Bn Umno Tidak Terkesan Jika Kerajaan Pn Johor Disabotaj Kata Pemuda Umno


Mohamad FadliHasni Mohamad (kiri) menggantikan Dr Sahrudin Jamal sebagai menteri besar Johor ke-18 pada 28 Februari lepas.
PETALING JAYA: Pemuda Umno Johor berkata BN ataupun Umno tidak akan terkesan jika wujud usaha mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah mengingatkan jika bekas setiausaha Pemuda PH Johor, Mohd Azam Mektar, terus bermain politik menghasut, maka rakyat akan semakin jemu dengan propaganda bekas gabungan kerajaan itu.

“BN, Umno mahupun Muafakat Nasional (MN) di Johor langsung tidak rugi dan terkesan, sebaliknya yang akan terus menerima ‘peritnya’ adalah rakyat.
Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Sah.“Sudah dijelaskan bahawa hubungan Umno dengan PN hanya untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan oleh kelompok tertentu dalam PH,” katanya merujuk kepada tulisan Azam di sebuah portal berita yang meramalkan pertukaran menteri besar Johor Hasni Mohammad yang mewakili Umno menggantikan Dr Sahruddin Jamal baru-baru ini.

Sahrudin dari PPBM dilantik menggantikan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor pada 14 April 2019 hingga 27 Februari 2020.

Beliau berkata, dakwaan Azam dalam kenyataannya sebelum ini yang menimbulkan kemungkinan politik Johor akan bergolak semula dan tercipta sejarah pentadbiran menteri besar paling pendek selepas pertukaran menteri besar negeri itu ketika pentadbiran PH sebelum ini.

Hairi berkata, kerjasama dalam PN adalah persefahaman untuk membentuk kerajaan baru dan mentadbir negara kerana kegagalan PH.

Katanya, rakyat, termasuk di Johor sudah boleh menilai pemerintahan 60 tahun BN dan pemerintahan 22 bulan PH yang amat jauh bezanya.

“Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor yakin dan percaya, rata-rata rakyat akan memilih kembali pemerintahan terdahulu yang dilemparkan pelbagai fitnah oleh PH untuk menguasai pentadbiran negara.

“Apabila PH memerintah, yang ‘perit’ adalah rakyat, yang terkesan adalah rakyat. PH tumbang bukan disebabkan pihak lain, tetapi kerana kerakusan merebut jawatan oleh beberapa orang pimpinan PH sendiri, khususnya dalam kalangan parti DAP, PKR dan Amanah,” katanya.

Hairi berkata, Pemuda Umno Johor ingin menegaskan bahawa perbuatan sabotaj tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada BN di Johor.

“Sebaliknya perbuatan sedemikian hanya akan merugikan pembangkang di Johor, termasuklah pihak yang mendalangi sabotaj.

“Saya juga yakin, tiada mana-mana pihak dalam PN akan cuba mensabotaj kerajaan sedia ada kerana mereka juga muak dengan sikap rakus pimimpin DAP dan Amanah,” katanya.

Hairi juga berkata Pemuda Umno Johor ingin menasihati wakil rakyat PN dan ahli parti supaya memperkukuhkan soladariti sebagai blok kerajaan dan mengelakkan perebutan jawatan serta kedudukkan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Jangan ada sifat iri hati atau cemburu sesama kita, akhirnya adakah kita bersedia untuk menghadapi PRU15.

“Bayangkan jika anda terpilih menjadi wakil rakyat sekali lagi, rakyat akan menilai yang mana baik dan buruk sesebuah parti mahupun komponennya,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/bn-umno-tidak-terkesan-jika-kerajaan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 571 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Dia Suruh Kerajaan Potong Gaji Kakitangan Awam Apa Kata Kita Jangan Beli Di Kedai Dia

Dia Suruh Kerajaan Potong Gaji Kakitangan Awam Apa Kata Kita Jangan Beli Di Kedai Dia

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 600 hits
MOHD ASRI BAKARTokey kepada sebuah Pasaraya MAMAK terbesar di Malaysia tu dia jugak adalah AJK Bahagian UMNGOK di Kota Bharu Kelantan Masa BE End memerintah dia dapat banyak projek projek besar seperti menyediakan perkhidmatan kedai runcit ...
Azmin Gagal Sebagai Menteri Kanan Ekonomi Kata Pemimpin Umno

Azmin Gagal Sebagai Menteri Kanan Ekonomi Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 343 hits
Lewat petang semalam Sarawak Sabah Pulau Pinang Pahang Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini dan akan meneruskan PKP Langkah ini jelas bertentangan dengan apa yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan...
Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 448 hits
BERITAPerbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi kata sumber Umno negeri itu Bercakap kepada Malaysiakini petang ini beliau berkata ini akan menjad...
Bersatu Umno Berantakan Di Johor

Bersatu Umno Berantakan Di Johor

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 700 hits
Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO menegaskan bahawa parti tersebut tidak pernah ada persefahaman dengan PERIKATAN NASIONAL Mereka hanya ada Muafakat Nasional bersama PAS dan BARISAN NASIONAL Justeru PERIKATAN NASIONAL ibarat anak yang lahi...
Umno Ppbm Berpencak Silat Di Johor

Umno Ppbm Berpencak Silat Di Johor

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 378 hits
Kredit MSO PPBM dan UMNO nampak bergaduh dan saling curigai mencurigai antara satu sama lain Apa yang berlaku di Johor sangat jelas kedua parti satu keturunan itu tidak belaga angin PPBM Johor tidak senang dengan pembahagian kuasa oleh UMNO...
Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 414 hits
Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila bila masa Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyeba...
Apakah Keruntuhan Kerajaan Pn Bermula Di Johor

Apakah Keruntuhan Kerajaan Pn Bermula Di Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 445 hits
ULASANTajuddin Ab RahmanKEMELUT kerajaan PN Johor nampaknya tidak boleh ditusuk selindungkan lagi Johor kini dalam radar pemeriksaan para pemerhati politik negara Cakap dan cakar politik dalam kerajaan PN Johor sudah kian merebak dan makin ...
Tak Terima Bot Pelarian Rohingya Kerajaan Malaysia Tak Berperikemanusiaan Kata Suaram

Tak Terima Bot Pelarian Rohingya Kerajaan Malaysia Tak Berperikemanusiaan Kata Suaram

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 744 hits
NGO Suaram mengutuk tindakan kerajaan Malaysia enggan menerima kemasukan bot mangsa pelarian etnik Rohingya dan menolak mereka semula ke laut pada 16 April lalu Suaram berkata walapun Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian Bangsa ...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman