Singkir Gantung Pemimpin Bukan Penamat Gelora Dalam Umno


bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
[email protected]
 - Januari 28, 2023 @ 5:38pm
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika hadir Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.
KEPUTUSAN Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat dan menggantung beberapa lagi pemimpinnya malam tadi, tentunya memberi kesan besar terhadap kelangsungan parti itu selepas ini.

Selepas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipecat, kini giliran bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melalui nasib yang sama.

Sejak laporan pemecatan keahlian Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, disiarkan dibanyak platform media, reaksi dari kalangan netizen di media sosial mengenai berita pemecatan itu jauh berbeza, jika dibanding dengan laporan pemecatan beberapa pemimpin UMNO sebelumnya.

Tak dapat dinafikan, mesej netizen yang memberi komen terhadap laporan berita yang dikongsi itu lebih ganas dan keras. Komen seperti UMNO bakal berkubur, akan lenyap dari bumi Malaysia boleh dilihat hampir memenuhi segenap ruangan komen sama ada di Facebook, Instagram mahupun Twitter.

Khairy, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi University Of Oxford, London, sememangnya dikenali sebagai sosok pemimpin muda yang terbuka serta lantang dalam menyuarakan pendapatnya terhadap sesuatu isu, terutama yang berkait hal dalaman UMNO.

Tindakan Khairy mengkritik kepimpinan UMNO juga bukan baru. Kelantangan beliau terserlah sejak 2014 atau 2015 lagi, apabila secara terbuka dan berterus terang memberi teguran kepada Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Setiap kali berbangkit isu yang berkaitan kepincangan dalam kalangan kepemimpinan UMNO, Khairy atau nama popularnya KJ antara yang pantas memberi maklum balas serta teguran, termasuk melalui platform sosial media atau pun ketika ditemubual media.

Contohnya pada April 2015, ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa UMNO dan BN tidak akan diyakini lagi oleh rakyat. Ia menyusul selepas Najib enggan memberi jawapan belas mengenai dakwaan berhubung skandal 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB), kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu serta pembelian jet peribadi untuk kegunaan VVIP.

Kritikan itu tangkas dijawab Khairy yang ketika itu adalah Menteri Belia dan Sukan, dengan meminta supaya Najib segera menyuarakan reaksi balasnya terhadap segala perkara dibangkitkan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu.

Ketika itu, mulalah hubungan yang sedikit renggang antara kem Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy dengan Najib serta beberapa lagi pemimpin UMNO yang dilihat pro kepada Perdana Menteri keenam itu.

Khairy kemudian mencetuskan 'kegilaannya' pada pemilihan UMNO 2018 selepas memutuskan pada saat akhir untuk bertanding jawatan presiden, sekaligus memecah tradisi lebih 30 tahun jawatan utama parti itu tidak dicabar.

Beliau ditentang oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang ketika itu adalah pemangku Presiden UMNO.

Sejak itu, keretakan hubungan Khairy dan Ahmad Zahid mula terserlah, sungguhpun ada dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri, pernah menyatakan bahawa KJ adalah budak kesayangan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Walau saat akhir menyertai persaingan, Khairy berjaya meraih 51 undi UMNO Bahagian dari 192 yang dipertanding, dengan Ahmad Zahid menang selepas meraih 93 sokongan bahagian, sementara veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, mendapat 23 undi menyokong.

Ketika tempoh pemilihan itu juga, Dr Mahathir secara terbuka menzahirkan bahawa Khairy adalah pilihan terbaik untuk menggalas tugas sebagai Presiden UMNO, terutama selepas parti diasaskan pada 11 Mei 1946 itu tewas pertama kalinya dalam sejarah Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia.

Atas sebab itulah, hingga kini, Khairy masih digelar sebagai budak nakal UMNO. Bermakna, musuh politiknya bukan saja ada di luar parti, malah dalam partinya sendiri.

Meniti secara dekat perjalanan politik Khairy terutama sejak 2018, tentunya ada sisi yang dilihat agak 'keras' terutama dalam cara beliau berhujah dan memberi teguran dalam banyak isu semasa.

Namun dari sudut lain, imej Khairy berkait kepetahannya berhujah termasuk di Parlimen dan pentas
ceramah politik cukup disenangi ramai pihak, terutama anak muda sendiri.

Dalam siri kempen PRU14 dan PRU15 contohnya, imej Khairy digambarkan oleh pengundi sebagai pemimpin masa depan UMNO, tidak kurang yang menyatakan bakal Perdana Menteri bagi Malaysia.

Dalam ruangan komen di media sosial juga, ramai berseloroh menyatakan akan menyertai UMNO jika Khairy adalah presidennya.

Gaya Khairy menampilkan imej tersendiri ke khalayak ramai, berjaya membina aura kepimpinannya sendiri.

Walau pun dilabel 'poyo' oleh sesetengah orang UMNO sendiri, namun wataknya sentiasa segar dalam kalangan anak muda, bahkan golongan ibu dan bapa, biarpun usianya kini sudah menjangkau 47 tahun.

Ketangkasan beliau dalam menggunakan media sosial untuk berkongsi fakta dan menjawab segala kritikan orang ramai tanpa henti, terutama ketika menjawat jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Menteri Kesihatan, menyerlahkan gaya komunikasinya yang bukan saja matang, tapi menzahirkan sudut pemikirannya yang rasional dan cerdas.

Atas sebab itu, beliau antara pemimpin UMNO mudah disenangi bukan saja ahli, penyokong dan pemimpin BN, malah melangkaui sehingga ke parti pembangkang.

Ketika berita beliau dipecat mula tersebar, Perikatan Nasional (PN) secara terbuka menawarkan beliau menyertai parti itu.

Malah, seperti diketahui ramai, Khairy juga adalah rakan akrab kepada seorang lagi pemimpin lantang PKR, Rafizi Ramli.

Justeru, naratif penyingkiran Khairy serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, dilihat bukan penamat kepada segala gelora yang sedang membelenggu UMNO dan BN.

Apa yang jelas, signalnya tidak begitu positif terutama dalam usaha UMNO dan BN mahu memulihkan partinya, membina semula keyakinan rakyat dan meneruskan survival politiknya selepas ini.

Ke mana pun rencana dan kerangka hala tuju yang mahu dipandu UMNO selepas ini, penentu kejayaan kelangsungannya sangat bergantung kepada sokongan orang Melayu dari semua peringkat, bukan ahli dan penyokong tegar semata-mata.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/singkir-gantung-pemimpin-bukan-penamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkt Umno Kini Cenderung Gantung Pecat Ahli Khairy

Mkt Umno Kini Cenderung Gantung Pecat Ahli Khairy

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 178 hits
bharian com myOleh Januari 27 2023 11 17amKhairy JamaludinKUALA LUMPUR Bekas ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin memaklumkan belum menerima sebarang surat berhubung kemungkinan akan dipecat daripada UMNO Bekas Menteri Kesihatan itu berka...
Pemimpin Umno Sound Pemimpin Ph Dalam Kerajaan

Pemimpin Umno Sound Pemimpin Ph Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 307 hits
Seorang pemimpin Umno hari ini menegur tindakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek mengingatkan mer...
Tindakan Umno Pecat Pemimpin Berpengaruh Boleh Undang Malapetaka

Tindakan Umno Pecat Pemimpin Berpengaruh Boleh Undang Malapetaka

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 146 hits
bharian com myOleh Januari 30 2023 5 36pmPenganalisis berpandangan keputusan UMNO memecat dan menggantung beberapa pemimpin berpengaruh dalam parti boleh memakan diri dan mengundang malapetaka politik menjelang Pilihan Raya Negeri Foto hias...
Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 231 hits
agendaily com15 01 2023Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggapnya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan kerajaan Datuk Seri ...
Umno Undang Malapetaka Dengan Memecat Pemimpin Berpengaruh

Umno Undang Malapetaka Dengan Memecat Pemimpin Berpengaruh

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 195 hits
PUTRAJAYA Keputusan UMNO memecat dan menggantung beberapa pemimpin berpengaruh dalam parti boleh memakan diri dan mengundang malapetaka politik menjelang Pilihan Raya Negeri Langkah itu yang disifatkan tidak tepat diambil kepimpinan terting...
Umno Gantung Keahlian Noh Omar 6 Tahun

Umno Gantung Keahlian Noh Omar 6 Tahun

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 215 hits
bharian com myOleh Januari 27 2023 10 11pmNoh ketika ditemui selepas Mesyuarat MKT UMNO malam ini NSTP AIZUDDIN SAADKUALA LUMPUR UMNO menggantung keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar selama enam tahun Perkara ...
Kj Balas Puad Umno Bukan Milik Pemimpin Tertinggi Saja

Kj Balas Puad Umno Bukan Milik Pemimpin Tertinggi Saja

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 113 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 21 2023 1 50 PMKhairy Jamaluddin membalas semula sindiran Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi terhadapnya selepas dia memuji dua tindakan dua ahli parti itu yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran ...
Kj Di Pecat Hishammuddin Serta Shahril Hamdan Pula Di Gantung Keahlian Umno

Kj Di Pecat Hishammuddin Serta Shahril Hamdan Pula Di Gantung Keahlian Umno

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 181 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO Sumber parti memberitahu keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan ...
Proses Pecat Gantung Oleh Umno Cacat Ismail Sabri

Proses Pecat Gantung Oleh Umno Cacat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2023 9 32 PMNaib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin parti itu semalam Menurut Ismail dia tidak bersetuju dengan keputusa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa