Umno Undang Malapetaka Dengan Memecat Pemimpin Berpengaruh



PUTRAJAYA: Keputusan UMNO memecat dan menggantung beberapa pemimpin berpengaruh dalam parti boleh 'memakan diri' dan mengundang 'malapetaka' politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah itu yang disifatkan tidak tepat diambil kepimpinan tertinggi bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dijangka menyebabkan sokongan terhadap parti terutama kalangan pengundi muda akan merosot pada PRN nanti.
Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), UMNO dan Barisan Nasional hilang Perlis yang dikuasai sejak merdeka selepas Ahli Parlimen Arau yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menjadi calon.
"Apabila diusik Shahidan, tumbang BN di Perlis. Saya jangkakan malapetaka yang sama juga akan berlaku sekali lagi di Selangor apabila Tan Sri Noh Omar yang berpengaruh di Selangor dan Khairy Jamaluddin yang ada penyokongnya sendiri di Negeri Sembilan. Ini akan menggugat dan menyebabkan sokongan kepada UMNO dan BN semakin merosot di kedua-dua negeri pada PRN akan datang.
"Bagi saya, ia (pemecatan, gantung adalah) langkah yang tidak tepat diambil MKT, walau ada beza pandangan ataupun masalah disiplin, tetapi jangan bertindak terlalu keras kepada pemimpin yang berpengaruh dalam parti itu sendiri apatah lagi menjelang PRN," katanya kepada BH.
Pemecatan pemimpin muda, pelapis berwibawa seperti Khairy akan memberi satu gambaran dan imej tidak baik kepada UMNO.
Berbeza pandangan itu perkara biasa dalam parti politik, tetapi apabila tindakan diambil terlalu keras, ini akan beri kesan besar kepada sokongan anak muda, belia malahan Pemuda UMNO itu sendiri yang melihat bahawa parti itu sukar untuk menerima pandangan anak muda.
Perkara ini tidak boleh diteruskan dalam UMNO. Tindakan itu akan menyebabkan parti semakin lemah dan akhirnya berdepan kesukaran luar biasa untuk dipulihkan.
UMNO tak boleh bergantung harap kepada PH
"UMNO tidak boleh bergantung malahan berpaut kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan semula kekuatan parti itu dalam kerajaan, tetapi UMNO perlu bangkitkan kekuatan dengan idealisme, perjuangan dan meneliti kelemahan yang ada.
"Itu tidak boleh berlaku kepada kepimpinan UMNO hari ini, mesti disemak semula, dilihat kembali apakah kelemahan parti dan pemimpin juga harus ingat bahawa pemimpin datang dan pergi dalam parti , tetapi parti itu akan terus kekal," katanya.
Mohammad Tawfik juga berpandangan PH juga akan menerima 'tempias' daripada keputusan UMNO selain kerjasama politik PH-BN apatah lagi menjelang PRN.
Pengundi PH sebenarnya kecewa gabungan dengan BN
Seperti dalam PRU15, penyokong PH tidak mengundi BN pun, tetapi disebabkan tidak ada pilihan, akhirnya pemimpin PH menerajui kerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan dan ini menimbulkan kekecewaan dalam kalangan penyokong dan pengundi PH.
Sudah semestinya mereka akan berfikir dua kali sama ada kerjasama itu akan terus berlaku dan mereka perlu mengundi PH, kalau undi PH pun akan dapat BN, mungkin mereka akan memilih alternatif gabungan parti politik lain sebagai pilihan kerana atas dasar kekecewaan itu.
Tambah beliau, menjelang PRN, PH juga perlu memastikan sama ada perlu atau tidak kerjasama politik dengan UMNO itu sendiri kerana tindakan pemimpin UMNO yang bertentangan dengan idealisme perjuangan PH.
"PH perlu berhati-hati menjelang PRN, kerana ini juga akan mencalar imej pemimpin PH yang sebelum ini sangat sensitif tentang isu nepotisme, ketelusan, kejujuran dan salah guna kuasa.
"Ini ialah sebenarnya ujian yang besar bagi PH supaya mereka tidak menerima tempias terhadap apa jua tindakan UMNO, BN pada ketika ini," katanya.
Sementara itu penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat, berkata keputusan dibuat UMNO boleh menggugat kestabilan kerajaan dan dalam senario terburuk mampu menyebabkan kejatuhannya.
"Memastikan UMNO terus bertahan adalah penting bagi kerajaan Anwar sendiri untuk terus bertahan.
"Ia pada asasnya untuk menarik kembali undi Melayu atas pagar yang terlepas kepada PAS dan BERSATU. Sejauh mana berjayanya usaha sedemikian, ia adalah ujian menunggu pada PRN enam negeri, yang dijangka diadakan pada Jun atau Julai atau selewat-lewatnya pertengahan Ogos," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/01/umno-undang-malapetaka-dengan-memecat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Umno Pecat Pemimpin Berpengaruh Boleh Undang Malapetaka

Tindakan Umno Pecat Pemimpin Berpengaruh Boleh Undang Malapetaka

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 146 hits
bharian com myOleh Januari 30 2023 5 36pmPenganalisis berpandangan keputusan UMNO memecat dan menggantung beberapa pemimpin berpengaruh dalam parti boleh memakan diri dan mengundang malapetaka politik menjelang Pilihan Raya Negeri Foto hias...
Singkir Gantung Pemimpin Bukan Penamat Gelora Dalam Umno

Singkir Gantung Pemimpin Bukan Penamat Gelora Dalam Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 116 hits
bharian com myOleh Januari 28 2023 5 38pmPresiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur baru...
Harga Barang Naik Pemimpin Umno Diam Membisu Tak Lagi Dengar Suara Rakyat

Harga Barang Naik Pemimpin Umno Diam Membisu Tak Lagi Dengar Suara Rakyat

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 275 hits
agendaily com25 01 2023Sidang media sebelum ini UMNO mengumumkan tarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional Kenaikan harga barang menjadi keluhan para pengguna apabila kerajaan dilihat lemah dalam menangani kos sara hidup rakyat ya...
Kj Balas Puad Umno Bukan Milik Pemimpin Tertinggi Saja

Kj Balas Puad Umno Bukan Milik Pemimpin Tertinggi Saja

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 113 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 21 2023 1 50 PMKhairy Jamaluddin membalas semula sindiran Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi terhadapnya selepas dia memuji dua tindakan dua ahli parti itu yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran ...
Pemimpin Umno Sound Pemimpin Ph Dalam Kerajaan

Pemimpin Umno Sound Pemimpin Ph Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 307 hits
Seorang pemimpin Umno hari ini menegur tindakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek mengingatkan mer...
Khairy Pulang Kepada Umno Jika Pemimpin Bertukar Bukan Lagi Zahid

Khairy Pulang Kepada Umno Jika Pemimpin Bertukar Bukan Lagi Zahid

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 205 hits
agendaily com06 02 2023Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hanya akan pulang kepada UMNO sekiranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan lagi presiden parti Bekas Ahli Parlimen Rembau yang dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO Khairy Ja...
Pkr Umno Negeri Sudah Mulakan Perbincangan Tak Rasmi

Pkr Umno Negeri Sudah Mulakan Perbincangan Tak Rasmi

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 154 hits
BernamaSudah ada perbincangan tidak rasmi antara PKR dan Umno di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Beliau berkata bagaimanapun perbincangan itu hanyalah proses suai ke...
Umno Man Rubbishes Hadi S Defence Of Cash Handouts

Umno Man Rubbishes Hadi S Defence Of Cash Handouts

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 174 hits
Umno information chief Isham Jalil says the PAS president should not come up with reasons to justify bribery PETALING JAYA An Umno leader has rubbished PAS president Abdul Hadi Awang s defence of cash handouts in three constituencies in Ter...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life