Menunda Sidang Parlimen Menjadikan Rakyat Tidak Lagi Diutama Hanya Ahli2 Parlimen Kaut Laba




Jika sidang Parlimen pada 18 Mei ini tidak dihadkan hanya untuk titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong saja, barangkali soal keabsahan Perdana Perdana akan dapat diputuskan pada hari tersebut.Dengan yang demikian, sama Muhyiddin Yassin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri atau akan dijatuhkan, tiada lagi pertikaian mengenai sahih atau tidaknya kedudukan siapa juga yang menjadi ketua kerajaan selepas itu.Kalau kekal, beliau selepas itu akan dapat menumpukan sepenuh perhatiannya membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat jelata.Begitu juga jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, penggantinya yang dipilih melalui undian di Parlimen juga akan dapat melaksanakan tugas demi rakyat dan negara tanpa banyak gangguan lagi.Tetapi, disebabkan Muhyiddin begitu takut kehilangan jawatan berikutan sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadapnya masih belum pasti, beliau telah tergamak menangguhkan sessi perbahasan pada 18 Mei ini ke sidang Julai akan datang.Menggunakan kuasanya selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat, Muhyiddin telah menulis surat kepada Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof untuk memaklumkan sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya terhad kepada titah perasmian saja.Ini bermakna, selain perbahasan titah Yang Dipertuan Agong dianjakkan kepada sidang Julai akan datang, segala usul kerajaan dan usul pembangkang, termasuk usul undi tidak percaya yang telah diterima untuk dibentangkan, juga turut tangguhkan selama dua bulan lagi.Ertinya, sehingga sidang Parlimen 13 Julai akan datang, walaupun Muhyiddin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri, kedudukannya tetap diragui ramai.Logiknya mudah saja, kalau betul Muhyiddin sudah cukup sokongan, tiada sebab beliau perlu menangguhkan sidang Parlimen daripada 9 Mac kepada 18 Mei dan kemudian sidang 18 Mei pula hanya dihadkan kepada titah Yang Dipertuan Agong saja.Tidak pernah dalam sejarah negara sejak merdeka, sidang Parlimen hanya untuk perasmian dan titah Yang Dipertuan Agong semata-mata tanpa disusuli dengan sessi perbahasan.Ini tidak lain menunjukkan Muhyiddin benar-benar takut dan negara kita tidak pernah mempunyai Perdana Menteri yang lebih penakut daripadanya.Dengan menganjakkan sessi perbahasan kepada Julai yang juga bermakna usul undi tidak percaya terhadapnya teranjak sama selama dua bukan, tujuannya ialah agar Muhyiddin masih ada masa untuk menguatkan kedudukannya dengan cara menawarkan kedudukan dan jawatan kepada Ahli-Ahli Parlimen yang dirasakan boleh “dibeli” jiwa mereka.Demikian itu, dalam tempoh dua bulan akan datang, apa jadi kepada nasib rakyat yang memerlukan lebih pembelaan kerajaan kesan wabak Covid-19?Sudah tentu, dalam tempoh dua bulan akan datang, bukan menjaga dan membela rakyat yang menjadi keutamaan Muhyiddin selaku ketua kerajaan, tetapi perhatian beliau lebih tertumpu kepada menjaga Ahli-Ahli Parlimen yang ada undi dalam usul undi tidak percaya terhadapnya.Sementara Ahli-Ahli Parlimen sudah ada gaji dan elaun sebagai wakil rakyat, selain dijadikan menteri dan timbalan menteri, selebihnya diberikan pula jawatan menerajui GLC dan duta-duta rekaan yang semua bertaraf menteri.Tidakkah semua ini membazirkan wang negara, sedangkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19 hanya nampak sipi-sipi saja?Tidak mustahil juga, ada Ahli-Ahli Parlimen yang ditambah lagi tawaran jawatan jika mereka tidak puas hari dengan jawatan dalam GLC yang sudah diberi atau terus buat bising menegur sana dan menegur sini tentang kerajaan yang bermasalah ini.Pokoknya Muhyiddin tiada kekuatan idealisme atau perjuangan bagi meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen untuk terus menyokongnya melainkan menawarkan mereka jawatan dan kedudukan semata-mata.Akhirnya, rakyat sentiasa dikebelakangkan dan teraniya, bukan saja sehingga sidang Parlimen Julai, bahkan sampai kepada ketibaan PRU15 akan datang, sebaliknya hanya Ahli-Ahli Parlimeb yang untung kerana dibelai dan dimanjakan oleh Perdana Menteri sepanjang masa.
(ShahbudinHusin 16/05/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/menunda-sidang-parlimen-menjadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Sidang Dewan Rakyat Hari Ini Petugas Mula Memasuki Bangunan Parlimen

Terkini Sidang Dewan Rakyat Hari Ini Petugas Mula Memasuki Bangunan Parlimen

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 345 hits
ANGGOTA keselamatan dilihat mengawal laluan masuk ke bangunan Parlimen sejak awal pagi sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 hari ini Turut kelihatan dua kereta perisai Barracuda yang memasuki bangunan berkenaan pada 8 05 ...
Parlimen Tanpa Sidang Rampas Mandat Rakyat

Parlimen Tanpa Sidang Rampas Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 261 hits
Sebagai mengulas mengenai sekatan tersebut PAKATAN HARAPAN BERSATU dan WARISAN telah mengeluarkan kenyataan bersama pada 14 Mei 2020 Arahan ini amat dikesali dan cukup mendukacitakan kerana Parlimen seharusnya berfungsi sebagai wahana bagi ...
Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 402 hits
SHAH ALAM Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bermakna tidak akan ada usul lai...
Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 457 hits
Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith Setakat ini tak ad...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 372 hits
Bangunan Parlimen Malaysia yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Hanya RTM dan Bernama dibenarkan mem...
Sidang Parlimen Hentikanlah Politik Kotor Dengan Agenda Peribadi

Sidang Parlimen Hentikanlah Politik Kotor Dengan Agenda Peribadi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 209 hits
Rakyat mengharapkan sidang bincang isu kebajikan sepanjang PKP BANGI Sudah tiba masanya cara politik lama yang kotor saling bertelagah mengenepikan kepentingan rakyat dan hanya memberikan fokus kepada agenda peribadi serta parti dihentikan ...
Lantikan Ketua Pembangkang Antara Usul Sidang Dewan Rakyat

Lantikan Ketua Pembangkang Antara Usul Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 437 hits
Persidangan akan dipercepat usul ditangguh bawa ke Julai PUTRAJAYA Antara usul yang akan dibawa dalam persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei adalah perisytiharan pelantikan ketua pembangkang pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah