Jika Pm Derhaka Dan Tidak Umum Tarikh Sidang Secepat Mungkin Ahli Parlimen Akan Ke Parlimen 19 Julai



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dan memandang serius kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Jun 2021. Ini adalah kenyataan yang amat bersejarah kerana merupakan kali ketiga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh dan perlu bersidang.
Majlis Presiden turut meneliti kenyataan media bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 30 Jun 2021, bahawa satu persidangan khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos 2021 dicadangkan kepada Perdana Menteri.
Namun kami kesal bahawa sehingga hari ini Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang langkah konkrit untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.
Majlis Presiden berpandangan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah melakukan penderhakaan terhadap bukan sahaja KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tetapi juga terhadap KDYMM Raja-Raja Melayu yang turut menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang segera.
Sekiranya Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya masih berdegil menderhaka kepada Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu maka mereka bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan.
Sidang Parlimen yang perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 ini mesti membahaskan krisis pandemik COVID-19 serta Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara, seperti titah pandangan Seri Paduka Baginda.
Ini untuk memastikan usaha berkesan mengekang penularan wabak COVID-19 dan menyelesaikan masalah ekonomi dan kehidupan harian yang dihadapi rakyat.
Rakyat sekarang sangat tertekan sehingga ada yang telah membunuh diri dan ada yang telah mengibarkan bendera putih, maka sidang Parlimen ini mesti memberi fokus isu rakyat dan bukan isu politik.
Oleh itu, sekiranya Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai 2021, maka kami menggesa semua Ahli Parlimen sama ada Pembangkang mahupun Kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/07/02/jika-pm-derhaka-dan-tidak-umum-tarikh-sidang-secepat-mungkin-ahli-parlimen-akan-ke-parlimen-19-julai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Mahu Panggil Sidang Parlimen Secepat Mungkin Sebelum 1 Ogos

Pm Mahu Panggil Sidang Parlimen Secepat Mungkin Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 288 hits
July 2 2021 PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mahu memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos bagi menjunjung titah Yang di Pertuan Agong Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin ...
Selepas Desakan Kuat Takiyuddin Jelaskan Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Tarikh Dimuktamad 7 Julai Takiyuddin

Selepas Desakan Kuat Takiyuddin Jelaskan Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Tarikh Dimuktamad 7 Julai Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 305 hits
Harits Asyraf HasnanJulai 2 2021 00 04 MYTTakiyuddin Hassan memaklumkan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini Gambar fail untuk mengadakan sidang Par...
Parlimen Ph Usahakan Petisyen Sokong Sidang Parlimen Secepat Mungkin

Parlimen Ph Usahakan Petisyen Sokong Sidang Parlimen Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 314 hits
Pakatan Harapan akan mengusahakan satu petisyen di kalangan Ahli Ahli Parlimen yang akan dipersembah kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi membuktikan bahawa majoriti Ahli Ahli Parlimen men...
Tiada Tarikh Persidangan Wakil Rakyat Digesa Ke Parlimen 19 Julai

Tiada Tarikh Persidangan Wakil Rakyat Digesa Ke Parlimen 19 Julai

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 246 hits
Tiada tarikh persidangan wakil rakyat digesa ke Parlimen 19 Julai Semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang digesa hadir ke Parlimen pada 19 Julai ini jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih tidak menetapkan tarikh persidangan...
Akhirnya Mahiaddin Setuju Nasihat Agong Panggil Sidang Parlimen Bermula 26 Julai

Akhirnya Mahiaddin Setuju Nasihat Agong Panggil Sidang Parlimen Bermula 26 Julai

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 312 hits
MALAYSIA DATELINEKerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang di Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke 14 diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5...
Sidang Parlimen Lima Hari Patut Ditolak Mahiaddin Masih Cuba Derhaka Titah Agong

Sidang Parlimen Lima Hari Patut Ditolak Mahiaddin Masih Cuba Derhaka Titah Agong

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 314 hits
Kerajaan PN akhirnya setuju untuk mengadakan Sidang Parlimen sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang Diper...
Zahid Cuba Sabotaj Usaha Ydp Agong Percepatkan Sidang Parlimen Ahli Mkt

Zahid Cuba Sabotaj Usaha Ydp Agong Percepatkan Sidang Parlimen Ahli Mkt

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 301 hits
Usaha Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui tindakannya memanggil ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mendapatkan sokongan perakuan bersama meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional akhir bulan ini disifatkan sebagai tindakan s...
Titah Parlimen Dibuka Secepat Mungkin Terus Diingkari

Titah Parlimen Dibuka Secepat Mungkin Terus Diingkari

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 294 hits
Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata Parlimen hanya akan kembali bersidang selepas Darurat berakhir pada 1 Ogos Beliau berkata memandangkan Darurat masih berkuat kuasa
Raikan Petang Panas Dengan Man Cendol

T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups