Proses Pecat Gantung Oleh Umno Cacat Ismail Sabri


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 28, 2023 9:32 PM
Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin parti itu semalam

Menurut Ismail dia tidak bersetuju dengan keputusan tersebut memandangkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan terhadap mereka

"Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan tersebut atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip 'natural justice' seperti hak membela diri.

"Tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut," katanya dalam hantaran di Instagram.

Semalam, Umno mengumumkan langkah drastik dengan memecat bekas ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor, Noh Omar atas dakwaan melanggar disiplin parti semasa pilihan raya umum lalu.

Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dan penyandang timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan pula digantung selama enam tahun.
Turut digantung ialah bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan bekas Adun Tiram, Maulizan Bujang.

Seramai 42 ahli Umno lain turut dipecat daripada parti itu atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan.

'Jawatankuasa disiplin tak pernah nasihat Zahid'

Menurut Ismail, jika pihak yang menuduh tidak berpuas hati, mereka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri.
Tambahnya, pertuduhan ke atas mereka perlu dibuktikan dengan saksi juga boleh dibawa kepada jawatankuasa disiplin.

"Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatan kuasa pengurusan Umno.

"Jawatankuasa pengurusan Umno perlu berbincang dan membawa cadangan ke MT untuk keputusan," kata bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun kata Ismail, proses tersebut tidak dilaksanakan oleh parti itu.

"Saya dimaklumkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.

"Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.

"Sebagai sebuah parti yang bertamadun, Umno mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan," ujarnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/proses-pecat-gantung-oleh-umno-cacat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkt Umno Kini Cenderung Gantung Pecat Ahli Khairy

Mkt Umno Kini Cenderung Gantung Pecat Ahli Khairy

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 213 hits
bharian com myOleh Januari 27 2023 11 17amKhairy JamaludinKUALA LUMPUR Bekas ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin memaklumkan belum menerima sebarang surat berhubung kemungkinan akan dipecat daripada UMNO Bekas Menteri Kesihatan itu berka...
Ismail Sabri Still Undecided On Defending Umno Vice Presidency

Ismail Sabri Still Undecided On Defending Umno Vice Presidency

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 213 hits
Umno vice president Ismail Sabri Yaakob has yet to decide whether he will defend his post in the upcoming party elections I still have not decided I am still considering the matter Whether or not I have a team it would depend on the decisio...
Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan Ketua Umno Bahagian Bera

Ismail Sabri Sahkan Bersedia Pertahan Jawatan Ketua Umno Bahagian Bera

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 228 hits
BERA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia bersedia mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera Dia bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya k...
Umno Vp Again I Must Consult Bera Constituents First Ismail Sabri

Umno Vp Again I Must Consult Bera Constituents First Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 182 hits
Former prime minister Ismail Sabri Yaakob is undecided on whether to continue to defend his current position as Umno vice president However he confirmed that he will defend his position as Bera Umno s division leader It is certain that I wi...
I Ve Not Been Suspended Says Umno Veep Ismail Sabri

I Ve Not Been Suspended Says Umno Veep Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 248 hits
Ismail Sabri Yaakob had last week criticised the action taken against several prominent Umno members PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob has brushed off speculation that he has been suspended from Umno dismissing it as a mere rumour He said h...
Kj Di Pecat Hishammuddin Serta Shahril Hamdan Pula Di Gantung Keahlian Umno

Kj Di Pecat Hishammuddin Serta Shahril Hamdan Pula Di Gantung Keahlian Umno

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO Sumber parti memberitahu keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan ...
Ya Saya Berdiri Tapi Nur Jazlan Tak Faham Kenyataan Kata Ismail Sabri

Ya Saya Berdiri Tapi Nur Jazlan Tak Faham Kenyataan Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 314 hits
agendaily com21 01 2023Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak faham isu yang beliau bangkitkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Rumah Siap Pahat Berbunyi Nur Jazlan Tempelak Ismail Sabri Hasni

Rumah Siap Pahat Berbunyi Nur Jazlan Tempelak Ismail Sabri Hasni

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 228 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 18 2023 12 15 PMTimbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menempelak beberapa pemimpin Umno yang terus mengeluarkan suara suara sumbang kerana tidak berpuas hati susulan usul pada perhimpunan agung min...
Singkir Gantung Pemimpin Bukan Penamat Gelora Dalam Umno

Singkir Gantung Pemimpin Bukan Penamat Gelora Dalam Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 157 hits
bharian com myOleh Januari 28 2023 5 38pmPresiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur baru...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English

Nahas Fru Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan Pemandu Lori Kekal Di Lokap Polis