Siapakah Mandikan Jenazah Nabi Saw Ramaikan Yang Tak Tahu Kisah Ini Jom Baca


Siapa Mandikan Jenazah Nabi SAW ? Ini Jawapan Mufti KL Yang Ramai Tak Tahu | Pernah tertanya siapakah sahabat bertuah yang dapat mandikan jenazah manusia mulia kekasih kita semua Nabi Muhammad SAW. Ini jawapan dari Mufti KL yang ramai tak tahu. Tolong jangan abaikan artikel ni.
SOALAN SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?
Assalamualaikum WBT. Semoga ustaz sihat-sihat belaka. Saya dah lama ingin bertanya.Siapakah di antara para sahabat yang memandikan jenazah Nabi SAW. Saya ingin tahu sangat ustaz. Mohon pencerahan dari ustaz.
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Antara kewajipan seorang muslim adalah mengetahui hal perihal berkaitan Nabi SAW. Daripada setiap pergerakan, percakapan, akhlak ketika Baginda hidup sehinggalah kewafatan Baginda SAW.
Sebelum membincangkan dan menjawab persoalan yang dikemukakan, suka kami bentangkan berkenaan kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik. Kata beliau :
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَانَ يُصَلِّي لَهُمْ فِي وَجَعِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ حَتَّى إِذَا كَانَ يَوْمُ الاِثْنَيْنِ وَهُمْ صُفُوفٌ فِي الصَّلاَةِ كَشَفَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، سِتْرَ الْحُجْرَةِ ، فَنَظَرَ إِلَيْنَا ، وَهُوَ قَائِمٌ كَأَنَّ وَجْهَهُ وَرَقَةُ مُصْحَفٍ ، ثُمَّ تَبَسَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَاحِكًا قَالَ : فَبُهِتْنَا وَنَحْنُ فِي الصَّلاَةِ مِنْ فَرَحٍ بِخُرُوجِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَكَصَ أَبُو بَكْرٍ عَلَى عَقِبَيْهِ لِيَصِلَ الصَّفَّ ، وَظَنَّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَارِجٌ لِلصَّلاَةِ ، فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ أَنْ أَتِمُّوا صَلاَتَكُمْ ، قَالَ : ثُمَّ دَخَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرْخَى السِّتْرَ قَالَ : فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَوْمِهِ ذَلِكَ
Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sakit yang mana ia adalah kesakitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah SAW menyingkap tirai biliknya dan melihat kepada kami. Ketika itu, Baginda SAW sedang berdiri dan wajah Baginda seakan-akan seperti kertas mushaf.[1] [1] Iaitu ibarat yang menggambarkan bahawa wajah Rasulullah SAW yang lawa, suci putih dan bercahaya.
Kemudian Baginda tersenyum. Anas berkata : Maka kami pun terkejut dan berasa gembira apabila Rasulullah SAW keluar. Pada ketika itu kami sedang dalam solat. Lalu Abu Bakar pun ke belakang sedikit untuk menyambungkan saf yang ada. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau menyangka Rasulullah SAW keluar untuk solat bersama.
Lantas Rasulullah SAW memberi isyarat kepada orang ramai untuk menyempurnakan solat. Anas berkata lagi : Kemudian Rasulullah SAW masuk semula ke rumahnya dan menurunkan tirainya. Rasulullah SAW wafat pada hari tersebut.”
Riwayat Muslim (874)
Menurut riwayat ini, Rasulullah SAW wafat pada hari isnin. Kemudian berlakulah satu perbincangan di kalangan para sahabat berkenaan siapa yang bakal menggantikan Rasulullah SAW sebagai ketua yang akan menguruskan urusan umat islam. Akhir perbincangan itu membawa satu resolusi iaitu memilih Abu Bakar sebagai khalifah bagi umat islam.
Jenazah Rasulullah mula untuk diuruskan pada hari selasa. Ada beberapa orang para sahabat yang bertanggungjawab untuk memandikan jenazah Rasulullah SAW. Ini berdasarkan riwayat sirah yang dinyatakan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya :
قَالَ ابْنُ إسْحَاقَ : فَلَمّا بُويِعَ أَبُو بَكْر ٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَقْبَلَ النّاسُ عَلَى جَهَازِ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ يَوْمَ الثّلَاثَاءِ فَحَدّثَنِي عَبْدُ اللّهِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ وَحُسَيْنُ بْنُ عَبْدِ اللّهِ وَغَيْرُهُمَا مِنْ أَصْحَابِنَا : أَنّ عَلِيّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ ، وَالْعَبّاسَ بْنَ عَبْدِ الْمُطّلِبِ ، وَالْفَضْلَ بْنَ الْعَبّاسِ وَقُثَمَ بْنَ الْعَبّاسِ ، وَأُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ وَشُقْرَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ هُمْ الّذِينَ وُلُوا غَسْلَهُ وَأَنّ أَوْسَ بْنَ خَوْلِيّ . أَحَدَ بَنِي عَوْفِ بْنِ الْخَزْرَجِ ، قَالَ لِعَلِيّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنْشُدُك اللّهَ يَا عَلِيّ وَحَظّنَا مِنْ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَكَانَ أَوْسُ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَأَهْلِ بَدْرٍ قَالَ اُدْخُلْ فَدَخَلَ فَجَلَسَ وَحَضَرَ غَسْلَ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ فَأَسْنَدَهُ عَلِيّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ إلَى صَدْرِهِ وَكَانَ الْعَبّاسُ وَالْفَضْلُ وَقُثَمُ يُقَلّبُونَهُ مَعَهُ وَكَانَ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ وَشُقْرَانُ مَوْلَاهُ هُمَا اللّذَانِ يَصُبّانِ الْمَاءَ عَلَيْهِ وَعَلِيّ يُغَسّلُهُ قَدْ أَسْنَدَهُ إلَى صَدْرِهِ وَعَلَيْهِ قَمِيصُهُ يُدَلّكُهُ بِهِ مِنْ وَرَائِهِ لَا يُفْضَى بِيَدِهِ إلَى رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَعَلِيّ يَقُولُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمّي ، مَا أَطْيَبَك حَيّا وَمَيّتًا وَلَمْ يُرَ مِنْ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ شَيْءٌ مِمّا يُرَى مِنْ الْمَيّتِ
Maksudnya :” Kata Ibnu Ishak : ketika mana Abu Bakar R.anhu telah dibaiah, orang ramai mula untuk menguruskan jenazah Rasulullah SAW pada hari selasa. Abdullah bin Abu Bakar,Husain bin Abdullah dan selain dari keduanya menceritakan kepada aku Ali bin Abi Talib, Abbas Bin Abdul Muttalib, Al-Fadhl Bin Abbas, Qutham Bin Abbas, Usamah Bin Zaid dan Syuqran Maula Rasulullaj adalah orang yang bertanggungjawab memandikan jenazah Nabi.
Aus Bin Khauli salah seorang daripada Bani Auf Bin Khazraj berkata kepada Ali : Demi Allah wahai Ali, kami juga ada bahagian untuk menguruskan Rasulullah SAW. Aus merupakan sahabat Rasulullah dan juga di antara ahli Badar. Kata Ali : masuklah.
Maka Aus pun masuk, duduk dan turut memandikan Rasulullah SAW. Kemudian Ali menyandarkan jenazah Baginda ke dada beliau. Abbas, al-Fadhl dan Qutham memusingkan tubuh Baginda manakala Usamah Bin Zaid dan Syuqran kedua-duanya mencurahkan air. Pada masa yang sama Ali memandikan jenazah Rasulullah SAW.
Beliau menyandarkan tubuh Baginda ke dadanya dan pada tubuh Baginda ada qamis yang beliau gunakan untuk menggosok bahagian belakang Baginda. Tangan beliau langsung tidak menyentuh tubuh Baginda. Lalu Ali berkata : Demi ayah dan ibuku, engkau ketika hidup mulia dan ketika wafat pun mulia. Dan tidak dilihat pada jenazah Rasulullah sesuatu (yang buruk) yang ada pada jenazah orang lain.”
Rujuk Sirah Ibnu Hisyam (4/451)
Kesimpulannya ,berdasarkan riwayat ini, ada 7 orang yang terlibat dalam memandikan jenazah Nabi SAW. Mereka itu ialah :
Ali Bin Abi Talib
Abbas Bin Abdul Muttalib
Al-Fadhl Bin Abbas
Qutham Bin Abbas
Usamah Bin Zaid
Syuqran Maula kepada Rasulullah
Aus Bin Khauli
Semoga pencerahan yang diberikan menjawab persoalan yang dikemukakan. Semoga kita lebih mencintai Nabi SAW dengan membaca sirahnya dan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk mengikut sunnahnya. Wallahu’alam. JANGAN LUPA UNTUK SHARE ARTIKEL NI.
Sumber: Mufti KL
The post SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?ramaikan yang tak tahu kisah ini-JOM BACA appeared first on InfoJe.Com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infoje.com/siapakah-mandikan-jenazah-nabi-sawramaikan-yang-tak-tahu-kisah-ini-jom-baca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Nabi Daud Dengan Ulat Merah

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat Merah

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 311 hits
Kisah Nabi Daud Dengan Ulat Merah Sesungguhnya setiap apa yang diciptakan Allah itu mempunyai sebabnya yang tersendiri Kita Sebagai hambaNya hendaklah mencari hikmah daripada setiap apa yang ada di alam ini Berikut saya kongsikan Kisah Nabi...
Jom Baca Novel Sungguh Aku Cinta

Jom Baca Novel Sungguh Aku Cinta

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 501 hits
Novel ni dikarang oleh ANIS AYUNI dan Mama Yan sangat tergoda dangan penceritaan dan lenggok bahasa yang digunakan Mama Yan beli secara atas talian sahaja di Google Apps sebab malas nak tambah kapasiti rak buku lagi dah Mama Yan baca Novel ...
Aquaman Filem Best Mummy Dah Tengok Jom Baca Sinopsis Aquaman

Aquaman Filem Best Mummy Dah Tengok Jom Baca Sinopsis Aquaman

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 671 hits
AQUAMAN FILEM BEST MUMMY DAH TENGOK JOM BACA SINOPSIS AQUAMAN Seronok dapat tonton FILEM AQUAMAN Kebetulan mummy terjah CITTA MALL dan terus tanya MBO cerita apa yang avalaible Tup tup AQUAMAN katanya Apa lagi teruslah beli Kebetulan sangat...
Amalkan Perkara Ini Insyaallah Akan Bersama Nabi Muhammad Saw Di Syurga Rileks Media

Amalkan Perkara Ini Insyaallah Akan Bersama Nabi Muhammad Saw Di Syurga Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 349 hits
1 Mutaba ah Taat Kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Allah Subhanahu Wa Ta ala berfirman Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya mereka itu akan bersama sama dengan orang orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu pa...
Babah Jom Terbang Naik Malindo Airlines

Babah Jom Terbang Naik Malindo Airlines

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 552 hits
This is a letter from Nuha to Babah Babah I know that you will be super busy for the next couple of months Tapi lepas tu boleh tak bawak Nuha pergi mana mana kita jalan jalan Jangan lupa bawak ummi sekali sebab ummi ada susu Babah takde Nuh...
Ladang Teh Sabah Tea Jom Bersiar Siar Disekitar Ladang Teh

Ladang Teh Sabah Tea Jom Bersiar Siar Disekitar Ladang Teh

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 1028 hits
Lawatan ke ladang teh Sabah Tea merupakan salah satu daripada perkara yang wajib dilakukan apabila bercuti ke Sabah Kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan keluarga melawat ladang teh ini semasa kami bercuti ke Kunda...
20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 544 hits
Tercari cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang Mai singgah ke Sungai Petani Masa yang diambil untuk ke negeri di sudut utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam sebaik memasuki negeri ini akan dapat melihat keinda...
Intellectual Property Protecting Ideas

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Eur Usd 11 Mac Kesatuan Eropah Bersedia Untuk Perang Perdagangan Dengan As

Black Monday Di Wall Street Saham As Kehilangan 4 Trilion Dalam Permodalan Pasaran

E Pcb Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan Tuntutan Lhdn

Menantu Ibuku