Pasaran Malaysia Kurang Menarik Aliran Keluar Dana Asing Dijangka Berterusan


Aliran keluar dana asing daripada Bursa Malaysia dijangka berterusan berikutan pelabur antarabangsa lebih tertarik kepada pasaran sedang pesat membangun yang lain, terutamanya China dan Thailand, kata penganalisis.
Bagaimanapun, ketua penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata, ini tidak mempunyai kaitan dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan menyambut ulang tahun pertama mentadbir negara pada 9 Mei.
“China mencatat prestasi amat baik sejak awal tahun ini, berikutan penjualan yang dilihat pada Disember telah berakhir.
“Bagi indeks pasaran saham Thailand, ia melebihi petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada bulan ini selepas mencatat prestasi rendah sebelum ini,” katanya.
Indeks Bursa Saham Thailand (SET) ditutup pada 1,679.05 Jumaat, manakala Bursa Malaysia pada 1,637.30.
Selain itu, Pong berkata, pendapatan korporat yang mengecewakan sejak akhir 2017 turut menyebabkan pasaran saham tempatan kurang menarik.
“Kita memasuki musim pendapatan suku tahun Mac di mana pengumuman korporat akan dibuat secara berperingkat pada separuh ke-2 bulan ini, bagaimanapun saya bersedia untuk melihat lebih banyak pengumuman yang mengecewakan,” katanya.
Mengulas mengenai aliran dana, Pong berkata, pasaran ekuiti tempatan, yang ditutup pada 1 Mei sempena cuti umum Hari Pekerja, menyaksikan jualan asing bersih yang tinggi sebanyak RM295.5 juta pada minggu ini berbanding RM72 juta pada minggu sebelumnya, sebahagian besarnya disebabkan jualan ekuiti di seluruh dunia pada minggu ini berikutan prestasi Bursa Saham New York yang lemah.
Katanya, penyertaan yang rendah daripada institusi tempatan dan pelabur runcit pada 30 April, sebahagian besarnya disebabkan pengenalan kitaran penyelesaian T+2 yang bermula pada 29 April, turut menyumbang kepada prestasi dana yang lemah pada minggu ini.
“Kita hanya menyaksikan penyertaan sebanyak 39% daripada institusi tempatan pada 30 April berbanding kadar penyertaan yang normal sebanyak 45-50%.
“Bagi pelabur runcit tempatan, penyertaan hanya 21 peratus pada 30 April, apabila ia boleh mencecah sehingga 34.2 peratus seperti yang dilihat pada 22 April, 2019.
“Pelabur menjadi lebih berhati-hati susulan pengenalan kitaran penyelesaian T+2, membawa kepada jangkaan jualan daripada institusi tempatan dan pelabur runcit,” katanya.
Skim T+2 itu, yang bertujuan memendekkan kitaran penyelesaian, akan mengurangkan risiko rakan niaga, meningkatkan kecekapan operasi, mengukuhkan daya saing pasaran dan meningkatkan keharmonian global.
Mengenai prestasi ringgit, ketua penyelidikan ekonomi Kenanga Investment Bank Bhd Wan Suhaimi Wan Mohd Saidie menjangka unit tempatan kekal berada antara 4.10 dan 4.15 berbanding dolar AS pada separuh pertama tahun ini, disokong oleh asas ekonomi negara yang kukuh.
“Malaysia masih mempunyai lebihan akaun semasa yang baik, pertumbuhan permintaan domestik yang mampan serta sistem kewangan yang stabil dan diuruskan dengan baik.
“Oleh itu, saya percaya akan terdapat asas yang kukuh untuk ringgit,” katanya.
Wan Suhaimi berkata, unit tempatan masih berada di bawah nilai berikutan pelabur mencari hala tuju yang lebih jelas mengenai dasar dan kestabilan politik, yang boleh menempatkan Malaysia di hadapan berbanding negara lain.
Mengenai jangkaan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR), Wan Suhaimi berkata, sejajar dengan ekonomi global yang lembap, pelabur tidak mengambil kira kemungkinan pengurangan OPR sebanyak 25 mata asas, yang telah ditunjukkan pada paras semasa ringgit.
Semasa ditutup pada Jumaat, ringgit berada pada 4.1410/1440 berbanding dolar AS.
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 7 Mei ini untuk menentukan sama ada mengurangkan atau mengekalkan OPR.
Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/05/pasaran-malaysia-kurang-menarik-aliran-keluar-dana-asing-dijangka-berterusan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Pengendali Tunggal Lapangan Terbang Jadikan Malaysia Kurang Menarik

Sistem Pengendali Tunggal Lapangan Terbang Jadikan Malaysia Kurang Menarik

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 431 hits
Malaysia berpotensi muncul sebagai gabungan Singapura dan Dubai dalam industri penerbangan namun ini sukar direalisasikan disebabkan oleh sistem pengendali lapangan terbang tunggal amalan yang menjadikan Malaysia ketinggalan dalam usaha unt...
As Dan China Mungkin Mengejutkan Pasaran Dengan Pertumbuhan Kdnk Yang Tidak Dijangka Tinggi Pada Suku Pertama

As Dan China Mungkin Mengejutkan Pasaran Dengan Pertumbuhan Kdnk Yang Tidak Dijangka Tinggi Pada Suku Pertama

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 342 hits
Penutupan sementara kerajaan konflik perdagangan dan kelembapan pertumbuhan global terhadap laporan ekonomi ini prospek untuk suku pertama bagi ekonomi AS tidak kelihatan menjanjikan Walau bagaimanapun laporan Keluaran Dalam Negara Kasar un...
Wow Gadis Wanita Cina Lancar Gerakan Kumpul Dana Terharu Tengok Pemuda Kurang Duit Gigih Beri Makan Haiwan Jalanan

Wow Gadis Wanita Cina Lancar Gerakan Kumpul Dana Terharu Tengok Pemuda Kurang Duit Gigih Beri Makan Haiwan Jalanan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 432 hits
Wanita Cina lancar gerakan kumpul dana terharu tengok pemuda kurang duit gigih beri makan haiwan jalanan Michelle Teng bersama anjing peliharaannya Yuuki Foto Michelle Teng Ann memberi makanan kepada anjing dan kucing jalanan Foto ihsan Azm...
Malaysia Keluar Nota Bantahan Pencerobohan Nelayan Vietnam

Malaysia Keluar Nota Bantahan Pencerobohan Nelayan Vietnam

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 416 hits
KUANTAN Malaysia akan mengeluarkan nota bantahan kepada kedutaan Vietnam berhubung pencerobohan nelayan dari negara itu di perairan negara dalam masa terdekat Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata negara ini akan meminta penjelasan ...
Realme 3 Pro Dijangka Ditawarkan Pada Harga Bermula Rm899 Di Malaysia

Realme 3 Pro Dijangka Ditawarkan Pada Harga Bermula Rm899 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 567 hits
Realme bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan dalam beberapa hari lagi iaitu Realme 3 Pro Menariknya kini terdapat beberapa penjual yang telah mula mengambil pra tempahan untuk telefon pintar ini memperlihatk...
Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 726 hits
Penggemar muzik K Pop pastinya gembira dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa persembahan kumpulan popular Bangtan Boys ke negara ini Tetapi cadangan itu tidak dipersetujui penggiat seni tempatan S...
Malaysia Dijangka Akan Berdepan Deflasi Teruk Sukar Pulih Kata Ku Li

Malaysia Dijangka Akan Berdepan Deflasi Teruk Sukar Pulih Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 351 hits
Malaysia dijangka berdepan deflasi yang lebih teruk dan sukar dipulihkan jika kerajaan sekarang tidak mengambil langkah drastik dalam pemulihan ekonomi demikian menurut Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Beliau yang juga bekas...
Terjawab Sudah Kenapa Tentera Malaysia Keluar Dari Arab Saudi

Terjawab Sudah Kenapa Tentera Malaysia Keluar Dari Arab Saudi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1083 hits
Kini terjawap sudah kenapa kerajaan Malaysia menarik keluar Tentera kita yang berkhidmat membantu Arab Saudi mempertahankan dua kota suci Mekah dan Madinah Kita semua tahu malah dalam ceramah ustaz ustaz di masjid surau dan dalam youtube Da...
Pertikaian Perdagangan Antara Washington Dan Beijing Mempengaruhi Pergerakkan Pasaran Pertukaran Asing

Pertikaian Perdagangan Antara Washington Dan Beijing Mempengaruhi Pergerakkan Pasaran Pertukaran Asing

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 464 hits
Keghairahan mengenai perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China tidak berkurangan sekaligus menyebabkan pergerakan ketara dalam pasaran pertukaran asing Para pelabur mula bimbang sejak Jumaat lalu dan akibatnya pengenalan tari...
100 Tahun Tun Dr Mahathir Mohamad Sebuah Legasi Untuk Malaysia

4 New Ai Updates On Android Coming To Samsung Galaxy Devices

Essential School Supplies Equipping Students For Academic Success

Tumbuhan Hoya R Br Si Cantik Yang Wangi

Seni Sabar Dalam Islam Panduan Praktikal Menurut Ibn Qud Mah

Apa Kebaikan Utama Tiga Suplemen Hebat Minyak Ikan Nv Minyak Zaitun Olivie 30 Plus Dan Tocotrienol Sofgel

Of Singapore S Talent Angels Snatching Away Already Scarce Malaysian Healthcare Professionals

Semoga Allah Terus Merahmati Tun Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke 100 Buat Tun Mahathir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Pisang Rangup Sedap Dan Senang Dibuat

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 100 Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Xai Lancar Grok 4 Model Ai Berkuasa Dengan Pelan Premium Usd300 Sebulan

100 Tahun Tun Mahathir Pemikiran Yang Mendahului Zaman

Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda

Kadar Opr Terkini 2025 Bnm Ambil Langkah Proaktif