lagi sebab ialah lapangan terbang di negara ini hanya beroperasi dalam tempoh yang terhad dan tidak menerima penumpang dari jarak jauh, seperti dari Amerika Utara. Oleh itu, lapangan terbang kurang digunakan," katanya.

Baru-baru ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandatangani lanjutan perjanjian operasi (OA) sehingga 11 Feb, 2069, bagi menggantikan dua OA pengendali yang ditandatangani pada 12 Feb 2009, dengan empat OA baharu - OA untuk KLIA, Sarawak dan lapangan terbang Sabah, serta lapangan terbang terpilih di Semenanjung Malaysia.

Untuk lebih jelas, kerajaan Malaysia merupakan pemilik aset hampir kesemua lapangan terbang komersial di negara ini dan merupakan pemilik tanah, dan berikutan lanjutan OA ini, MAHB akan terus berkhidmat sebagai pengendali lapangan terbang untuk 39 lapangan terbang di seluruh negara sehingga 11 Feb, 2069 .

Bagaimanapun, idea untuk mempunyai lebih banyak pengendali lapangan terbang di negara ini bukan perkara baharu kerana Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes telah menyuarakan pendapatnya mengenai perkara itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata lanjutan OA itu adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, dan ia akan memberi kebebasan kepada MAHB untuk terlibat dengan pelabur, terutama dalam membangunkan infrastruktur dan kemudahan.

OA, yang dijadual dimuktamadkan pada Jun, dijangka menyediakan ruang untuk MAHB merancang pelaburan untuk lapangan terbang, berbanding OA sebelum ini yang memerlukan kerajaan untuk menanggung perbelanjaan modal untuk pengembangannya.

Untuk masa hadapan, Nungsari percaya mengenai perlunya pelan induk atau kerangka yang memberikan arah yang jelas dan unjuran jangka panjang lapangan terbang di Malaysia untuk 30 tahun ke depan.

"Kita tidak boleh membuat keputusan untuk membina sebuah lapangan terbang baharu, tanpa mengambil kira kesalinghubungannya menggunaka n sistem pengangkutan lain, termasuk pengangkutan darat."

Beliau berkara Mavcom bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan dalam rancangan jangka panjang untuk sektor itu, yang akan mempertimbang kesalinghubungan menerusi pelbagai model, kapasiti atau rancangan pengembangan.

"Kami perlu mengoptimumkan perbelanjaan kerana kami kini banyak melabur dalam pengangkutan darat, terutama kereta api di Semenanjung Malaysia. Kami dapat mengoptimumkan perbelanjaan dengan meningkatkan kesalinghubungan."

Berikutan pertumbuhan trafik penumpang serantau yang semakin meningkat, Nungsari menegaskan pentingnya untuk menentukan model pembangunan lapangan terbang, kerana ia akhirnya akan menentukan lapangan terbang mana yang perlu diperluas atau dipindahkan, supaya akhirnya sejajar dengan pelaburan yang diperlukan untuk tujuan itu.

Beliau juga menjangkakan peraturan akan dilaksanakan untuk tahap jaminan perkhidmatan yang disediakan di lapangan terbang, serta layanan yang adil dan saksama untuk semua syarikat penerbangan kerana faktor-faktor ini telah terbukti di lapangan terbang negara-negara jiran dalam menarik syarikat penerbangan global.

Mengenai Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC), beliau berkata Mavcom percaya bahawa PSC harus ditentukan oleh kemudahan yang terdapat di lapangan terbang serta mencerminkan daya tarikan kepada para pelabur.

"MAVCOM menetapkannya (PSC), dan kami mahu membezakan PSC antara lapangan terbang namun kami perlu mencari asas dalam melakukan itu dengan cara yang paling objektif, Untuk itu kami telah membuat penilaian berdasarkan aset terkawal lapangan terbang.

"Pengkajian aset terkendali bertujuan untuk membezakan PSC berdasarkan jenis lapangan terbang serta kualiti, namun akhirnya akan menentukan model pembiayaan lapangan terbang, yang bemakna jika ada rancangan untuk membina lapangan terbang baharu, atau memperluasnya, siapa yang akan menanggungnya," katanya.

Beliau menegaskan bahawa pelan pengembangan lapangan terbang tanpa peruntukan wang kerajaan boleh dijayakan, namun pelabur pastinya akan menuntut peratusan caj yang dibenarkan untuk dikumpul memandangkan jumlah wang yang dilaburkan di lapangan terbang yang sangat besar.

"Pendapatan mereka adalah PSC dan PSC menentukan daya maju pembiayaan lapangan terbang."

"Sekiranya pelabur swasta menunjukkan minat untuk masuk, mereka perlu tahu berapa banyak yang mereka dapat dan sama ada kerajaan akan mengubahnya. Kita (perlu memastikan ia) adil kepada para pelabur.”-- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/sistem-pengendali-tunggal-lapangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasaran Malaysia Kurang Menarik Aliran Keluar Dana Asing Dijangka Berterusan

Pasaran Malaysia Kurang Menarik Aliran Keluar Dana Asing Dijangka Berterusan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 437 hits
Aliran keluar dana asing daripada Bursa Malaysia dijangka berterusan berikutan pelabur antarabangsa lebih tertarik kepada pasaran sedang pesat membangun yang lain terutamanya China dan Thailand kata penganalisis Bagaimanapun ketua penyelidi...
Lim Kenapa Halang Lapangan Terbang Kulim Guna Wang Swasta

Lim Kenapa Halang Lapangan Terbang Kulim Guna Wang Swasta

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 345 hits
GEORGE TOWN 30 April Tidak ada sebab untuk menghalang cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim di Kedah apabila pembiayaannya akan ditanggung oleh pihak swasta menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau
Kolaborasi Kxp Dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng Dapat Menguntungkan Kedua Dua Pihak

Kolaborasi Kxp Dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng Dapat Menguntungkan Kedua Dua Pihak

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 428 hits
ZHENGZHOU 28 April Kedah ingin mencontohi kejayaan kerajaan wilayah Henan di China dalam membangun dan mengendalikan Kompleks Lapangan terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng khususnya terminal kargo udaranya Menteri Besar Dato Seri Mukhriz...
Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 706 hits
Penggemar muzik K Pop pastinya gembira dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa persembahan kumpulan popular Bangtan Boys ke negara ini Tetapi cadangan itu tidak dipersetujui penggiat seni tempatan S...
Syarikat Bina Lapangan Terbang Changi Akan Ketuai Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang

Syarikat Bina Lapangan Terbang Changi Akan Ketuai Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 353 hits
GEORGE TOWN Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang dinanti nantikan akan diketuai sebuah konsortium Singapura yang membina Lapangan Terbang Changi di republik itu sidang Dewan Undangan Negeri Pula...
Pasukan Payung Terjun Jpj Hendak Ditubuhkan Netizen Kaitkan Dengan Kapal Terbang Vector Malaysia

Pasukan Payung Terjun Jpj Hendak Ditubuhkan Netizen Kaitkan Dengan Kapal Terbang Vector Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1262 hits
Viral gambar Kertas Cadangan Penubuhan Pasukan Payung Terjun JPJ Untuk JPJ Malaysia di laman sosial dan aplikasi WhatsApp telah menggemparkan netizen menyebabkan masing masing membuat andaian BACA Respon daripada netizen rata rata mengaitka...
Tempat Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia

Tempat Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 1122 hits
Tempat Menarik Popular Sekitar Sabah Sabah terletak di Kepulauan Borneo Dengan masa perjalanan menggunakan pesawat Airbus A320 dari KLIA2 ke KKIA selama 2 jam setengah cukup berbaloi Tempat Menarik yang Popular Di SabahLapangan terbangnya s...
Pemandu Terkejut Apabila Dikenakan Caj Lebih Rm9 500 Untuk Parkir Selama 45 Minit Di Sebuah Lapangan Terbang Singapura

Pemandu Terkejut Apabila Dikenakan Caj Lebih Rm9 500 Untuk Parkir Selama 45 Minit Di Sebuah Lapangan Terbang Singapura

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 256 hits
Antara perkara yang penting sering dititik beratkan ketika membeli kereta ialah caj parkir Kini letaklah kereta di mana sahaja pasti dikenakan caj parkir Hanya pada hari hari tertentu sahaja caj parkir tidak dikenakan Oleh kerana itulah ram...
Malaysia Kuota Haji Untuk Menteri Ahli Parlimen Tiada Lagi Bukti Ph Berkorban Untuk Rakyat

Malaysia Kuota Haji Untuk Menteri Ahli Parlimen Tiada Lagi Bukti Ph Berkorban Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 344 hits
Pemansuhan kuota haji khas kepada Menteri dan Ahli Parlimen seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh amat dialu alukan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tasek Gelugor Azmi Alang dilapor portal berk...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today