Sikap Armada Permain Mandat Rakyat Kata Pemuda Umno


MALAYSIAKINI   Dikemas kini dengan reaksi Pemuda Amanah Nasional dan Pemuda PH JohorKetua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki "mengalu-alukan" cadangan Pemuda Bersatu (Armada) mahu memutuskan kerjasama dengan mereka jika bersungguh-sungguh mahu kembali bersama Pakatan Harapan (PH)

Namun, Asyraf Wajdi mendakwa, jika mereka berbuat demikian, rakyat akan menghukum mereka kerana mempermainkan mandat rakyat dengan sewenang-wenangnya ketika orang ramai gelisah menghadapi Covid-19.

“Jika Armada bersungguh-sungguh mahu memutusakan kerjasama dengan Umno dan kembali ke pangkuan PH bak orang gila talak, mereka dialu-alukan berbuat demikian.

“Rakyat pastinya hakim terbaik untuk menilai dan menghukum mereka yang sewenang-wenangnya mempermainkan mandat rakyat hanya kerana ketamakan dan kerakusan kepada kuasa, pada saat rakyat sedang susah dan gelisah menghadapi pandemik Covid-19 ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Armada petang tadi yang membuat keputusan menyokong penuh pendirian Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan Umno.

Sebaliknya sayap pemuda Bersatu itu mahu “mengembalikan mandat rakyat” dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan bekerjasama semula dengan PH.

Ada satu pilihan saja
Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri exco dan ketua Armada negeri, serta Mahathir.

Untuk rekod, Bersatu sebelum ini menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 2018.

Bagaimanapun mandat itu diperolehi secara kolektif melalui gabungan PH yang turut disertai PKR, Amanah dan DAP. Ia sekali gus menyaksikan Umno hilang kuasa buat pertama kali sejak PRU pertama diadakan.

Bagaimanapun Bersatu dibawa keluar daripada PH oleh presidennya, Muhyiddin Yassin, dan melalui kerjasama dengan Umno, MCA, MIC dan PAS, membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, pada masa sama menegaskan PN bukanlah sebuan badan yang sah kerana tidak berdaftar, berbeza dengan BN.
Di sebalik tindakan Muhyiddin itu, Mahathir menolak bekerjasama dengan Umno dan sebahagian daripada pemimpin Bersatu berada di belakang ahli parlimen Langkawi tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir, menyatakan bahawa Bersatu “hanya ada satu pilihan sahaja” iaitu kembali bersama PH.

Mengulas lanjut, kata Asyraf, Armada sepatutnya bermuhasabah dan menginsafi punca sebenar keruntuhan PH setelah hanya 21 bulan berkuasa.

Baca 'Pemimpin terpalit skandal menjijikkan pun dapat tempat'
Katanya, keruntuhan itu berkait rapat dengan kerakusan kepemimpinan tertinggi mereka yang berebut kerusi perdana menteri

Katanya, perebutan itu menyebabkan Mahathir membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan lalu.

“Mujurlah Umno dan PAS bersama komponen BN berjiwa besar, meletakkan kepentingan parti masing-masing ke tepi untuk bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya.

Keputusan oleh BN dan PAS itu, tambah Asyraf Wajdi, adalah bagi menyelamatkan negara daripada terus tergantung tanpa kerajaan selama hampir seminggu.

Kelakar lagi menghiburkan
Sementara itu, Pemuda Amanah Nasional menyambut baik pendirian Armada untuk kembali bekerjasama dalam gabungan PH.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini juga Pemuda Amanah menyelar Asyraf Wajdi dengan mengingatkan ketua Pemuda Umno itu bahawa kerajaan PN menjadi kerajaan tanpa melalui peti undi.

“Bagaimana kerajaan tanpa mandat rakyat boleh berpesan agar orang lain bertindak memenuhi mandat rakyat?

"Pesanan itu tidaklah salah, cuma sekali baca dan dengar kelihatan kelakar sekali gus menghiburkan,” kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Tambahnya, pendirian Armada itu selari dengan pandangan yang disuarakan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun, kata Shazni Munir, jika ia menjadi kenyataan, Pemuda Amanah mencadangkan perlu ditetapkan terma bagi mengukuhkan kerjasama berkenaan serta mencapai kesepakatan yang lebih utuh dan mantap.

Senada dengan Shazni, Pemuda PH Johor turut mengalu-alukan keputusan Armada dan menasihatkan Asyraf untuk “mencermin diri sendiri”

Dalam satu kenyataan bersama oleh Ketua Pemuda Amanah Johor, Taqiuddin Che Man; Ketua Pemuda PKR Johor, R Yuneswaran; dan Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, PN lah yang disifatkan sebagai kerajaan yang bukan menjadi pilihan rakyat.

“Langkah bekerjasama dalam kerajaan PNlah yang hakikatnya telah mengkhianati mandat rakyat.
“Kudos! Salut dari Pemuda PH Johor buat rakan-rakan Armada Pusat,” kata mereka lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/sikap-armada-permain-mandat-rakyat-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Umno Tidak Terkesan Jika Kerajaan Pn Johor Disabotaj Kata Pemuda Umno

Bn Umno Tidak Terkesan Jika Kerajaan Pn Johor Disabotaj Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 414 hits
Hasni Mohamad menggantikan Dr Sahrudin Jamal sebagai menteri besar Johor ke 18 pada 28 Februari lepas PETALING JAYA Pemuda Umno Johor berkata BN ataupun Umno tidak akan terkesan jika wujud usaha mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional di Joh...
Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 483 hits
Perubahan dalam kerajaan Kedah tidak dapat dielakkan lagi kata Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya Ahmad mendakwa antara sebabnya adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir kini mendapat kurang daripada separuh sokongan di kalangan wakil ra...
Dr Asyraf Syok Sendiri Kerajaan Pn Tak Pernah Dapat Mandat Rakyat

Dr Asyraf Syok Sendiri Kerajaan Pn Tak Pernah Dapat Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 295 hits
Kenyataan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi menyifatkan kerajaan kudeta Perikatan Nasional memperoleh mandat rakyat disangkal keras Angkatan Muda KEADILAN Naib Ketua AMK Syed Badli Shah Syed Osman berkata kenyataan Asyraf tersebut tidak ber...
Apa Ada Pada Kerajaan Tanpa Mandat Rakyat Dan Manifesto

Apa Ada Pada Kerajaan Tanpa Mandat Rakyat Dan Manifesto

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 260 hits
Beliau menegaskan UMNO hanya ada persefahaman politik dengan PAS melalui Muafakat Nasional Dalam erti kata yang lain kerajaan PERIKATAN NASIONAL dibina tanpa asas kukuh dan bergerak di atas landasan yang rapuh Justeru tidak hairan jika seti...
Kembali Mandat Rakyat

Kembali Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 295 hits
1 Sebenarnya Kembalikan Mandat rakyat adalah bermaksud bubar parlimen dan adakan pilihanraya semula Itu barulah namanya kembalikan mandat rakyat Rakyat yang akan buat pilihan 2 Adapun membuat undi pechaya atau undi tak perchaya bagi menukar...
Umno Johor Hanya Mahu Jawatan Bukan Bela Rakyat

Umno Johor Hanya Mahu Jawatan Bukan Bela Rakyat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 275 hits
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah yang menyatakan kesepakatan Perikatan Nasional telah dibuktikan dengan pelantikan beberapa nama wakil rakyat dan pimpinan parti PN sebagai pengerusi GLC Perkara itu...
Relevensi Politik Alaf Baru Umno Terus Bersama Pentingkan Rakyat Shahril Hamdan

Relevensi Politik Alaf Baru Umno Terus Bersama Pentingkan Rakyat Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 264 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata dalam mengambil langkah untuk merelevensi UMNO dan politik alaf baharu parti keramat ini perlu berhati hati agar tidak tersalah langkah sehingga rakyat membuat persepsi kononnya UMNO mem...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2