Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan


Wartawan MalaysiaGazette Bangunan Parlimen Malaysia yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL 
KUALA LUMPUR – Hanya RTM dan Bernama dibenarkan membuat liputan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 yang akan berlangsung pada Isnin, 18 Mei 2020 di bangunan Parlimen.

Keputusan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 serta langkah-langkah pencegahan lanjut.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam edaran kepada media yang ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia, Muhd Nor Aswadi Md Nor.

Dewan Rakyat akan bersidang sehari pada 18 Mei bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan usaha membendung pandemik Covid-19. Tiada sesi soal jawab dibenarkan bagi sesi khas ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedudukan Ahli-ahli Parlimen juga akan dijarakkan bagi memenuhi keperluan penjarakan sosial yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai diadakan pada masa ini dalam rangka mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung hanya satu hari sahaja pada 18 Mei 2020 wajar dikekalkan.

“Susunan kedudukan Ahli-Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat juga akan diubah suai untuk mengamalkan penjarakan sosial bagi menjamin semua ahli Dewan dapat mengambil bahagian dalam ruang lingkup Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Artikel berkaitan: Dewan Rakyat bersidang satu hari patuh pelaksanaan PKP

Ahli-ahli Parlimen pembangkang membantah sidang sehari sebaliknya mendesak kerajaan mengadakan sesi yang lebih panjang bagi membolehkan pelbagai isu dibangkitkan.

Ada juga dalam kalangan pembangkang mencadangkang supaya diadakan sidang dalam talian supaya isu-isu berkaitan rakyat dapat dibahaskan.

Artikel berkaitan: PH cadang sidang Dewan Rakyat secara dalam talian

Sidang Dewan Rakyat kali ini menjadi tumpuan kerana ia merupakan sidang pertama selepas kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerintah berikutan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Keputusan tersebut menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui  Dr Mahathir bertindak meninggalkan Pakatan Harapan sehingga menyebabkan kerajaan PH runtuh.

Dua usul telah dihantar untuk sidang kali ini iaitu usul oleh Datuk Seri Shafie Apdal yang merupakan Ahli Parlimen Semporna dan Ketua Menteri Sabah mencadangkan bahawa Dr Mahathir mendapat kepercayaan ahli-ahli Dewan Rakyat. Bagaimanapun usul tersebut telah ditolak.

Satu lagi usul oleh Dr Mahathir atas kapasiti ahli Parlimen Langkawi juga telah dikemukakan bagi undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Usul tersebut telah diterima namun tidak perlu disegerakan dan akan dibawa ke mesyuarat Julai. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/sidang-dewan-rakyat-18-mei-hanya-rtm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 424 hits
SHAH ALAM Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bermakna tidak akan ada usul lai...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 644 hits
Muktamad 18 Mei ini hanya titah diraja sahaja tiada sidang selepas itu Kita minta ahli ahli parlimen 1 Jangan tunjuk keras kepala sabotaj atau boikot Itu kurang ajar dan menghina DYMM Agong namanya 2 Tolong jaga sedikit mulut itu Jangan mak...
Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 610 hits
Mantan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memuji Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berikrar mematuhi peraturan sidang Dewan Rakyat Isnin depan Jelas Najib ia merupakan sikap terpuji ba...
Lantikan Ketua Pembangkang Antara Usul Sidang Dewan Rakyat

Lantikan Ketua Pembangkang Antara Usul Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 460 hits
Persidangan akan dipercepat usul ditangguh bawa ke Julai PUTRAJAYA Antara usul yang akan dibawa dalam persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei adalah perisytiharan pelantikan ketua pembangkang pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan...
Menunda Sidang Parlimen Menjadikan Rakyat Tidak Lagi Diutama Hanya Ahli2 Parlimen Kaut Laba

Menunda Sidang Parlimen Menjadikan Rakyat Tidak Lagi Diutama Hanya Ahli2 Parlimen Kaut Laba

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 311 hits
Jika sidang Parlimen pada 18 Mei ini tidak dihadkan hanya untuk titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong saja barangkali soal keabsahan Perdana Perdana akan dapat diputuskan pada hari tersebut Dengan yang demikian sama Muhyiddin Yassin dap...
Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 480 hits
Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith Setakat ini tak ad...
Pn Tak Usul Tukar Speaker Dewan Rakyat Petanda Tak Ada Majoriti

Pn Tak Usul Tukar Speaker Dewan Rakyat Petanda Tak Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 389 hits
M Fakhrull Halim Aktivis politik Abd Malek Hussin mempersoalkan mengapa kerajaan Perikatan Nasional tidak mencabar jawatan Mohamad Ariff Md Yusoff sebagai speaker Dewan Rakyat yang dipilih ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan Yang di P...
Speaker Terima Usul Pembangkang Agar Dewan Rakyat Bersidang 8 Hari

Speaker Terima Usul Pembangkang Agar Dewan Rakyat Bersidang 8 Hari

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 509 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima satu usul tergempar berkenaan gesaan agar sidang Parlimen pada 18 Mei ini yang dijadual berlangsung sehari sahaja dilanjutkan kepada lapan hari Dalam satu kenyataan hari ini Ariff berka...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Rumah Terbuka Mini

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat

Ayam Goreng Berebut Makan Goreng Macam Ni Ikut Cara Mak Mak

Ini Ker Namanya Menteri Dap Hipokrik