Lantikan Ketua Pembangkang Antara Usul Sidang Dewan Rakyat


azrulhakimie Persidangan akan dipercepat, usul ditangguh bawa ke Julai PUTRAJAYA – Antara usul yang akan dibawa dalam persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei, adalah perisytiharan pelantikan ketua pembangkang, pelantikan jawatankuasa pilihan (select committee) serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Parlimen telah pun dimaklumkan bahawa ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diisytiharkan sebagai ketua pembangkang, oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof

“Untuk kali ini kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memutuskan polisi melantik Ahli Parlimen pembangkang sebagai Pengerusi PAC dikekalkan, manakala naib pengerusi akan dilantik dalam kalangan anggota penyokong kerajaan. 12 orang ahli PAC akan dilantik oleh Jawatankuasa Pilihan,” katanya

Selain itu Takiyuddin berkata, dua Rang Undang-Undang penting berkaitan dengan kewangan akan dibawa dalam persidangan kali ini untuk bacaan kali pertama sahaja, iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020 dengan bacaan berikutnya diadakan pada sidang Parlimen yang bermula pada 13 Julai

Beliau berkata, mesyuarat pertama, penggal ketiga persidangan Dewan Rakyat, Parlimen ke-14 yang berlangsung 18 Mei ini, tidak akan menyaksikan pemeriksaan perbarisan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), tetapi Seri Paduka akan tetap bertitah merasmikan sidang Dewan itu

“Begitu juga, satu usul akan dibawa untuk menangguhkan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong. Biasanya kita menetapkan paling kurang empat hari untuk perbahasan (titah ini) tetapi oleh kerana kita nak cepatkan persidangan kali ini, usul akan dibawa untuk menangguhkan kepada Julai,” katanya

Takiyuddin juga berkata, dalam membawa usul ke dewan, ahli-ahli Parlimen perlu memenuhi syarat yang ditetapkan, antaranya usul itu mempunyai kepentingan awam dan perlu disegerakan dan Speaker yang akan menentukannya

Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi, Takiyuddin berkata, dewan akan amalkan jarakan sosial dengan satu kerusi memisahkan antara satu sama lain serta memastikan semua ruang digunakan, termasuk tempat para pegawai akan digunakan sebagai tempat duduk ahli Dewan Rakyat

Mengenai liputan dalam Dewan, beliau berkata beberapa media kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan media Parlimen dibenarkan, manakala media lain boleh merayu kepada Speaker Dewan Rakyat

Persidangan 18 Mei itu tidak melibatkan para pegawai, kecuali beberapa orang ketua jabatan tertinggi contoh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Hakim Negara. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/lantikan-ketua-pembangkang-antara-usul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat

Siapa Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 451 hits
Pakatan Harapan yang merupakan blok pembangkang terbesar pada ketika ini belum memutuskan siapa yang akan dilantik menjadi ketua pembangkang Pada masa ini ada dua calon yang mungkin akan diangkat sebagai ketua pembangkang iaitu Presiden PKR...
Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 629 hits
Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith Setakat ini tak ad...
Speaker Terima Usul Pembangkang Agar Dewan Rakyat Bersidang 8 Hari

Speaker Terima Usul Pembangkang Agar Dewan Rakyat Bersidang 8 Hari

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 701 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima satu usul tergempar berkenaan gesaan agar sidang Parlimen pada 18 Mei ini yang dijadual berlangsung sehari sahaja dilanjutkan kepada lapan hari Dalam satu kenyataan hari ini Ariff berka...
Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 513 hits
SHAH ALAM Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bermakna tidak akan ada usul lai...
Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 511 hits
PETALING JAYA Kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional akan mengundi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di Parlimen kata Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN itu berkata ketetapan berkenaa...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 734 hits
Muktamad 18 Mei ini hanya titah diraja sahaja tiada sidang selepas itu Kita minta ahli ahli parlimen 1 Jangan tunjuk keras kepala sabotaj atau boikot Itu kurang ajar dan menghina DYMM Agong namanya 2 Tolong jaga sedikit mulut itu Jangan mak...
Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 720 hits
Mantan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memuji Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berikrar mematuhi peraturan sidang Dewan Rakyat Isnin depan Jelas Najib ia merupakan sikap terpuji ba...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 485 hits
Bangunan Parlimen Malaysia yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Hanya RTM dan Bernama dibenarkan mem...
Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah

Meiska Adinda Badut Chord