Apa Guna Mahiaddin Berbangga Ada Pengalaman 40 Tahun Jika Jiwa Masih Penakut Macam Pertama Kali Jejak Kaki Ke Parlimen


 
Keabsahan Perdana Menteri dan kuasanya dalam menasihati Yang Dipertuan Agong nampaknya terus menjadi pertikaian ramai menjelang Sidang Parlimen yang bakal diadakan setelah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Begitu pun, bila tarikh Sidang Parlimen itu bakal diadakan belum lagi diketahui kerana kerajaan dilihat terus mahu melengah-lengahkanya lagi.
Dalam kenyataan bersama Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Negara baru-baru ini, mereka menyebut kebarangkalian Sidang Parlimen boleh diadakan ialah sama ada akhir Ogos atau awal September.
Sebelum itu, Mahiaddin Md Yasin mengatakan Sidang Parlimen mungkin diadakan pada September atau Oktober.
Maksud tersirat titah Agong dan Raja-Raja bahawa Sidang Parlimen sebenarnya perlu diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos cuba untuk buat-buat tidak difahami oleh kerajaan seolah-olah ayat dalam kenyataan media Istana yang antaranya menyebut ia diperlukan untuk membincangkan Ordinan Darurat tidak bermakna apa-apa.
Jika akhir Ogos, awal September atau Oktober baru mahu mengadakan Sidang Parlimen di mana ketika itu darurat sudah pun berakhir, apa guna lagi untuk membincangkan Ordinan Darurat?
Susahkan Mahiaddin dan Speaker Parlimen mahu memahaminya?
Barangkali tindakan Istana Negara memanggil menghadap Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Negara pada Selasa ini ada kaitan dengan perkara tersebut.
Dalam pertikaian tentang keabsahan kedudukan Mahiaddin dan kuasanya dalam menasihati Agong berkenaan tarikh Sidang Parlimen yang berlarutan itu, cubaan Perguam Negara untuk membela Perdana Menteri hanya tambah mengeruhkan lagi keadaan.
Daripada satu sudut, sebagaimana disebut Anwar Ibrahim semalam, kenyataan Peguam Negara itu selain melampau, ia juga menghina Istana Negara.
Dalam hal ini, agak pelik apakah Peguam Negara tidak boleh membezakan antara kuasa Perdana Menteri dalam keadaan biasa dengan ketika darurat seperti ketika ini?
Seterusnya Anwar juga mendakwa, ada usaha yang sistematik digerakkan bagi menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengahkan Sidang Parlimen sebagaimana yang telah dititahkan Agong itu.
Sebagai makluman, Peguam Negara, Idrus Harun dan Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun adalah adik-beradik.
Sebenarnya kekalutan serta polemik berterusan tentang keabsahan dan kuasa Perdana Menteri ini adalah kelemahan mutlak Mahiaddin sendiri dalam menanganinya.
Atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, setelah dilantik mengetuai kerajaan oleh Agong, apabila kedudukannya dipertikai dan diragui, Mahiaddin seharusnya sedar tanggungjawab moralnya ialah membersihkan tanggapan tersebut.
Caranya tidak lain ialah dengan membenarkan usul undi percaya atau tidak percaya dibentangkan terhadapnya di Parlimen.
Jika perkara itu dilakukan lebih awal, pastilah pertikaian mengenai kedudukannya tidak terus berlarutan sehingga perlu mengheret Agong untuk turut campurtangan.
Dalam hal ini, apabila Agong campurtangan, walaupun ia merupakan tanda keprihatinan baginda terhadap masalah yang berlaku dalam negara, hakikat lain ia juga memperlihatkan Mahiaddin turut sama menghina baginda.
Agong sebagai ketua negara tidak terlibat dalam politik, tidak campurtangan dalam politik dan tiada keperluan campurtangan dalam hal ehwal politik, malangnya kerana Perdana Menteri tiada kekuatan moral untuk mengesahkan kedudukannya, maka bukan saja politik jadi caca-marba yang berpanjangan, bahkan memaksa Agong untuk campurtangan.
Dalam perbualan dengan beberapa orang yang bertemunya, Mahiaddin dilaporkan selalu berbangga mengenai tempoh 40 tahun yang sudah dilaluinya sebagai Ahli Parlimen dan kononnya beliau tahu apa yang harus dilakukannya untuk menangani kemelut yang berlaku sekarang.
Soalnya, apakah menangguh-nangguhkan Sidang Parlimen, menghalang usul undi percaya atau tidak percaya dan seterusnya mencadangkan darurat bagi tujuan menggantung Parlimen adalah wajah perlakuan seseorang yang ada pengalaman selama 40 tahun?
Banyak pengalaman sepatutnya menerbitkan keberanian, bukan menyerlahkan jiwa penakut dan tiada kekuatan.
Tidak malukah Mahiaddin berbangga dengan pengalamannya selama 40 tahun itu, tetapi semua rakyat mentertawakan jiwa penakutnya seolah-olah hanya seperti seorang Ahli Parlimen belia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Parlimen? 


(ShahbudinHusin 27/06/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/apa-guna-mahiaddin-berbangga-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 273 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Pertama Kali Guna Setel Isi Minyak

Pertama Kali Guna Setel Isi Minyak

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 326 hits
Aplikasi Setel sudah keluar iklan dalam TV Sosial media sudah agak lama cuma pada hari ini saya tekad untuk cuba buat kali pertamanya Sebenarnya sudah lama install Aplikasi ini cuma belum berkesempatan untuk cuba Masa mulanya saya install u...
Seolah Olah Ini Kali Pertama Nak Buat Sidang Parlimen Kata Najib

Seolah Olah Ini Kali Pertama Nak Buat Sidang Parlimen Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 231 hits
malaysiakini comDiterbitkan 20 Jun 2021 8 32 pmPerdana Menteri Muhyiddin Yassin membuatkan ini seperti kali pertama sidang Parlimen akan diadakan kata Najib Razak Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddi...
Sudah 4 Tahun Bercinta Hubungan Ok Taecyeon Kekasih Bukan Selebriti Masih Utuh

Sudah 4 Tahun Bercinta Hubungan Ok Taecyeon Kekasih Bukan Selebriti Masih Utuh

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 287 hits
Ingat tak mengenai berita Ok Taec yeon sedang berpacaran dengan seorang wanita bukan selebriti yang didedahkan pada tahun lalu Terbaru dilaporkan idola itu masih mempunyai hubungan yang baik dengan kekasih yang berusia 4 tahun lebih muda it...
Tapak Kaki Dinosaur Berusia 110 Juta Tahun Dijumpai

Tapak Kaki Dinosaur Berusia 110 Juta Tahun Dijumpai

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 338 hits
Tapak kaki dinosaur berusia 110 juta tahun dijumpai Sebanyak enam kesan tapak kaki dinosaur berlainan spesies yang berjalan di atas tanah pada 110 juta tahun lalu ditemukan di Kent Bekas tapak kaki itu ditemukan oleh kurator dari Galeri Sen...
Mahiaddin Tak Perlu Tubuh Jawatankuasa Mahu Bukan Parlimen

Mahiaddin Tak Perlu Tubuh Jawatankuasa Mahu Bukan Parlimen

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 266 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin digesa segera membuka Parlimen sesuai dengan titah Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja raja Melayu tanpa banyak berdolak dalik Ketua Whip KEADILAN Datuk Johari Abdul berkata...
Pkp 3 0 Swab Test Pertama Kali

Pkp 3 0 Swab Test Pertama Kali

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 343 hits
Masuk hari ni hari yang ke tiga Budu mengalami cirit birit Nak kata salah makan pun tak juga Lesu sampai lembik Tidur pun tak cukup Mata baru nak pejam perut buat hal pula Memandangkan hari ni kena puasa dan dalam masa yang sama kena bangun...
Rentasan 911 Panas Kini Mahiaddin Sahkan Sidang Parlimen Dilewatkan

Rentasan 911 Panas Kini Mahiaddin Sahkan Sidang Parlimen Dilewatkan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 209 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9111 ANTARA JAHAT DAN JIHAD 2 FITNAH ITU KEMBALI KEPADA ASAL USULNYA 3 KERAJAAN HILANG KEYAKINAN PERLU BERUNDUR 4 JANGAN DERHAKA KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG
Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 309 hits
ULASAN LEWATMahiaddin makin terdesak Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam yang memaklumkan perdana menteri Mahiaddin Md Yassin dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur kerana menghidap diarrhea atau cirit birit men...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities