Sikap Pas Terhadap Sekolah Vernakular Dan Masalah Orang Ph Bengap Nak Faham



Oh saya baru perasan rupanya ada gerombolan PH menyerang status saya tahun lepas tentang isu Nga Kor Meng dan sekolah vernakular. Kononnya saya perlu tarik balik perkataan 'tongong' yang saya guna kepada pemimpin DAP tersebut sebab Ketua Pemuda PAS Ir Khairil Nizam pun telah menyetujui kewujudan sekolah vernakular.

Inilah masalah orang PH. Bengap.

Saya mengatakan Nga Kor Meng tongong bukan kerana dia mempertahankan sekolah vernakular. Saya kata dia tongong kerana dia mendakwa sekolah vernakular wujud dalam perlembagaan.

Sedangkan hakikatnya, yang wujud dalam perlembagaan hanyalah sekolah agama dan sekolah mubaligh. Dan istimewanya sekolah agama Islam ini adalah kerajaan perlu salurkan dana berdasarkan semangat Perkara 12 (2) Perlembagaan.

Nga Kor Meng pada ketika itu adalah Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Kalau Timbalan Speaker pun bodoh perlembagaan, kita nak panggil apa?

Dia Timbalan Speaker tau. Bukan ahli parlimen level macam Amin Ahmad
Ini status penuh saya:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2531100976939910&id=100001200986490

Jadi disebabkan sekolah vernakular ini tiada dalam perlembagaan, mendesak pembubarannya tidak boleh dikira menghina asas kewujudan negara. Boleh rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding 1978.

Oleh kerana sekolah ini hanya wujud dalam Akta Pendidikan, membuang terus kewujudannya (dari segi teknikal) bukanlah sesuatu yang susah kerana hanya memerlukan pindaan majoriti mudah di parlimen.

Malahan Akta tersebut juga secara jelas menetapkan bahawa tambahan SJKC atau SJKT hanya berada di bawah budi bicara Menteri Pendidikan. Tak perlu bawa ke kabinet pun! (Kuasa ini sedang dicabar di mahkamah oleh sekumpulan aktivis)

Tetapi jika tiada dalam perlembagaan, adakah kewujudannya sah? Bagi saya sudah tentu. Kelas tuisyen pun tak ada dalam perlembagaan. Ia tidak menjadikan tuisyen itu satu benda haram.

Dah tu bagaimana pula pendirian sebenar saya tentang sekolah vernakular?

Senang, pada 23 Jun tahun lepas (sehari selepas status saya tentang Kor Meng) saya telah menulis pendirian saya tentang kewujudan sekolah vernakular melalui entri di bawah:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2532623146787693&id=100001200986490

Di dalam status ini, saya telah menyenaraikan 9 cadangan bagi penambahbaikan sekolah vernakular iaitu:

1. Galakan bantuan kewangan bagi murid bukan Melayu memasuki Sekolah Kebangsaan (SK) dan murid Melayu memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

2. Perbanyakkan guru Melayu di SJK dan guru bukan Melayu di SK

3. Tolak UEC sebagai syarat kemasukan IPTA

4. Hentikan bantuan kewangan kepada sekolah persendirian yang tidak mengikut aliran pendidikan kebangsaan

5. Bantuan PTPTN dan biasiswa GLC hanya bagi lepasan sekolah kerajaan dan sekolah yang diiktiraf perlembagaan

6. Wujudkan modul kebudayaan bumiputera dan kefahaman Islam dalam subjek Moral

7. Jenamakan semula sekolah vernakular

8. Hentikan pembinaan SJK baru

9. Dana khas bagi pendidikan dan kegiatan bahasa/ kebudayaan Cina dan Tamil di Sekolah Kebangsaan

Adakah saya berubah? Tidak.

Oleh itu saya ulang balik:

Nga Kor Meng adalah Timbalan Speaker tongong kerana tidak faham perlembagaan.

Dan penyelesaian isu sekolah vernakular mesti ditangani secara berhati-hati bagi mengelakkan backlash dan perbalahan kaum. Suka atau tidak, sekolah vernakular adalah sebahagian daripada kehidupan bukan Melayu dan sebarang perubahan ke atasnya mestilah dibuat secara perlahan-lahan supaya boleh diterima semua.

Orang PH kena belajar cara membaca status orang dengan betul. Kalau baca Facebook pun tak tahu maka patutlah baca manifesto pun kena tipu!

---

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

#Sumber :  FB  

MR :  Isu perlembangan dan budibicara keharmonian perlu difahami  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/sikap-pas-terhadap-sekolah-vernakular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Jadi Kerajaan Pemuda Pas Sokong Sekolah Vernakular Terus Dibuka

Selepas Jadi Kerajaan Pemuda Pas Sokong Sekolah Vernakular Terus Dibuka

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 348 hits
Pemuda Pas menyokong supaya sekolah vernakular terus dibuka tetapi berharap pendidikan dan pembelajaran bahasa kebangsaan Bahasa Malaysia akan diperbaiki lagi Ini selepas Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal bertegas mahu ...
Pemuda Pas Menyokong Penambahan Sekolah Vernakular Di Malaysia

Pemuda Pas Menyokong Penambahan Sekolah Vernakular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 495 hits
Pemuda PAS menyokong supaya sekolah vernakular terus dibuka tetapi berharap pendidikan dan pembelajaran bahasa kebangsaan Bahasa Malaysia akan diperbaiki lagi Ini selepas Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal bertegas mahu ...
Bila Dah Jadi Kerajaan Pas Janji Nak Laksana Islam Ansur Ansur Pula

Bila Dah Jadi Kerajaan Pas Janji Nak Laksana Islam Ansur Ansur Pula

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 289 hits
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata Pas akan laksana Islam secara beransur ansur mengikut waqi Menurutnya Pas tetap bertekad memainkan peranan memartabatkan hukum hakam dan mengisi kemenangan Islam di negeri Perak Menurutnya kebera...
Individu Gesa Tutup Sekolah Vernakular Penghasut Wajar Dikecam Kata Timbalan Presiden Pbs

Individu Gesa Tutup Sekolah Vernakular Penghasut Wajar Dikecam Kata Timbalan Presiden Pbs

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 278 hits
Parti politik di Sabah bergabung suara dalam kontroversi membabitkan kenyataan seorang timbalan menteri menggesa sekolah vernakular di Malaysia dihapuskan KOTA KINABALU Parti politik di Sabah bergabung suara dalam kontroversi membabitkan ke...
Isu Sekolah Vernakular Serlah Kebodohan Lim Guan Eng

Isu Sekolah Vernakular Serlah Kebodohan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 207 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF DI DALAM kenyataan media beliau semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan Kewujudan sekolah vernakular adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Tidak pernah ada mana mana ahli pentadbiran dalam...
Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan Umno Dan Pas Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan Ppbm

Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan Umno Dan Pas Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan Ppbm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 369 hits
PAS mungkin kurang faham kenapa ahli2 UMNO sukar nak terima penyertaan PPBM masuk ke dalam Muafakat Nasional UMNO bukan tolak idea nak menyatukan seluruh umat Islam Melayu membentuk Melayu Raya bak kata Dato Takiyuddin UMNO juga bukanlah te...
Apa Niat Pas Sebenar Pengundi Bn Nak Ker Undi Pas

Apa Niat Pas Sebenar Pengundi Bn Nak Ker Undi Pas

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 335 hits
Semua kerusi parlimen PRU14 PAS bertanding Kalah Semua kerusi tidak mendapat undi lebih daripada 5k Kalau Parlimen pun sokongan kepada PAS failed Apatah lagi negeri PAS hanya akan merugikan perikatan nasional dan memberi ruang penuh kepada ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris