Budi95 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang Rekodkan Lebih 2 000 Mykad Rosak Cip Diganti




KUANTAN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang merekodkan lebih 2,000 penggantian kad pengenalan atau MyKad disebabkan kerosakan cip yang diberikan pengecualian bayaran bermula 23 Sept hingga kini susulan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95). 
Pengarah JPN Pahang, Mohammad Abdullah berkata bagi melancarkan proses penggantian, pihaknya mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan semakan cip kad pengenalan sebelum pelanggan mengambil nombor giliran.
"Proses ini dilakukan secara percuma di kaunter Unit Khidmat Pelanggan bagi JPN ibu negeri. Semakan juga boleh dilakukan JPN UTC (Pusat Transformasi Bandar) Pahang dan daerah atau cawangan, bagi memeriksa keadaan kad pengenalan pengunjung sama ada perlu penggantian baru," katanya kepada Bernama. 
Dia turut memaklumkan bagi individu yang ingin membuat permohonan bagi proses itu, mereka perlu membawa kad pengenalan yang hendak diganti. 
"Sekiranya kad pengenalan tidak dibawa secara fizikal, permohonan akan diletakkan di bawah permohonan gantian kad pengenalan hilang dan akan dikenakan denda bergantung kepada kali keberapa kad pengenalan itu hilang," katanya. 
Mohammad berkata semua individu yang mempunyai kad pengenalan dengan cip rosak layak mendapat pengecualian bayaran dari 23 September hingga 7 Oktober ini. 
Namun, dia berkata bagi kategori penggantian kad pengenalan individu berusia 18 tahun akan dikenakan bayaran RM10 selaras dengan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Selain itu, perkhidmatan penggantian kad pengenalan secara bergerak bagi warga emas, orang kurang upaya, pesakit terlantar dan mereka yang tiada keupayaan untuk datang ke kaunter JPN terdekat turut disediakan oleh Bahagian Mekar dan Korporat JPN Pahang.
"Ia dilaksanakan menerusi Program Mekar Ihsan dan Program Mekar Komuniti sama ada di kawasan pedalaman atau luar bandar mahupun kawasan bandar. 
"Pemohon yang tidak berkemampuan boleh menghubungi pejabat JPN berhampiran untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut," katanya. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/budi95-jabatan-pendaftaran-negara-jpn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2339 hits
Subsidi Bersasar RON95 Segera Periksa MyKad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin Orang ramai diingatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan yang rosak menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada hujung b...
Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1529 hits
Orang ramai dinasihatkan segera memeriksa dan menggantikan cip MyKad yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati harga petrol RON95 subsidi bersasar pada kadar RM1 99 seliter Menurut kenyataan media hanya pemegang MyKad layak mendapatkan h...
Cip Mykad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September Kdn

Cip Mykad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September Kdn

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1058 hits
Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September KDN Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menukar cip MyKad yang rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini Menteri Dal...
Subsidi Ron95 Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Di Utc Diserbu

Subsidi Ron95 Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Di Utc Diserbu

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1961 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa MyKad akan digunakan bagi pembelian petrol bersubsidi RON95 yang akan bermula penghujung bulan ini Foto Facebook Saifuddin Nasution IsmailKUALA LUMPUR 20 Sep Urusa...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan Kosmetik Tidak Sah Bernilai Rm1 5 Juta

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan Kosmetik Tidak Sah Bernilai Rm1 5 Juta

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merampas 126 jenis produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM1 5 juta dalam serbuan ke atas dua premis di sekitar bandar raya ini Selasa lepas JKNP memaklumkan opera...
Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Pengiktirafan tinggi oleh Ketua Audit Negara terhadap penyata kewangan negeri Pahang membuktikan komitmen berterusan pentadbiran kerajaan negeri dalam membina Pahang yang makmur berdaya saing dan berintegriti Menteri Besar Pahang Da...
Jbpm Pahang Agih 20 Buah Bot Kepada Pasukan Bomba Sukarela Bomba Komuniti Terpilih Di Seluruh Negeri

Jbpm Pahang Agih 20 Buah Bot Kepada Pasukan Bomba Sukarela Bomba Komuniti Terpilih Di Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 637 hits
KUANTAN Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia Pahang mengagihkan 20 buah bot kepada Pasukan Bomba Sukarela dan Bomba Komuniti terpilih di seluruh negeri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahi...
Mb Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan Malaysia Misi Global Sumud Flotilla

Mb Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan Malaysia Misi Global Sumud Flotilla

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Seluruh rakyat di negeri ini diminta terus bersama sama mendoakan kesejahteraan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi Global Sumud Flotilla menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai...
Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1734 hits
KUANTAN Penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Pahang juga mungkin merasa sagu hati dari kerajaan negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian sagu hati itu akan dipertimbangkan sebagai tanda pengh...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Komando Serang Masjid Rusila

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apam Eno

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Pn Dah Tepu Itu Sebab Ngo Melayu Cari Umno Hidup Semula Mn Penganalisis

Wanita Britain Dakwa Dapat Bercakap Loghat Thailand Lepas Sedar Dari Strok

Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup

Waterhouse Residence O Y A M A Julia Mana As Architecte Canada