Tempat Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia



"Tempat Menarik Popular Sekitar Sabah"

Sabah terletak di Kepulauan Borneo. Dengan masa perjalanan menggunakan pesawat Airbus A320 dari KLIA2 ke KKIA selama 2 jam setengah cukup berbaloi.

Tempat Menarik yang Popular Di SabahLapangan terbangnya sendiri sudah memiliki perkataan antarabangsa. Menjadi hub pelancong domestik dan luar negara.


Lokasi-Lokasi Percutian Popular Sabah

Pulau yang cantik, makanan eksotik dan tradisi manusia yang pelbagai, antara mengapa Sabah menjadi tumpuan pelancong. Memang banyak lokasi dan tempat menarik di Sabah, tetapi ini adalah lokasi percutian popular yang selalu dikunjungi di Sabah.

Disenaraikan tempat-tempat menarik sekitar Sabah yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke Sabah:

1. Pekan Kundasang


Replika Kobis KundasangKundasang tempat terletaknya Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Kawasan tinggi sebegini memang menjanjikan hawa cuaca yang memang sejuk.

Sejuk pada kulit dan sejuk mata memandang. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, lembah sekitar Kundasang memang cantik panoramanya.

Pelbagai tumbuhan jarang ditemui, tumbuhan ditanam juga menarik. Jangan lupa singgah di pasar malamnya untuk mendapatkan makanan yang jarang anda temui.
Dapatkan 'chicken wing' madu yang dibakar. Dalam suasana sejuk memang terbaik.

Dengan replika daun salad yang masih belum kembang, mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

2. Kinabalu Park, Kundasang

Ingin merasai sedikit pengalaman pendaki Gunung Kinabalu boleh berkunjung ke sini. Jika bernasib baik dapat bergambar di beberapa lereng bukit yang nampak puncak Gunung Kinabalu.

Jika cuaca tidak mengizinkan boleh juga bergambar di hadapan pintu gerbang permulaan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu walaupun belum berhasrat untuk menawan gunung ini.

3. Desa Dairy Farm in Mesilau, Little New Zealand of Sabah


Lembu Di Dairy Farm KundasangNamanya sudah menggambarkan keadaan. Little New Zealand. Sebuah ladang ternakan lembu di lembah kaki Gunung Kinabalu. Ladang yang cukup luas dengan ternakan lembu hitam putih luar negara.

Bagi yang pernah menonton muzik video kumpulan Atmosfera Original Sabahan pasti akan teruja kerana penampakan Gunung Kinabalu adalah di hadapan dairy farm ini.

Selain melihat kepelbagaian lembu yang diternak tidak kira yang di kandang atau dilepaskan sekitar padang ragut, pengunjung boleh mendapatkan hasil tenusu yang segar selain mendapatkan gambar yang menarik dengan 'background' Gunung Kinabalu.

4. Polumpung Melangkap Kota Belud


Polumpung Melangkap Kota BeludTidak berpeluang merasai air bersih berasal dari Gunung Kinabalu tidak mengapa. Hasil dari gabungan air terjun dari puncak Gunung Kinabalu menghasilkan beberapa anak sungai sebelum menuju ke laut.

Dalam perjalanan air ini akan menempuhi kawasan berbatu yang menghasilkan jeram.

Masih lagi dengan latar Gunung Kinabalu namun di kawasan jeram. Sangat indah panoramanya.

Lebih kepada aktiviti 'adventure' seperti berkhemah (bukan bersama si nopal), water-rafting, flying fox dan pelbagai aktiviti lasak.

Untuk yang sekadar inginkan mendapatkan panorama menarik ini adalah tempatnya.

5. Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau


Ikan Kelah Sanctuary RanauIkan Kelah memang ikan yang tinggi nilainya. Dari segi sifat fizikal dan penampilannya yang elegan.

Bukan semua boleh memeliharanya.

Datang sahaja ke Sanctuari ini, beri makan dan pegang pun boleh. Memang jinak, tidak perlu menggunakan kaedah pelik untuk memanggil ikan-ikan Kelah ini datang kepada anda.

Dengan memberinya makan, penuh di kaki ikan ini. Urutan mulut oleh ikan-ikan Kelah ini mampu membuatkan anda tersenyum.

Melihat ikan-ikan berenang tidak tersedar masa berlalu, bukan sahaja kanak-kanak teruja malahan dewasa juga.

6. Pulau Sapi


Pulau Sapi SabahDatang ke Sabah tanpa mengunjungi pulau-pulaunya tidak lengkap kunjungan. Pulau Sapi antara salah satu pulau yang terletak di dalam gugusan Pulau Tunku Abdul Rahman yang dijaga.

Sampai sahaja di jeti dengan airnya yang jernih dan latar belakang hutan tropika menghijau, tenang jiwa.



Apalagi apabila anda snorkeling di Pulau Sapi. Ikan-ikan yang jinak dengan kepelbagaian hidupan laut tambahan airnya yang jernih memang akan meninggalkan pengalaman kepada pengunjung.

Dari jeti Jesselton mengambil masa 20 minit untuk sampai.

7. Pulau Manukan


Pulau Manukan SabahSebuah lagi pulau yang kaya dengan hidupan laut, masih dengan panorama hutan hujan tropika sebagai latar belakang dengan pantainya yang memutih dan air kehijauan. Tempat snorkeling yang menjanjikan kepuasan dalam misi mencari ikan-ikan yang unik dan cantik di dalam air. Sungguh jinak.

Mandi manda adalah kemestian, jika bernasib baik boleh mandi manda dan berenang dengan ikan-ikan yang ada.

Untuk ke pulau-pulau sebegini di Sabah, dapatkan pakej island hopping di jeti jesselton Kota Kinabalu.

8. Ladang Teh Sabah Tea Ranau


I Love Sabah TeaTerletak di antara Pekan Kundasang dan Fish Spa Sungai Moroli. Terdapat satu-satunya ladang teh di kepulauan Borneo.

Selain menikmati keindahan kehijauan ladang teh boleh dapatkan kenangan bergambar dengan mercu tanda yang ada.

Kedudukan yang agak tinggi nun di atas bukit, meskipun tengah hari masih terasa hawa sejuk. 

9. Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu


Masjid Terapung Bandaraya LikasSelain tempat beribadah Masjid Terapung Bandaraya menjadi tumpuan pelancong. Terletaknya dekat dengan laut menghasilkan angin sepoi-sepoi apalagi masjid ini terapung di atas air.

Senibinanya juga menarik. Memang cukup cantik untuk bergambar.

Bagi non-muslim yang ingin memasuki melihat keindahan alam, disediakan jubah menutup aurat.

Dari luar cantik, dalaman indah.

10. Salut Sulaman Sepanggar


Salut SepanggarAir kelapa dengan laut jarang tidak serasi. Jum singgah dapatkan air kelapa muda yang dibakar di sekitar Jalan Sulaman ini, boleh menghilangkan dahaga, selain berkhasiat.

Mungkin ada yang belum pernah makan satu kepah yang dinamakan lokan.

Bolehlah mencuba lokan bakar mana tahu serasi dengan citarasa. Kawasan ini memang menjual makanan seperti yang disenaraikan di atas, sepanjang jalan. Itulah keunikannya.

11. Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu


Makanan Laut Segar Waterfront SabahNak menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan laut (seafood) sinilah tempatnya. Dari pelbagai jenis, bentuk, warna dan rasa boleh didapati.

Dikelaskan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk pembelian seafood dan satu lagi untuk di makan.

Kebiasaan apabila pengunjung datang ke sini akan memilih makanan laut di gerai-gerai makanan laut yang mentah yang cukup banyak.

Kemudian akan ke bahagian hujung yang merupakan kawasan restoran yang boleh masakkan untuk anda.

12. Pasar Filipina Kota Kinabalu


Shopping Cenderahati Di Pasar FilipinaJarang pelancong yang datang tidak akan membawa pulang ole-ole untuk diri sendiri atau mereka yang gagal datang bersama.

Disinilah tempatnya. Apa-apa jenis cenderahati boleh didapati, baju, keychain, semua ada.

Apa yang unik disini adalah mutiaranya, ramai pengunjung mencari mutiara di sini tidak kira dalam bentuk cincin, rantai, ataupun butang baju melayu.

Rambang mata mereka yang meminati mutiara untuk memilih.

Bukan barangan itu sahaja, keropok, amplong (keropok versi Sabah) , ikan kering dan macam-macam lain makanan yang boleh dibawa pulang.

Peniaga-peniaga disini juga cukup peramah, siap akan tolong bungkuskan barangan anda.

13. Tugu I Love KK 


Tugu I Love KK SabahAntara mercu tanda anda sampai di Kota Kinabalu. Perkatan 'I Love KK' yang bewarna merah (ketika penulis datang) boleh dijadikan bukti anda pernah menjejakkan kaki di sini.

Membelakangi laut membolehkan latar belakang lebih menarik.

14. Tugu Ikan Todak


Tugu Ikan Todak KKApalagi mercu tanda todak yang didirikan di tengah-tengah bulatan juga rugi jika tidak dijadikan kenangan, namun, berhati-hati kerana ia ditengah jalan raya.

Itinerary Percutian Sabah

Ini adalah sebahagian tempat menarik yang popular dan pernah penulis jejaki. Mungkin berpeluang ke Sabah lagi, akan ditambah tempat menarik yang berjaya dijejaki.

Boleh dapatkan contoh itenerary Kundasang-Kota Kinabalu di bawah:


ITINERARY PERCUTIAN KK-KUNDASANG
Tips Percutian Ringkas

1. Mudahkan pencarian penginapan di tempat-tempat menarik sekitar Sabah dengan Traveloka.

2. Untuk tiket penerbangan Malaysia Airlines ada menawarkan harga promosi ke Sabah atau boleh jadikan Malindo Holidays sebagai pilihan lain.

3. Untuk ke pulau-pulau sekitar Sabah dan tidak mahu barangan peribadi basah boleh mendapatkan barangan HyperGear yang kalis air

Anda fikir adan tahu Tempat-Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2019/04/tempat-tempat-menarik-popular-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Majalah Komik Lawak Popular Di Malaysia Jadi Hiburan Suatu Ketika Dulu

10 Majalah Komik Lawak Popular Di Malaysia Jadi Hiburan Suatu Ketika Dulu

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 947 hits
Komik keluaran Malaysia pernah mencetuskan fenomena yang sangat hebat di kalangan pembaca komik tempatan kerana keunikan dan originaliti komik kartun itu sendiri Ianya pernah mencapai zaman kemuncak bermula era 80 an sehingga awal 2000 an S...
Tempat Menarik Wajib Dikunjungi Di Labuan

Tempat Menarik Wajib Dikunjungi Di Labuan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 402 hits
Terletak hanya beberapa jam perjalanan bot dari Kota Kinabalu dan
19 Tempat Menarik Di Kota Bharu Banyak Tempat Bersejarah Yang Boleh Anda Lawati

19 Tempat Menarik Di Kota Bharu Banyak Tempat Bersejarah Yang Boleh Anda Lawati

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 297 hits
Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan Terdapat banyak tempat menarik yang terdapat di negeri Serambi Mekah ini Bukan setakat dapat melawat tempat yang best sahaja malah anda juga dapat membeli belah di sini kerana harga sesetengah barang...
Sistem Pengendali Tunggal Lapangan Terbang Jadikan Malaysia Kurang Menarik

Sistem Pengendali Tunggal Lapangan Terbang Jadikan Malaysia Kurang Menarik

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 368 hits
Malaysia berpotensi muncul sebagai gabungan Singapura dan Dubai dalam industri penerbangan namun ini sukar direalisasikan disebabkan oleh sistem pengendali lapangan terbang tunggal amalan yang menjadikan Malaysia ketinggalan dalam usaha unt...
Ini Bukan Rumah Tapi Tempat Sampah Viral Budak 12 Tahun Tinggal Sendirian Menarik Perhatian Ramai

Ini Bukan Rumah Tapi Tempat Sampah Viral Budak 12 Tahun Tinggal Sendirian Menarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 449 hits
Ini Bukan Rumah Tapi Tempat Sampah Viral Budak 12 Tahun Tinggal Sendirian Menarik Perhatian Ramai Saya terkejut apabila melihat sendiri rumah didiami kanak kanak berusia 12 tahun ini yang ternyata tidak sesuai dan tidak selamat untuk didiam...
25 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

25 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 741 hits
Bagi yang gemar bercuti bersama keluarga dan orang yang tersayang disini kami ada beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang harus anda lawati Bahkan anda tidak perlu pening kepala untuk mencari tempat menarik di Pulau Pinang lagiJika and...
Pilih Watak Animasi Popular Malaysia Bukannya Dari Negara Lain Menteri

Pilih Watak Animasi Popular Malaysia Bukannya Dari Negara Lain Menteri

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 361 hits
Menteri Pelancongan Sei dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini menafikan watak animasi Jepun Doraemon dijadi sebahaian bahan tarikan dan promosi pelancongan bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Beliau berkata perkara itu adala...
Teach History Of Malaysia In Schools Urges Sabah Opposition Rep

Teach History Of Malaysia In Schools Urges Sabah Opposition Rep

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 262 hits
PBS secretary general Jahid Jahim says students and the public at large lack knowledge on the formation of Malaysia KOTA KINABALU An opposition assemblyman is unhappy over the lack of details on the formation of Malaysia which he said has b...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket