Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar


Sistem Pelayan Inisiatif BUDI95 Mampu Proses 30,000 Transaksi Seminit – PM Anwar
PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) — Sistem server atau pelayan bagi pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mampu memproses 30,000 transaksi seminit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan keupayaan sistem itu bertujuan memastikan tiada gangguan teknikal berlaku seperti yang pernah dialami sebelum ini di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Jadi nak elak masalah yang dihadapi tatkala kita perkenalkan di awal pelaksanaan SARA. Jadi BUDI95, kapasiti server itu jauh lebih besar.
“SARA itu sebenarnya direncana untuk kumpulan lebih kecil, kita belajar daripada pengalaman itu. Jadi SARA mampu memproses 3,000 transaksi seminit, tapi BUDI95 server itu mampu memproses 10 kali ganda, maknanya lebih 30,000 transaksi seminit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Beliau berkata penyasaran subsidi RON95 mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI dalam menangani ketirisan dan penyeludupan RON95, selain pada masa sama memastikan kebajikan rakyat kekal dipelihara.
Anwar pada 22 Sept lepas mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter, berkuat kuasa 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah BUDI95.
Semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak untuk subsidi RON95 dan berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dianggarkan lebih 16 juta orang layak menerima subsidi itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri membidas dakwaan sesetengah pihak kononnya pelaksanaan BUDI95 menyusahkan rakyat kerana perlu menggunakan kad pengenalan untuk membeli petrol.
Beliau berkata penggunaan kad pengenalan tidak sepatutnya dijadikan isu oleh pihak tertentu kerana pelaksanaan BUDI95 adalah demi faedah majoriti rakyat Malaysia untuk menikmati harga petrol antara yang terendah di rantau ini.
“Mana ada sistem yang sempurna. Apa pun dalam sistem (BUDI95), ia beri faedah kepada majoriti besar (rakyat),” kata Anwar.
Menjelaskan lanjut mengenai BUDI95, Anwar berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan hanya rakyat tempatan menerima manfaat, sekali gus mengelak ketirisan kepada warga asing yang turut menikmati harga subsidi sebelum ini.
“Bila kita turunkan harga untuk warganegara, kita perlu tentukan siapa warganegara. Kalau tidak, orang lain (warga asing) dapat. Warga asing bukan rakyat kita, tidak bayar cukai seperti kita. Jadi mereka tidak layak (menikmati) harga subsidi.
“Warga asing di Malaysia maksudnya orang luar yang tinggal di sini dan daftar kenderaan Malaysia. Mereka masih dapat harga relatif murah (RM2.60 seliter) tapi bukan harga subsidi penuh. Kalau kenderaan (nombor plat) luar, mereka bayar harga RON97,” kata Anwar.
Perdana Menteri dalam pada itu mengingatkan rakyat agar tidak panik dan gopoh ketika pelaksanaan BUDI95 pada 30 Sept.
Warga polis dan tentera sebanyak 300,000 orang akan mula menikmati harga RM1.99 seliter bagi RON95 itu esok (27 Sept) iaitu sebelum tarikh kuat kuasa rasmi sebagai menghargai sumbangan pasukan keselamatan negara itu.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula akan mula menikmati inisiatif pada 28 Sept diikuti 30 Sept bagi 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad serta lesen memandu aktif.
Orang ramai dinasihati menyemak kelayakan untuk harga bersubsidi RON95 melalui portal www.budimadani.gov.my atau menghubungi talian khidmat 1300-88-9595 untuk sebarang pertanyaan.
BACA: Cara Isi Petrol Subsidi RON95 Guna TNG eWallet
Sumber: BERNAMA
The post Sistem Pelayan Inisiatif BUDI95 Mampu Proses 30,000 Transaksi Seminit – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/26/sistem-pelayan-inisiatif-budi95-mampu-proses-30000-transaksi-seminit-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 2148 hits
300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif BUDI95 Tengah Malam Ini KUALA LUMPUR Kira kira 300 000 anggota tentera dan polis menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1 99 berbanding harga pasaran semasa RM2 05 seliter meneru...
30 000 Transactions A Minute Under Budi95 Says Anwar

30 000 Transactions A Minute Under Budi95 Says Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1341 hits
The prime minister says the servers for the RON95 programme have a larger capacity than those of the Sumbangan Asas Rahmah initiative Prime Minister Anwar Ibrahim addressing finance ministry staff at their monthly assembly in Putrajaya PUTR...
100 000 Kad Sim Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan Pbb

100 000 Kad Sim Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan Pbb

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 999 hits
Agensi Rahsia A S mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menumpaskan satu rangkaian peranti elektronik berbahaya di sekitar New York hanya beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung PBB berlangsung Peranti tersebut mampu melumpuhkan sist
Budi95 Proses Permohonan Kelayakan Tambahan Pemandu E Hailing Dimuktamad Minggu Ini

Budi95 Proses Permohonan Kelayakan Tambahan Pemandu E Hailing Dimuktamad Minggu Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 200 hits
BUDI95 Proses Permohonan Kelayakan Tambahan Pemandu E hailing Dimuktamad Minggu Ini KUALA LUMPUR 30 Sept Kementerian Kewangan bersama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat akan memuktamadkan proses permohonan had kelayakan tambahan bagi pem...
Budi95 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang Rekodkan Lebih 2 000 Mykad Rosak Cip Diganti

Budi95 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang Rekodkan Lebih 2 000 Mykad Rosak Cip Diganti

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang merekodkan lebih 2 000 penggantian kad pengenalan atau MyKad disebabkan kerosakan cip yang diberikan pengecualian bayaran bermula 23 Sept hingga kini susulan inisiatif Budi Madani RON95 Penga...
Peruntukan Khas Rm100 Ribu Pm Anwar Cetus Aura Luar Biasa Buat 4 000 Pengakap

Peruntukan Khas Rm100 Ribu Pm Anwar Cetus Aura Luar Biasa Buat 4 000 Pengakap

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2115 hits
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi Temu Anwar bersama Pengakap menerima sambutan padu sebaik mengumumkan peruntukan khas RM100 ribu kepada mereka bagi menggalakkan aktiviti bermanfaat sepanjang program di Tan...
Anwar Insists Govt Upholds Islam Slams Opposition Using Religion

Anwar Insists Govt Upholds Islam Slams Opposition Using Religion

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 194 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim dismissed allegations that his government is against Islam stressing that the opposition is deliberately exploiting religious issues for political gain Speaking at the 27th Reformasi anniversary of PKR in Malacc...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank