Peruntukan Khas Rm100 Ribu Pm Anwar Cetus Aura Luar Biasa Buat 4 000 Pengakap


 

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi ‘Temu Anwar bersama Pengakap’ menerima sambutan padu sebaik mengumumkan peruntukan khas RM100 ribu kepada mereka bagi menggalakkan aktiviti bermanfaat sepanjang program di Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PENDAPAT, 14 Sep – Deruan ombak Laut China Selatan yang menghempas pantai tanpa jemu, tiba-tiba dikejutkan dengan rombongan lebih 4,000 peserta pengakap yang berkampung sejak Jumaat, dengan satu tujuan murni.
Disertai lebih daripada lima negara, Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 (PAPJ27) menghimpunkan peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Vitenam sebagai tanda solidariti dan kebersamaan memperkuat jaringan kerjasma dalam satu pasukan besar.
Malah ia dibuktikan secara tuntas apabila berita pasukan pengakap dari Melaka membantu mangsa kemalangan di Bukit Gambir ketika menuju tapak perkemahan di Tanjung Leman, mencetuskan semangat membara membantu dan bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan.
Pasukan pengakap dari Melaka membantu mangsa kemalangan di Bukit Gambir ketika dalam perjalanan ke Tanjung Leman, Mersing pada 12 September 2025. Foto Persekutuan Pengakap MelakaKehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tapak perkemahan jelas mencetuskan aura tersendiri apabila pertemuan dengan ribuan pengakap termasuk penulis, pantas menghangatkan suasana dingin dipuput sang bayu seawal jam 9 pagi lagi.
Ternyata semangat ahli pengakap luar biasa. Sebaik menyedari rombongan Perdana Menteri menghampiri tapak perkemahan bagi memulakan program ‘Temu Anwar’ bersama mereka, sambutan luar biasa menerjah kawasan dengan lensa kamera memenuhi ruang.
Untuk rekod, Anwar juga merupakan Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara turun ke Mersing, atau lebih tepatnya Tanjung Leman, sekali gus mencatat nama sebagai pemmpin tertinggi negara melawat kawasan Timur Johor itu menghadiri program ‘Temu Anwar Pengakap’ yang julung kali diadakan di tepi pantai menghadap Laut China Selatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimKetika sesi kupasan hala tuju pengakap, Perdana Menteri berkata, perpaduan di negara ini akan terjamin jika hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan tanpa menafikan hak kaum lain yang juga warganegara Malaysia kerana hal itu adalah asas kepada perpaduan negara yang dipegang selama ini.
“Kalau kita mahu jamin perpaduan, negara ini majoriti Melayu, Islam, mesti pertahankan hak mereka. Tapi negara ini juga mesti jamin hak semua warganegara (kaum) Cina, India, Orang Asli, Dayak, Kadazan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimPeranan dan tanggungjawab golongan muda sebagai pemimpin dan pewaris masa depan negara, mereka perlu diberikan ruang, latihan serta kesempatan seluas-luasnya untuk membina disiplin dan kemahiran mereka.
“Kalau anak-anak muda yang cukup terlatih dan disiplin, masa depan kita itu lebih terjamin. Siapa yang akan menjadi pewaris? Anak-anak muda. Siapa yang menentukan masa depan? (anak muda),” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimMalaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 kata Perdana Menteri, memberikan tumpuan kepada agenda keamanan, keterhubungan digital serta tenaga serantau yang dapat memperkukuh hubungan antara negara anggota.
Atas sambutan hangat yang disaksikan sendiri Perdana Menteri, beliau menyambut baik cadangan untuk mengadakan perhimpunan pengakap ASEAN sebagai platform memperkukuh kerjasama belia di rantau ini lantas mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM100 ribu bagi menyemarakkan lagi semangat anak muda menceburi organisasi bermanfaat ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimSecara spontan, pengumuman Anwar disambut sorakan dan tepukan padu sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi Perdana Menteri memastikan perkemahan mereka terus mendapat bantuan sewajarnya.
Peruntukan itu juga selaras dengan penegasan Perdana Menteri bahawa beliau optimis pergerakan pengakap akan kekal relevan sepanjang zaman kerana nilai asas yang dipupuk persatuan itu ialah kemanusiaan dan ihsan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Dia (pengakap) relevan 100 tahun lalu, dia akan relevan 100 tahun akan datang, melainkan manusia itu sudah hilang kemanusiaannya. Kalau manusia kekal menjadi manusia, badan-badan yang memupuk nilai manusiawi kemanusiaan atau insani yang ini, akan kekal relevan.
“Cuma tentulah, ada kemahiran (pengakap) dahulu tak cakap soal digital, tak bicara soal AI (kecerdasan buatan). Sekarang kita bicara soal itu. Tapi dia (pengakap) tak hilang tonggaknya. Apa tonggaknya? Kemanusiaan dan ihsan,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimSebelum beredar, ribuan anak muda tidak melepaskan peluang merakam momen terbaik bersama Perdana Menteri seakan membalas jasa baik beliau mengiktiraf peranan dan sumbangan mereka dalam pembentukan sahsiah dan jati diri bermaruah.
Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program bersejarah ini dan ia baru suatyu permulaan ke arah memartabatkan pengakap sebagai pertubuhan bermanfaat kepada rakyat dan negara.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/peruntukan-khas-rm100-ribu-pm-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekerapan Ke Luar Negara Sebab Kerja Bukan Jalan Jalan Pm Anwar

Kekerapan Ke Luar Negara Sebab Kerja Bukan Jalan Jalan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 1388 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimJOHOR BAHRU 13 Sep Kekerapan ke luar neg...
Zinidin Zidan Feat Yaya Nadila Cinta Luar Biasa Chord

Zinidin Zidan Feat Yaya Nadila Cinta Luar Biasa Chord

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 2621 hits
C m B A G C m B A G F m G C m A G C m Jangan Engkau Ragukan C m Cinta Yang Aku Punya B Selama Ini Ku Sayang B Tanpa Ragu Di Dada F m Yang Ku Harap B C m G Engkaupun Demikian C m Jauh Kita Berjalan C m Tak Sedikit Rintangan B Ku Ikhlas Bersa...
Mcmc Dua Akhabar Tempatan Dikompoun Rm100 000

Mcmc Dua Akhabar Tempatan Dikompoun Rm100 000

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1184 hits
MCMC Dua Akhabar Tempatan Dikompoun RM100 000 PUTRAJAYA Sept 19 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengenakan kompaun sebanyak RM100 000 terhadap dua syarikat akhbar tempatan selepas mendapat izin mengkompaun daripada Jaba...
Rm100 Sara Aid Redemption System Now Running Smoothly After Early Hiccups Anwar Assures

Rm100 Sara Aid Redemption System Now Running Smoothly After Early Hiccups Anwar Assures

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1194 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim greets visitors at the 2025 Sumbangan Asas Rahmah Outreach Programme at a supermarket in Baling September 6 2025 Bernama picBALING Sept 6 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim stated that the system...
Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3051 hits
Tiba di Tanjung Leman Mersing Johor untuk menyertai Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke 27 2025 bersama warga pengakap dari pelbagai lapisan masyarakat Sewaktu sesi Temu Anwar X Pengakap saya maklumkan hadirin bahawa institusi pengakap ini ...
Denda Rm100 Ribu Mcmc Tidak Berlebihan Pastikan Media Bertanggungjawab

Denda Rm100 Ribu Mcmc Tidak Berlebihan Pastikan Media Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1223 hits
Ketua Cabang KEADILAN Batu Asheeq Ali Sethi Alivi berkata Kebebasan bersuara adalah tonggak demokrasi namun ia bukan lesen untuk menyebarkan maklumat palsu atau yang boleh menimbulkan mudarat tanpa dikenakan tindakan KUALA LUMPUR 20 Sep Den...
Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1391 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mohon kepada pihak pengurusan sekolah institusi pengajian tinggi dan institut pendidikan guru di seluruh negara untuk menyokong serta mengerakkan penubuhan program Pendekar Madani Menurut laporan Har
Pm Anwar Dedah Pemimpin Luar Kagum Inisiatif Sara Contohi Kerajaan Madani

Pm Anwar Dedah Pemimpin Luar Kagum Inisiatif Sara Contohi Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1996 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah yang diberikan RM100 kepada individu berusia 18 tahun ke atas bukan sahaja dihargai rakyat malah menjadi perhatian pemimpin luar negara yang mengakui sukar...
Poster Boy Pas Cari Calon Luar Lori

Poster Boy Pas Cari Calon Luar Lori

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1722 hits
Mohsin AbdullahRakyat mahu tahu siapa calon PM dari PN tetapi PAS terus mengelak meskipun usul Pemudanya sudah mendesak pimpinan Kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man partinya mengambil pendirian bersabar dalam isu calon perdana ...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Pagi Yang Tak Disangka

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Sayur Masak Lemak Kuning

Period Incorrect A 1950s Sunbeam S8 Restomod With A Twist


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

M Daud Kilau Salam Kasihku Chord