Sidang Dun Selangor Kecoh Dituduh Kerajaan Flip Flop


Manzaidi Mohd Amin Sidang DUN Selangor kecoh pasal isu kerajaan flip flop 
SHAH ALAM – Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini kecoh dengan isu kerajaan Pakatan Harapan (PH) flip flop.

Ketua pembangkang yang merupakan ADUN Air Tawar, Datuk Rizam Ismail ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu menuduh kerajaan Persekutuan flip flop gagal menunaikan janji manifestonya.

Ucapan itu menyebabkan ADUN Taman Templer dari Parti Amanah Negara (PAN), Mohd Sany Hamzan tidak puas hati, lalu bangun mencelah meminta Rizam menjelaskan apa yang kerajaan PH janji dan apa yang gagal ditunaikan.

Menjawab pertanyaan itu, Rizam menyatakan, kerajaan PH ketika kempen PRU14 berjanji akan memansuhkan PTPTN dan tol, tetapi selepas satu setengah tahun, tidak ada satu pun ditunaikan.

Tidak puas hati dengan jawapan itu, Mohd Sany sekali lagi bangun, tanpa meminta kebenaran Speaker DUN, Ng Suee Lim, menyatakan memansuhkan PTPTN dan tol bukan janji PH, sebaliknya dari Pas.

ADUN Sijangkang dari Pas, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi kemudian bangun menafikan dakwaan Mohd Sany dengan menyatakan, ada pemimpin dari PH berjanji kepada rakyat, kononnya “hari ini PH menang, esok PTPTN dihapuskan”.

Beliau turut menyindir Mohd Sany bahawa pemimpin PH terbabit juga menyatakan, kos untuk menghapuskan PTPTN tidak tinggi, iaitu RM6 bilion sahaja.

Keadaan tidak terkawal apabila ADUN Sungai Burong dari BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias menegur sikap Taman Templer tidak mematuhi peraturan dewan, iaitu tidak meminta kebenaran dari Speaker untuk bantuk mencelah.

“Beginikah sikap seorang Yang Berhormat? Bangun ‘menyerang’ tidak meminta kebenaran Speaker,” kata Shamsuddin.

Tanpa menghiraukan Sungai Burong, Mohd Sany terus mengeluarkan kata-kata mempertahankan kerajaan PH dan menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, kalau tidak kerana Najib menyalahgunakan wang 1MDB, kerajaan PH tidak perlu menanggung beban hutang sehingga RM50 bilion untuk menjelaskan hutang berkenaan.

Keadaan bertambah gamat apabila ADUN Kuang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBM),
Sallehudin Amiruddin bangun mencabar pihak pembangkang membuktikan PH pernah berjanji akan menurunkan harga minyak jika menang.

“PH tidak pernah berjanji akan menurunkan harga minyak kalau menang. Kita hanya janji akan menstabilkan harga,” katanya.

Semua ADUN yang terlibat dalam ‘perang’ mulut itu bangun sesuka hati tanpa meminta kebenaran Speaker untuk mendapatkan laluan dari pembahas sebenarnya, Rizam.

ADUN Sungai Panjang dari BN, Datuk Mohd Imran Tamrin cuba menarik perhatian Speaker bahawa tindakan ADUN kerajaan langsung tidak mematuhi peraturan, menyebabkan Ng Suee Lim meminta semua duduk.

“Yang Berhormat semua duduk. Sebenarnya sesi perbahasan ini giliran Ketua Pembangkang. Tapi nampaknya Ketua Pembangkang tidak ada kesempatan langsung untuk meneruskan perbahasannya.

“Saya minta semua Yang Berhormat duduk. Sungai Burong pun duduk. Saya tahu, saya tahu..ini yang saya hendak beritahu…sila duduk semua. Duduk,” arah Ng Suee Lim yang ketika itu Mohd Shamsudin cuba memintanya bertegas dengan sikap ADUN kerajaan.

Selepas keadaan reda, Rizam kemudian meneruskan perbahasannya dan menyifatkan Belanjawan 2020 Selangor sebagai tidak mencerminkan kebajikan rakyat. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/sidang-dun-selangor-kecoh-dituduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 510 hits
Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu dari...
Sidang Dun Pp Isu Rumah Kos Tinggi Dibangkitkan

Sidang Dun Pp Isu Rumah Kos Tinggi Dibangkitkan

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 304 hits
Sidang Dun P Pinang Wakil PAS diasak 7 penjuruSUDAH lama tidak pakai tali leher Semalam kembali bertali leher apabila hadir sebagai pemerhati di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kami hadir menyaksikan wakil tunggal PAS Penaga...
5454 Banjir Lumpur Penduduk Mahu Kerajaan Selangor Campur Tangan Berita Harian 03 11 2019

5454 Banjir Lumpur Penduduk Mahu Kerajaan Selangor Campur Tangan Berita Harian 03 11 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 466 hits
HULU LANGAT Penduduk Jalan Felcra Sungai Semungkis yang terjejas teruk akibat banjir kilat pada 12 Oktober lalu meminta kerajaan negeri Selangor campur tangan menyelesaikan masalah itu Wakil penduduk Abu Samah Ibrahim berkata walaupun sudah...
Keberadaan Jho Low Kerajaan Serah Kepada Pdrmsia

Keberadaan Jho Low Kerajaan Serah Kepada Pdrmsia

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 348 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kerajaan Mesir Lulus Pameran Firaun Namun Perlu Bawa Ke Kabinet Kata Menteri

Kerajaan Mesir Lulus Pameran Firaun Namun Perlu Bawa Ke Kabinet Kata Menteri

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 334 hits
Kerajaan Mesir lulus pameran Firaun namun perlu bawa ke Kabinet kata menteri nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan
Kerajaan Gagal Bela Nasib Peneroka Pekebun Sawit

Kerajaan Gagal Bela Nasib Peneroka Pekebun Sawit

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 354 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan kebimbangan dan kerisauan Pekebun Kecil dan Peneroka FELDA seluruh negara dengan ancaman menghadkan import minyak sawit Malaysia oleh pemain industri sawit India yang bakal boleh ...
Sekadar Pengalaman Biasa Di Hospital Kerajaan

Sekadar Pengalaman Biasa Di Hospital Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 206 hits
Sampai di parking hospital jam 7 45 pagi Beratur tunggu shuttle van 15 minit Sampai hospital jam 8 15 Bagi kad temujanji jam 8 30 Masa temujanji atas kad jam 9
Kerajaan Terbit Bon Samurai Kedua

Kerajaan Terbit Bon Samurai Kedua

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan terbitan bon Samurai kedua mengambil kira kos pembiayaan serta kadar tukaran mata wang asing bagi memastikan pinjaman adalah kompetitif dan tidak membebankan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin...
Kerajaan Benar Penanaman Ganja

Kerajaan Benar Penanaman Ganja

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 277 hits
Kerajaan akan membenarkan penanaman hem iaitu pokok dari spesies ganja bagi tujuan penyelidikan industri namun kebenaran itu tertakluk mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pih...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking

Pasaran Saham As Bersedia Untuk Pembetulan Selepas Tiga Bulan Kenaikan Berterusan

Kerajaan Pahang Minta Peneroka Negeri Ini Guna Sebaik Mungkin Peruntukkan Rm100 000 Untuk Kampung Felda

31 Tahun Terpisah Polis Kacukan Filipina Korea Bertemu Semula Ibu Kisah Tular Cetus Emosi