300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini


300,000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif BUDI95 Tengah Malam Ini
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang mula dilaksanakan tengah malam ini.
Golongan berkenaan merupakan peringkat pertama menikmati subsidi petrol itu selaras dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Sept lepas, tentang sistem subsidi bersasar petrol RON95 yang diberi secara berperingkat kepada rakyat.
Selepas anggota tentera dan polis, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan golongan B40 pula akan menikmatinya pada 28 Sept, diikuti 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif pada 30 Sept ini.
Anwar sebelum ini berkata semua warganegara, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik.
“Inilah keistimewaan hanya untuk rakyat Malaysia. Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Namun, tumpuan kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan prasarana asas,” kata Perdana Menteri.
Setiap rakyat Malaysia yang layak, katanya akan menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan manakala pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan terbabit dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
Bagi golongan yang tidak layak, seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan RM2.60 seliter.
Sumber: BERNAMA
The post 300,000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif BUDI95 Tengah Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/27/300000-anggota-tentera-dan-polis-mula-nikmati-inisiatif-budi95-tengah-malam-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Sedia Hantar 20 000 Anggota Tentera Untuk Misi Keamanan Pbb Di Gaza Prabowo

Indonesia Sedia Hantar 20 000 Anggota Tentera Untuk Misi Keamanan Pbb Di Gaza Prabowo

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1719 hits
Indonesia Sedia Hantar 20 000 Anggota Tentera Untuk Misi Keamanan PBB Di Gaza Prabowo JAKARTA 24 Sept Indonesia bersedia menghantar lebih 20 000 anggota bagi menyokong usaha keamanan di Gaza atau mana mana zon konflik lain kata Presiden Pra...
Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 595 hits
Sistem Pelayan Inisiatif BUDI95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit PM Anwar PUTRAJAYA 26 Sept Sistem server atau pelayan bagi pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di bawah BUDI MADANI RON95 mampu memproses 30 000 transaksi seminit kata P...
30 000 Transactions A Minute Under Budi95 Says Anwar

30 000 Transactions A Minute Under Budi95 Says Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1341 hits
The prime minister says the servers for the RON95 programme have a larger capacity than those of the Sumbangan Asas Rahmah initiative Prime Minister Anwar Ibrahim addressing finance ministry staff at their monthly assembly in Putrajaya PUTR...
Anggota Tentera Maut Seorang Lagi Hilang Dalam Operasi Di Pulau Mataking

Anggota Tentera Maut Seorang Lagi Hilang Dalam Operasi Di Pulau Mataking

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2240 hits
Anggota Tentera Maut Seorang Lagi Hilang Dalam Operasi Di Pulau Mataking SEMPORNA 13 Sept Seorang anggota tentera ditemukan meninggal dunia manakala seorang lagi masih hilang ketika melaksanakan operasi di Pulau Mataking dekat sini semalam ...
Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1643 hits
GIVE some an inch and they will take a yard That idiom seems to perfectly capture the sentiments of some surrounding the As pointed out by popular influencer Ceddy on X detractors who are finding fault with the scheme claiming that it is in...
Pdrm Zahir Penghargaan Budi95 Bukti Kerajaan Madani Prihatin Ketua Polis Negara

Pdrm Zahir Penghargaan Budi95 Bukti Kerajaan Madani Prihatin Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1327 hits
Polis Diraja Malaysia zahir penghargaan kepada kerajaan MADANI atas pelaksanaan inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 yang bermula hari ini PDRM zahir penghargaan kepada kerajaan MADANI Menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosia
Polis Pahang Terima 1 000 Kotak Makanan Madani Prihatin Bernilai Rm100 Berupa Keperluan Asas Untuk Diagihkan

Polis Pahang Terima 1 000 Kotak Makanan Madani Prihatin Bernilai Rm100 Berupa Keperluan Asas Untuk Diagihkan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1551 hits
KUANTAN Polis Pahang menerima sumbangan 1 000 kotak makanan Madani Prihatin mengandungi barang keperluan asas seperti beras minyak masak dan gula hari ini Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata sumbangan kotak makanan dia...
Seorang Anggota Tentera Maut Enam Lagi Cedera Trak Tentera Terbabas Di Menora

Seorang Anggota Tentera Maut Enam Lagi Cedera Trak Tentera Terbabas Di Menora

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 131 hits
Seorang Anggota Tentera Maut Enam Lagi Cedera Trak Tentera Terbabas Di Menora IPOH 1 Okt Seorang anggota tentera maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah trak tentera terbabas dalam kemalangan di KM257 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utar...
Budi95 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang Rekodkan Lebih 2 000 Mykad Rosak Cip Diganti

Budi95 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang Rekodkan Lebih 2 000 Mykad Rosak Cip Diganti

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang merekodkan lebih 2 000 penggantian kad pengenalan atau MyKad disebabkan kerosakan cip yang diberikan pengecualian bayaran bermula 23 Sept hingga kini susulan inisiatif Budi Madani RON95 Penga...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture