Sidang Parlimen Lima Hari Patut Ditolak Mahiaddin Masih Cuba Derhaka Titah Agong


 
Kerajaan PN akhirnya setuju untuk mengadakan Sidang Parlimen sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi, kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang Dipertuan Agong agar Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021.
Seterusnya ia akan diikuti dengan Sidang Dewan Negara selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos 2021.
Sekali imbas memang ternampak kerajaan PN dan Mahiaddin Md Yasin seperti akur dengan tuntutan pelbagai pihak sejak sekian lama agar Parlimen dibuka untuk persidangan bagi membolehkan proses semak dan imbang berjalan dengan sempurna, khususnya kata dua selama 14 hari oleh UMNO yang tempohnya berakhir semalam.
Ia turut menampakkan kerajaan PN dan Mahiaddin akhirnya akur dengan titah Agong berkenaan pembukaan Parlimen yang dititahkan sebanyak tiga kali sebelum ini.
Tetapi, jika diteliti kenyataan media tersebut, Sidang Parlimen yang bakal diadakan nanti tidak ubah sekadar melepas batuk di tangga saja.
Ini kerana Sidang Parlimen selama lima hari itu seperti tidak sebagaimana yang sepatutnya di mana ada perbahasan dan pengundian sebagai komponennya.





Memetik kenyataan media itu, ia menyebut, “Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid”.
Kenapa hanya penerangan saja diberi kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara?
Apakah ia bermaksud tiada perbahasan dan pengundian selepas penerangan dilakukan?
Selain itu, mengapa juga masih berbangkit untuk mengadakan Sidang Parlimen secara hibrid dan bukan bersemuka sepenuhnya, sedangkan semua Ahli Parlimen sudah pun diberi dua dos suntikan vaksin?
Lebih daripada itu, Menteri Penyelaras Vaksin, Khairy Jamaluddin pada 30 Jun lalu berkata, lebih 400 kakitangan Parlimen akan disuntik vaksin dengan segera di beberapa Pusat Pemberian Vaksin bermula hari tersebut (30 Jun) sebagai persediaan kiranya Sidang Parlimen diadakan dalam waktu yang terdekat ini.
Bermula 30 Jun dan menjelang 26 Julai akan datang, sudah tentu lebih 400 kakitangan tersebut telah pun selesai menerima vaksin, sekurang-kurangnya untuk dos pertama.
Jadi, bersama semua Ahli Parlimen sendiri sudah menerima dua suntikan vaksin, apa perlunya lagi Sidang Parlimen diadakan secara hibrid?
Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri itu seterusnya menyebut, “Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliment).
Apakah Ordinan Darurat juga hanya sekadar dibentangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen, tanpa sebarang perbahasan dan pengundian?
Jika sudahlah Pelan Pemulihan Negara pun hanya sekadar diberi penerangan, Ordinan Darurat pula dibentangkan saja, Sidang Parlimen apa namanya?
Setelah setengah tahun Parlimen digantung dan tidak bersidang, apakah cukup sebegitu saja Sidang Parlimen diadakan?
Mengapa tidak Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan Darurat diadakan perbahasan dan pengundian dan Sidang Parlimen juga sepatutnya diadakan dalam tempoh yang lebih lama, misalnya selama tiga minggu?
Lagi pula, jika dirujuk kembali kenyataan media Istana Negara sebelum ini, adalah jelas Agong mahukan Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan Darurat dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen sebagai proses dan imbang bagi kerajaan.
Mengapa Mahiaddin berdalih lagi terhadap titah Agong?
Adakah kerajaan PN dan Mahiaddin mahu dilihat derhaka sekali lagi?
 (ShahbudinHusin 05/07/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/sidang-parlimen-lima-hari-patut-ditolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Hari Sidang Parlimen Terlalu Singkat Tidak Tepati Titah Agong Ph Beritahu Putrajaya

5 Hari Sidang Parlimen Terlalu Singkat Tidak Tepati Titah Agong Ph Beritahu Putrajaya

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 210 hits
July 7 2021 Ketua parti politik PH berkata Parlimen adalah medan mendengar masalah menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat di samping mencari penyelesaian kepada krisis negara PETALING JAYA Majlis Presiden Pakatan Harapan berpend...
Zahid Cuba Sabotaj Usaha Ydp Agong Percepatkan Sidang Parlimen Ahli Mkt

Zahid Cuba Sabotaj Usaha Ydp Agong Percepatkan Sidang Parlimen Ahli Mkt

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 249 hits
Usaha Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui tindakannya memanggil ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mendapatkan sokongan perakuan bersama meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional akhir bulan ini disifatkan sebagai tindakan s...
Akhirnya Mahiaddin Setuju Nasihat Agong Panggil Sidang Parlimen Bermula 26 Julai

Akhirnya Mahiaddin Setuju Nasihat Agong Panggil Sidang Parlimen Bermula 26 Julai

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 256 hits
MALAYSIA DATELINEKerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang di Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke 14 diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 292 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Sidang Parlimen Yang Bakal Di Adakan Semula Selama Lima Hari Ialah Satu Bentuk Penipuan

Sidang Parlimen Yang Bakal Di Adakan Semula Selama Lima Hari Ialah Satu Bentuk Penipuan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat sidang parlimen yang bakal diadakan semula selama lima hari bermula 26 Julai ini adalah satu bentuk penipuan Anwar berkata ini kerana sidang tersebut seperti yang dinyataka...
Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 292 hits
MALAYSIA DATELINESpeaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara memaklumkan mereka telah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong agar sidang kedua dua Dewan itu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamat darurat Dalam kenyataan bersama Yang Dipert...
Sidang Parlimen 5 Hari Hina Agong

Sidang Parlimen 5 Hari Hina Agong

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 308 hits
Tempoh lima hari yang ditetapkan oleh kerajaan untuk Parlimen bersidang bermula 26 Julai ini disifatkan sebagai tidak menghormati institusi Parlimen selain menderhaka titah Yang di Pertuan Agong Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata ...
Jika Pm Derhaka Dan Tidak Umum Tarikh Sidang Secepat Mungkin Ahli Parlimen Akan Ke Parlimen 19 Julai

Jika Pm Derhaka Dan Tidak Umum Tarikh Sidang Secepat Mungkin Ahli Parlimen Akan Ke Parlimen 19 Julai

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 240 hits
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dan memandang serius kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Jun 2021 Ini adalah kenyataan yang amat bersejarah kerana merupakan kali ketiga KDYMM S...
Apa Guna Mahiaddin Berbangga Ada Pengalaman 40 Tahun Jika Jiwa Masih Penakut Macam Pertama Kali Jejak Kaki Ke Parlimen

Apa Guna Mahiaddin Berbangga Ada Pengalaman 40 Tahun Jika Jiwa Masih Penakut Macam Pertama Kali Jejak Kaki Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 225 hits
Keabsahan Perdana Menteri dan kuasanya dalam menasihati Yang Dipertuan Agong nampaknya terus menjadi pertikaian ramai menjelang Sidang Parlimen yang bakal diadakan setelah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja Raja Melayu Begitu pun...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Mak Tak Bagi Main Mercun Luar Rumah Be Like

Rahasia Sukses Memanfaatkan Promo Takbiran Di Pialasport

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Dap Youth Defends Pending Rep Amid Push For Resignation

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat