Sidang Dun P. Pinang: Wakil PAS diasak 7 penjuruSUDAH lama tidak pakai tali leher. Semalam, kembali bertali leher apabila hadir sebagai pemerhati di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.Kami hadir menyaksikan wakil tunggal PAS-Penaga, YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berucap membahaskan Bajet 2020 pada peringkat dasar. Beliau satu-satunya wakil tunggal PAS di dalam DUN Pulau Pinang.Berdasarkan pemerhatian ketika sesi perbahasan berlangsung, ada lima perkara menarik yang perlu diperhatikan.Pertama: Persediaan untuk berbahas. Wakil rakyat perlu persediaan secukupnya untuk berbahas. Selain persediaan dari aspek jasmani (penampilan diri), persediaan dari sudut pengucapan adalah sangat penting.Bahan rujukan, teks ucapan, kemahiran mematahkan hujah, kemahiran bersoal jawab, dan pengetahuan tentang isu-isu semasa sangat perlu dikuasai.Wakil rakyat juga perlu bijak memberi cadangan solusi terhadap isu-isu yang dibangkitkan, bukan hanya sekadar mencelah menggangu perbahasan orang lain macam wakil Jelutong di dalam Dewan Rakyat.Kedua: Cabaran sebagai wakil tunggal PASMenjadi satu-satunya wakil tunggal PAS di dalam DUN Pulau Pinang memang sangat mencabar. Apa tidaknya, diasak kiri kanan depan belakang oleh wakil-wakil kerajaan yang memang sentiasa menunggu peluang.Perbahasan ADUN Penaga semalam turut mendapat perhatian daripada YAB Ketua Menteri, YB Timb Ketua Menteri II, seorang anggota Exco, dan 4 orang ADUN Kerajaan yang lain. Tujuh orang semuanya. Dua ADUN Pembangkang yang lain (Umno) turut mengambil bahagian. Mereka bangun minta izin mencelah untuk turut berbahas mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh ADUN Penaga.Bayangkan, 7 lawan 1! Memang penat kena asak. Kalau bertanya dengan cara baik, okeylah. Tapi ada yang bangun mencelah dengan cara provokasi. Tak ada hujah pun, sekadar nak alih isu. Huh! Kami yang duduk dekat kerusi pemerhati ni pula yang geram nak menyampuk. Nasib baik boleh kawal.Kestabilan emosi dan ketahan mental sangat diperlukan untuk berhadapan dengan situasi begini.Ketiga: Harakah jadi topik perbahasan!Isu pemberitaan Harakah turut dibahaskan. Yang peliknya, ianya dibangkitkan oleh ADUN DAP. Seorang ADUN biasa, dan seorang lagi ialah YB Timb Ketua Menteri (TKM) II.Menurut YB TKM II, dia dah lama tak baca Harakah. Dulu pernah baca. Sekarang tidak. Yang peliknya, dia boleh sebut bahawa sejak akhir-akhir ini Harakah melaporkan berita yang tak tepat. Faktanya tak betul. Aik? Tadi kata dah lama tak baca. Tapi macam mana boleh tahu pemberitaan itu kononnya tak tepat? Pelik!Keempat: Tiga isu sensitif tidak dibenarkan bahasAda tiga isu yang Speaker tak benarkan dipanjangkan perbahasan. Pertama, isu bacaan doa Kristian di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang. Kedua, isu tangkapan dalam kes LTTE. Ketiga, isu penyebaran komik kontroversi ke sekolah-sekolah.

KesimpulanPertama, kerajaan memerlukan Pembangkang sebagai ejen semak dan imbang. Suara Pembangkang perlu diambil kira dalam perjalanan sesebuah pemerintahan.Kedua, Pembangkang tidak boleh hanya membangkang semata-mata. Pembangkang perlu kemukakan cadangan penyelesaian dan solusi yang sesuai sebagai parti bukan pemerintah.Ketiga, PAS perlu tambah kerusi dalam PRU akan datang.Sekian, mohon pakat buat kerja bagi menang!AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |