Isu Sekolah Vernakular Serlah Kebodohan Lim Guan Eng



DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF DI DALAM kenyataan media beliau semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyatakan:
(1) Kewujudan sekolah vernakular adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan (kata beliau, “Under such guarantees in the Federal Constitution, vernacular primary schools have existed”).
(2) Tidak pernah ada mana-mana ahli pentadbiran dalam mana kerajaan di Malaysia yang mendesak supaya sekolah vernakular ditutup (kata beliau, “Never in history, has any member of an administration called for the closure of vernacular schools”).
(3) Terdapat seorang Ahli Parlimen yang didakwa dan dihukum di atas kesalahan menghasut pada 1982 kerana menggesa di Parlimen supaya sekolah vernakular ditutup (kata beliau, “There was even an MP who was charged and convicted of sedition in 1982 for speaking in Parliament calling for the closure of vernacular schools”).
(4) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak rasional, ekstrem serta cuba memperlekeh dan menyelewengkan Perlembagaan Persekutuan dengan menggesa supaya sekolah vernakular ditutup (kata beliau, “Deputy Youth and Sports Minister seeked to undermine and pervert the Federal Constitution… To close vernacular schools is irrational and extreme in nature”).
(5) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal perlu menarik balik desakannya dan memohon maaf kerana mendesak supaya sekolah vernakular ditutup adalah satu serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan (kata beliau, “The Deputy Minister should withdraw and apologise as calling for the closing down of vernacular schools is an attack against the Federal Constitution”).
Kenyataan media ini menyerlahkan kebodohan Lim Guan Eng kerana:
(1) Kewujudan sekolah vernakular sebenarnya adalah tidak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Seorang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga pernah menyebut bahawa keputusan membenarkan kewujudan sekolah-sekolah Cina dan Tamil adalah keputusan politik dan tiada apa-apa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkannya. Seorang pakar Perlembagaan terkenal negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, pernah menyebut bahawa “Sekolah-sekolah Cina dan Tamil sebenarnya adalah tidak dilindungi oleh Perlembagaan, tetapi banyak parti politik, demi mencari populariti, menyebut ia dilindungi oleh Perlembagaan”. Seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, juga pernah menyebut bahawa “Sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan kerana ia memecahbelahkan masyarakat dan tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan”.
(2) Desakan supaya sekolah vernakular ditutup sebenarnya telah pernah disuarakan oleh beberapa ahli pentadbiran dalam kerajaan-kerajaan di Malaysia sebelum ini. Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, pernah menyebut bahawa “Sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan semua kanak kanak dikehendaki mengikut satu sistem persekolahan untuk mencapai kesamarataan dan perpaduan”. Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menyebut bahawa beliau “berharap untuk melihat wujudnya satu sistem sekolah sahaja”. Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menyebut bahawa “Sekolah-sekolah Cina dan Tamil adalah penghalang kepada perpaduan nasional”.
(3) Ahli Parlimen yang dihukum di atas kesalahan menghasut kerana ucapan yang beliau buat di Parlimen pada 11 Oktober 1982 bukanlah kerana beliau menggesa supaya sekolah vernakular ditutup seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng tetapi adalah kerana beliau mempersoalkan kewujudan dan menganjurkan rombakan ke atas Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan jelas memutuskan di dalam kes ini bahawa “Mark Koding adalah tidak bersalah kerana menghasut apabila beliau menganjurkan penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil” tetapi beliau bersalah kerana menyebut “sekiranya tindakan-tindakan ini (menutup sekolah-sekolah vernakular tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa selain bahasa kebangsaan itu) kelak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara”.
(4) Gesaan supaya sekolah vernakular ditutup bukanlah satu gesaan yang tidak rasional, ekstrem serta cuba memperlekeh dan menyelewengkan Perlembagaan Persekutuan. Gesaan begini telah pernah dikemukakan oleh begitu ramai pakar pendidikan negara, termasuk paling mutakhir oleh Prof Emeritus Dr Isahak Haron, Prof Dr Mohd. Sahandri Gani Hamzah dan Dato’ Abdul Raof Husin di dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN: Pencapaian, Harapan Dan Cabaran pada 1 September 2020 dalam mana mereka menyebut “Kerajaan hendaklah berani mengambil langkah strategik, beransur-ansur, untuk memperkukuhkan Satu Sistem Pendidikan Negara dengan melaksanakan Sistem Pendidikan Satu Aliran menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam pembentukan negara bangsa Malaysia yang bersatu dan stabil dalam jangka panjang” di mana “Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Malaysia (Artikel 152 di mana Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu), Laporan Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996, bagi membina identiti negara bangsa dan menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang bangsa, etnik, budaya dan latar belakang.” Apabila Lim Guan Eng menyebut gesaan supaya sekolah vernakular ditutup adalah satu gesaan yang tidak rasional, ekstrem serta cuba memperlekeh dan menyelewengkan Perlembagaan Persekutuan, apakah beliau mahu menyatakan pihak-pihak seperti Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang telah berulangkali menggesa supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah satu aliran, atau Kerajaan Singapura idola beliau yang telah lama menghapuskan sekolah vernakular juga adalah tidak rasional, ekstrem serta cuba memperlekeh dan menyelewengkan Perlembagaan Persekutuan?
(5) Berdasarkan kepada semua hujah yang telah dikemukakan, langsung tiada keperluan untuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik balik desakannya dan memohon maaf kerana desakan supaya sekolah vernakular ditutup bukanlah satu serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan tetapi adalah satu usaha untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, Lim Guan Eng lah yang perlu menarik balik desakannya dan memohon maaf kerana membuat pelbagai dakwaan membabi-buta yang bertentangan dengan fakta-fakta sejarah dan fakta-fakta perundangan negara.
Usahlah bercakap berdegar-degar mengenai usaha untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan kalau kenyataan media pun hanya dibuat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin sahaja.
RUJUKAN:
Tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 November 2014 bertajuk “Malaysian Education” yang boleh dibaca di sini: http://chedet.cc/?p=1526Kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi pada 5 Mei 2013 bertajuk GE13: “No need for two-thirds to govern” yang boleh dibaca di sini: https://www.thestar.com.my/story/?file=/2013/5/5/nation/13069018 atau di sini: https://jebatmustdie.wordpress.com/2013/05/06/no-need-for-two-thirds-to-govern/ dan Kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi pada 18 September 2015 bertajuk ‘Constitution does not protect vernacular schools’ yang boleh dibaca di sini: https://www.theedgemarkets.com/article/%E2%80%98constitution-does-not-protect-vernacular-schools%E2%80%99Kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah pada 9 Oktober 2014 bertajuk “Tiada peruntukan SJK dalam Perlembagaan” yang boleh dibaca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/277038Kenyataan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pada 1 Disember 2008 bertajuk “Scrap vernacular schools, one system for all” yang boleh dibaca di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/12/01/mukhriz-scrap-vernacular-schools-one-system-for-all. Kenyataan ini telah disokong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 14 Disember 2008 di mana sokongan ini boleh dibaca di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/12/14/mahathir-format-of-schools-makes-unity-difficultKenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Jun 2018 bertajuk “Without vernacular schools, people will be more united” yang boleh dibaca di sini: https://twentytwo13.my/issues/dr-m-without-vernacular-schools-people-will-be-more-united/Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Oktober 2018 bertajuk “Vernacular schools a stumbling block to unity” yang boleh dibaca di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/28/multistream-education-to-nations-advantageTulisan Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff pada 30 November 2014 bertajuk “Presiden Umno mengelirukan para perwakilan dalam isu penutupan Sekolah Cina dan India?” yang boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=875656829145043&id=100001022016761Tulisan Prof Emeritus Dr Isahak Haron, Prof Dr Mohd. Sahandri Gani Hamzah dan Dato’ Abdul Raof Husin di dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN: Pencapaian, Harapan Dan Cabaran pada 1 September 2020 yang boleh dibaca dengan menghubungi Pengarah Konvensyen.  – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/isu-sekolah-vernakular-serlah-kebodohan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Persoal Kabinet Senyap Isu Hapus Sekolah Vernakular

Guan Eng Persoal Kabinet Senyap Isu Hapus Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 241 hits
Lim Guan Eng berkata sekolah vernakular sudah beroperasi dengan baik sebelum kemerdekaan dan kewujudannya tidak pernah dipersoalkan sebagai tidak berperlembagaan PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Kabinet mengarahkan T...
Rba Gunakan Nama Melayu Pertahankan Guan Eng Dalam Isu Direct Nego

Rba Gunakan Nama Melayu Pertahankan Guan Eng Dalam Isu Direct Nego

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 512 hits
Kita semua tahu fungsi dan peranan tentera siber DAP yang digelar sebagai Red Bean Army atau RBA Dalam keadaan tiada isu RBA akan memainkan isu isu perkauman untuk membakar api kemarahan di kalangan masyarakat majmuk Bila sahaja mana mana p...
Jangan Gelak Lim Guan Eng Nak Berjuang Untuk Rakyat Susah Sekarang

Jangan Gelak Lim Guan Eng Nak Berjuang Untuk Rakyat Susah Sekarang

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 213 hits
Setelah menjahanamkan ekonomi negara sehingga pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia pakar Kewayangan ini membisu selama berbulan bulan masa kerajaan Gagalkrasi PH tumbang Setelah 10 kepentingan dia dalam projek terowong aj...
Teck Lee Templak Guan Eng Isu Larangan Masuk Sabah

Teck Lee Templak Guan Eng Isu Larangan Masuk Sabah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 310 hits
KOTA KINABALU Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata ahli politik tidak patut kecoh di media sosial setiap kali mereka berdepan keadaan tidak menyenangkan dengan pihak berkuasa Merujuk catatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa be...
Terbongkar Anak Lim Guan Eng Juga Terlibat Dengan Rasuah Rm18 Juta

Terbongkar Anak Lim Guan Eng Juga Terlibat Dengan Rasuah Rm18 Juta

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 508 hits
Belum sempat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan isteri beliau Betty Chew menarik nafas lega kerana dituduh dalam mahkamah atas belum habis lagi terkejut dengan pendedahan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dalam Parlimen mengenai 101 projek ...
Saya Dengan Ini Mengesahkan Bahawa Rundingan Terus Tersebut Telah Dijalankan Oleh Lim Guan Eng Sendiri

Saya Dengan Ini Mengesahkan Bahawa Rundingan Terus Tersebut Telah Dijalankan Oleh Lim Guan Eng Sendiri

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 625 hits
Semalam saya telah memaklumkan bahawa saya akan menyiasat tuduhan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan berkenaan dua projek yang dianugerahkan secara Rundingan Terus oleh KPKT Seperti yang dijanjikan siasatan telah dijalankan dan kini...
Lim Guan Eng Nilai Rundingan Terus Pakatan Harapan Rm352 Juta Bukannya Rm6 61 Bilion

Lim Guan Eng Nilai Rundingan Terus Pakatan Harapan Rm352 Juta Bukannya Rm6 61 Bilion

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Sehari selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus bernilai RM6 61 bilion Lim Guan Eng hari ini tampil menjelaskan bahawa nilai rundingan terus sepanjang pemerint...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang