Pemimpin Umno Sound Pemimpin Ph Dalam Kerajaan



Seorang pemimpin Umno hari ini menegur tindakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Shabery Cheek mengingatkan mereka bahawa kerjasama yang terjalin adalah ibarat jambatan besi yang menggunakan banyak skru dan bukannya jambatan konkrit.
“(Kerajaan hari ini ibarat) jambatan segera pakai besi. Banyak skruu. Kalau tercabut, cepatlah runtuh.
“Nak buat yang konkrit makan masa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, bekas menteri itu dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin PH yang menyerang sesama rakan dalam kerajaan hari ini.
Justeru, Shabery menasihatkan mereka supaya menjadikan apa yang berlaku kepada kerajaan PH selepas pilihan raya ke-14 pada 2018 apabila mereka berjaya membentuk kerajaan sebagai iktibar.
"Virus yang menyerang kerajaan PH 22 bulan dulu ialah suka mengata sesama sendiri secara terbuka. Tak jumpa jalan saluran dalaman. Virus begini belum ditemui vaksin.
"Semasa pembangkang siapa pun boleh bercakap dan syok bercakap. Tak payah disiplin.
"Jadi kerajaan susah sikit. Sebab orang nak tengok bila ringgit nak sama seperti 2018, bila pasaran saham nak melonjak semula seperti sebelum 2018, bila pelabur datang berduyun-duyun seperti dulu. Berapa tinggi pulak dividen Tabung Haji (TH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain. Paling susah pasal ayam dan telur," katanya.
Pada 16 Jan lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim secara terbuka bersimpati dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang terpaksa menanggung bebas dibawa BN.
Hassan secara terbuka "menyerang" Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan masih mempunyai pertuduhan di mahkamah.
Situasi itu katanya menghalang Anwar melaksanakan tatakelola yang baik dalam kerajaan seperti mana dijanjikan.
Sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyifatkan Zahid sebagai 'beban' bukan hanya kepada parti itu, tetapi juga buat PH dan kerajaan perpaduan.
Dia menegaskan keputusan dibuat melalui Perhimpunan Agung Umno 2022 yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang mungkin melegakan, tetapi kelihatannya seperti duri dalam daging buat Umno, PH dan kerajaan diterajui Anwar.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, sebagai parti rakan gabungan dalam kerajaan mereka perlu bekerja dengan lebih kuat bukannya cari pasal sesama sendiri dalam kerajaan.
"Susah semua ni. Kena ada formula yang betul dan kena kerja kuat kurang cakap. Bukan cari pasal dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam kerajaan,” katanya - Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/01/pemimpin-umno-sound-pemimpin-ph-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Sabah Pemimpin Grs Ph Umno Kumpul Di Kediaman Km

Kemelut Sabah Pemimpin Grs Ph Umno Kumpul Di Kediaman Km

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 144 hits
January 9 2023 Hajiji Noor tiba di Sri Gaya untuk pertemuan dengan ADUN GRS PH dan Umno KOTA KINABALU ADUN Gabungan Rakyat Sabah termasuk Ketua Menteri Hajiji Noor bersama ADUN Pakatan Harapan dan Umno berkumpul di kediaman rasmi ketua ment...
10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 267 hits
freemalaysiatoday com January 11 2023 11 41 PMAhli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong antara 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD menyokong Pen...
Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 208 hits
Kerjasama antara gabungan politik di peringkat negeri adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kata Jalaluddin Alias PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias berpenda...
Pemimpin Umno Lebih Menyerlah Pemimpin Ph Lain Masih Lena

Pemimpin Umno Lebih Menyerlah Pemimpin Ph Lain Masih Lena

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 214 hits
Hadapi serangan parti lawanPEMIMPIN UMNO LEBIH MENYERLAHZahid sindir Sanusi MB itu mampu selesai masalah rumah mangsa banjir seperti beliau mampu bercakap atas pentas politik Jujur saya kata dlm hadapi PAS pemimpin2 UMNO seperti Lokman Adam...
Tukar Pemimpin Jika Mahu Bawa Perubahan Umno Diberitahu

Tukar Pemimpin Jika Mahu Bawa Perubahan Umno Diberitahu

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 204 hits
freemalaysiatoday com January 5 2023 12 15 PMUmno akan mengadakan perhimpunan agung pada 11 hingga 14 Januari namun jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin tidak dipertanding PETALING JAYA Ahli Umno perlu bersikap berani mengubah kep...
Perang Dap Pkr Umno Kerajaan Perpaduan Ibarat Fatamorgana

Perang Dap Pkr Umno Kerajaan Perpaduan Ibarat Fatamorgana

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 219 hits
agendaily com21 01 2023Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan Datuk Dr Marzuki Mohamad Perang mulut antara pemimpin DAP PKR dan UMNO sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan yang dibentuk antara Pakat...
Kerajaan Tunduk Tekanan Umno

Kerajaan Tunduk Tekanan Umno

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 161 hits
Tajuk artikel ini boleh juga ditukar kepada Umno ancam kerajaan Terjemahan daripada Umno holding government to ransom Mungkin tidak tepat terjemahannya tetapi membawa maksud sama Apa pun kerajaan tunduk tekanan Umno dan Umno ancam kerajaan ...
Bersedia Sertai Kerajaan Di P Pinang Selangor Dan Negeri Sembilan Zahid Beritahu Umno

Bersedia Sertai Kerajaan Di P Pinang Selangor Dan Negeri Sembilan Zahid Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 286 hits
January 14 2023 KUALA LUMPUR Umno diminta bersedia untuk menyertai kerajaan di Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan selepas PRN akan datang Presiden Zahid Hamidi berkata Umno dengan kerajaan perpaduan akan mampu menghadapi PRN dengan g...
Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand