Prktgpiai Peniaga Tg Piai Terhimpit Dengan Kos Tinggi Selepas Tukar Kerajaan




Peniaga Tg Piai mungkin undi BN kerana ‘terhimpit’ selepas tukar kerajaan
Peniaga pasar pagi Serkat di sini mengeluh terhimpit dengan bebanan kos sara hidup tinggi dan hanya “cukup-cukup makan” selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).
Darwin Mardis, 28, yang menjual apam balik berkata, harga barang semakin mahal menyebabkan keuntungan yang diperolehinya tidak banyak.
“Nak belanja pun teragak-agak. Peniaga terbeban dan cukup-cukup makan selepas pertukaran kerajaan baru.
“Kalau ada untung pun kurang RM100. Kalau dulu dalam RM300 lebih dan cukup untuk pusing modal,” katanya ketika ditemui FMT di pasar pagi Serkat yang majoritinya pengundi Melayu.
Beliau tidak menolak kemungkinan pengundi Tanjung Piai akan menyokong BN pada pilihan raya kecil 16 Nov ini kerana kecewa dengan PH yang gagal menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.
Parlimen Tanjung Piai mempunyai 53,528 pengundi yang terdiri daripada 57% Melayu, diikuti Cina (42%) dan India (1%).
PRK kali ini menyaksikan persaingan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon bebas.
PH mempertaruhkan Karmaine Sardini daripada PPBM sebagai calonnya dan BN meletakkan Wee Jeck Seng sebagai calon mereka pada PRK kali ini.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Alfiah, 46, berkata rata-rata peniaga di pasar pagi Serkat terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan perniagaan terjejas.
“Perniagaan itu ada kala untung dan ada kala merosot sedikit. Kerajaan ada bantu, tetapi baru lagikan, ada terasa sikit.”
Beliau berkata, kebanyakan penduduk mengenali Wee berbanding Karmaine kerana ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu pernah menjadi ahli Parlimen di kerusi Parlimen berkenaan selama dua penggal sejak 2008.
“Kalau jumpa peniaga di pasar pagi serkat, saya lihat mereka cakap nak yang biru,” katanya merujuk warna logo BN berwarna biru sambil menambah mereka berharap perubahan akan berlaku jika BN menang di PRK Tanjung Piai.
Peniaga pakaian “bundle” berusia 37 tahun, Ashari Abu Bakar berasa terbeban apabila perniagaannya merosot.
“Dari segi perniagaan itu, ada kala untung, tetapi tidak banyak, rasa terbeban sikit.”
Katanya, beliau tidak mengikuti perkembangan politik semasa, tetapi merasakan ramai pengundi di Tanjung Piai mula beralih kepada BN.
“Macam saya, dua-dua calon (PH dan BN) tak kenal, tetapi saya rasa mungkin BN menang.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/07/prktgpiai-peniaga-tg-piai-terhimpit-dengan-kos-tinggi-selepas-tukar-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 412 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata sokongan yang diberi adalah sel...
Tanjung Piai Bersih 2 0 Kecewa Ph Salahguna Dana Kerajaan

Tanjung Piai Bersih 2 0 Kecewa Ph Salahguna Dana Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 308 hits
TANJUNG PIAI Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa tindakan Pakatan Harapan memancing undi dengan menghulurkan bantuan wang tunai adalah menyalahi undang undang serta tidak beretika Dalam satu kenyataan hari ini badan bukan kerajaa...
Prktgpiai Isu Ahli Umno Tidak Puas Hati Jeck Seng Calon Bn Di Tg Piai Sudah Selesai Kata Zahid

Prktgpiai Isu Ahli Umno Tidak Puas Hati Jeck Seng Calon Bn Di Tg Piai Sudah Selesai Kata Zahid

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 454 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengakui timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi Umno susulan keputusan Barisan Nasional memilih Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai Wee Jeck Seng sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen berkenaan...
Prktgpiai Banyak Sungguh Projek Kebetulan Di Parlimen Tanjung Piai Nizar

Prktgpiai Banyak Sungguh Projek Kebetulan Di Parlimen Tanjung Piai Nizar

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 433 hits
Banyak sungguh secara kebetulan segala peruntukan kerajaan secara tiba tiba hadir di Parlimen Tanjung Piai Dan mungkin dalam sedikit masa pun apatah lagi sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen berkenaan akan turun mencurah cura...
Prktgpiai Nelayan Tanjung Piai Kecewa Wang Saguhati Tidak Diterima Sejak Zaman Ph

Prktgpiai Nelayan Tanjung Piai Kecewa Wang Saguhati Tidak Diterima Sejak Zaman Ph

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 327 hits
Kira kira 800 nelayan di kawasan Tanjung Piai di sini melahirkan rasa kecewa apabila wang saguhati yang pernah dinikmati oleh mereka sejak 2016 sumbangan kerajaan negeri masih belum diterima sehingga kini Walaupun telah dijanjikan beberapa ...
Prktgpiai Naratif Politik Tanjung Piai

Prktgpiai Naratif Politik Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 336 hits
oleh AB JALIL BACKER PILIHAN Raya Kecil Tanjung Piai adalah satu percaturan politik yang sangat menarik kerana ia meletakkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam dilema politik yang kompleks dan rumit Malah lebih rumit apabila parti G...
Prk Tanjung Piai Kesihan Dianiaya Kerajaan Ph

Prk Tanjung Piai Kesihan Dianiaya Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 518 hits
Kita simpati dengan penganiayaan ke atas rakyat seperti para nelayan 4 11 19 800 nelayan di parlimen Tanjung Piai kecewa apabila wang bantuan yang mereka terima sebelum ini masih belum diterima sehingga kini https malaysiagazette com 2019 1...
Selepas Ph Umum Bn Pilih Rabu Untuk Dedah Calon Prk Tg Piai

Selepas Ph Umum Bn Pilih Rabu Untuk Dedah Calon Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 303 hits
Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Barisan Nasional membuat kejutan dengan tidak mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai sebaliknya hanya melancarkan jentera parti itu Bermula semalam BN dikhabarkan akan mengumumkan calo...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader

Kesalahan Yang Pernah Saya Buat Dan Bagaimana Saya Belajar Dari Itu

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind