Syarikat Bina Lapangan Terbang Changi Akan Ketuai Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang


GEORGE TOWN: Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) yang dinanti-nantikan akan diketuai sebuah konsortium Singapura yang membina Lapangan Terbang Changi di republik itu, sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang diberitahu hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata Consortium CPG Consultants Pte Ltd (CPG) dan AHS Architects Sdn Bhd dilantik sebagai perunding projek itu menerusi tender terbuka Malaysia Airports Holdings Berhad pada 15 Februari lalu.

Katanya, kerja pembinaan dijadualkan bermula Jun 2020 dan dijangka mengambil 3 tahun untuk disiapkan.

Chow bagaimanapun tidak mendedahkan kos projek itu, tetapi berkata kapasiti PIA akan dinaikkan daripada 6.5 juta penumpang setahun ketika ini kepada 12 juta.




Ia susulan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang kapasiti PIA akan ditingkatkan kepada 16 juta penumpang setahun, dengan projek itu dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) pada kos RM1.2 bilion.

Jumlah penumpang di PIA sudah melebihi kapasitinya apabila ia mencecah 7.79 juta penumpang tahun lalu.

Menurut laman web CPG, syarikat berpangkalan di Singapura itu terbabit dalam pembinaan Lapangan Terbang Changi pada 1970-an. Ia memperbesarkan Terminal 1 dan 2 sedia ada serta membina Terminal 3 pada 2008.

CPG ialah Jabatan Kerja Raya Singapura dari 1999 hingga 2003 sebelum diperbadankan.

Chow berkata, rancangan Kedah membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim akan membawa impak negatif kepada Pulau Pinang berdasarkan 2 laporan kebolehlaksanaan yang dilihat kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, rancangan Kedah menggunakan Lapangan Terbang Kulim untuk tujuan kargo semata-mata mungkin tidak berjaya kerana terminal kargo Pulau Pinang sudah mencukupi dan mempunyai ruang untuk pembesaran.

“Pulau Pinang berpendapat Kementerian Pengangkutan perlu meneliti perkara ini sekali lagi dan kajian lebih terperinci perlu dilaksanakan supaya ia menyeluruh dan dan menguntungkan semua pihak.

“Setiap negeri mempunyai hak untuk pembangunan, tetapi ini dekat dengan Pulau Pinang. Satu keadaan menang-menang perlu dicapai antara kami dan Kedah.”

Baru-baru ini, Kedah meluluskan pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Kulim pada harga RM1.6 bilion yang akan dibiayai melalui PFI.

Menteri Besarnya, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, sebuah syarikat tujuan khas (SPV), KXP Airport City Holding Sdn Bhd, yang mula beroperasi bulan lalu akan mengkaji projek itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/syarikat-bina-lapangan-terbang-changi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Tak Pernah Lulus Projek Tambak Laut Pulau Pinang

Putrajaya Tak Pernah Lulus Projek Tambak Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 442 hits
Kerajaan persekutuan menafikan meluluskan projek tambak laut 3 pulau di selatan Pulau Pinang sebaliknya Majlis Perancang Fizikal Negara dalam mesyuarat semalam hanya menasihatkan kerajaan negeri mengenai perkara itu Menteri Wilayah Persekut...
Sistem Pengendali Tunggal Lapangan Terbang Jadikan Malaysia Kurang Menarik

Sistem Pengendali Tunggal Lapangan Terbang Jadikan Malaysia Kurang Menarik

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 384 hits
Malaysia berpotensi muncul sebagai gabungan Singapura dan Dubai dalam industri penerbangan namun ini sukar direalisasikan disebabkan oleh sistem pengendali lapangan terbang tunggal amalan yang menjadikan Malaysia ketinggalan dalam usaha unt...
Lim Kenapa Halang Lapangan Terbang Kulim Guna Wang Swasta

Lim Kenapa Halang Lapangan Terbang Kulim Guna Wang Swasta

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 345 hits
GEORGE TOWN 30 April Tidak ada sebab untuk menghalang cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim di Kedah apabila pembiayaannya akan ditanggung oleh pihak swasta menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau
Kolaborasi Kxp Dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng Dapat Menguntungkan Kedua Dua Pihak

Kolaborasi Kxp Dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng Dapat Menguntungkan Kedua Dua Pihak

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 428 hits
ZHENGZHOU 28 April Kedah ingin mencontohi kejayaan kerajaan wilayah Henan di China dalam membangun dan mengendalikan Kompleks Lapangan terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng khususnya terminal kargo udaranya Menteri Besar Dato Seri Mukhriz...
Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 409 hits
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang undang kata sumber yang rapat dengan penyiasa...
Pemandu Terkejut Apabila Dikenakan Caj Lebih Rm9 500 Untuk Parkir Selama 45 Minit Di Sebuah Lapangan Terbang Singapura

Pemandu Terkejut Apabila Dikenakan Caj Lebih Rm9 500 Untuk Parkir Selama 45 Minit Di Sebuah Lapangan Terbang Singapura

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 257 hits
Antara perkara yang penting sering dititik beratkan ketika membeli kereta ialah caj parkir Kini letaklah kereta di mana sahaja pasti dikenakan caj parkir Hanya pada hari hari tertentu sahaja caj parkir tidak dikenakan Oleh kerana itulah ram...
Kpdnhep Pulau Pinang Sita 27 Ribu Kg Kurma Guna Logo Halal Tidak Sah

Kpdnhep Pulau Pinang Sita 27 Ribu Kg Kurma Guna Logo Halal Tidak Sah

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 1010 hits
Sebahagian kurma dipercayai menggunakan logo halal palsu yang dirampas dalam satu serbuan di Bandar Perda hari ini Foto oleh SAZALI CHE DINSEBERANG PERAI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyita kira kira 27 000 k...
Percutian Kami Di Pulau Pinang Pulau Mutiara

Percutian Kami Di Pulau Pinang Pulau Mutiara

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 377 hits
Batu Feringghi Pulau Pinang 22 Disember 2016 24 Disember 2016 Sedikit pengalaman melawat bumi Penang Pulau Mutiara Day 1 Check in hotel lebih kurang dalam pukul 3 petang dah lewat mata mengantuk tapi incik suami nasihatkan kita ni berjalan ...
Tempat Viral Pulau Pinang Hari Ketiga

Tempat Viral Pulau Pinang Hari Ketiga

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 521 hits
akhirnya kami akan kembali ke pangkal jalan semakin dekat hari pengakhiran di pulau pinang kali ini dengan beg gajah kami singgah di roti bakar hutton line tak tahu lah apa yang menarik di sini aku tak tahu apa tarikan sarapan di sini bagi ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti