Ladang Teh Sabah Tea Jom Bersiar Siar Disekitar Ladang Teh


Lawatan ke ladang teh Sabah Tea merupakan salah satu daripada perkara yang wajib dilakukan apabila bercuti ke Sabah.
 
Kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan keluarga melawat ladang teh ini semasa kami bercuti ke Kundasang, Sabah pada tahun 2017 yang lalu.
 
Ladang teh Sabah terletak di Jalan Sandakan-Ranau di dalam Daerah Ranau.
Alamat: 17, Kg. Nalapak, Jalan Ranau-Sandakan, 89309 Ranau, Sabah, Malaysia
GPS Location: 5.94822, 116.78544
 
Ini merupakan jalan masuk untuk ke ladang teh. Pada masa ini, jalannya agak teruk, tapi tak seteruk jalan masuk untuk ke Mesilou Cat’s Village .

Pandu perlahan-lahan untuk elak lubang-lubang dan ketulan batu yang terdapat atas jalan. Sambil-sambil tu, kita boleh juga nikmati pemandangan kawasan persekitaran.
 
Kalau difikirkan semula, sebenarnya jalan masuk untuk ke ladang teh boh di Cameron Highland juga tak begitu cantik. Mungkin ini satu perkara yang para pengunjung perlu bersiap sedia.
 
Kalau dah namanya masuk ke kawasan ladang, jangan mengharap untuk dapat laluan yang cantik lengkap dengan bertar. Ada banyak kenderaan berat, terutama lori akan keluar masuk. Jadi, kita boleh anggap keadaan jalan yang rosak adalah sesuatu perkara yang boleh dijangka.

Sepanjang perjalanan, langit cerah dan cuaca juga agak panas.

Saya menjangkakan, ladang teh di Sabah ini lebih kurang sama dengan ladang teh di Cameron Highland. Dalam kepala saya, saya membayangkan keadaan persekitaran yang sejuk, angin bayu kawasan pergunungan bertiup lembut, dan udara yang segar.
 
Sekali bila dah sampai kat tempat ini, semuanya berbeza dari apa yang saya bayangkan.

Dekat sini ada padang bola sepak, mungkin untuk kemudahan para pekerja yang tinggal disini untuk beriadah.

Kita dah sampai ke Sabah Tea ladang Nalapak.

Mercu tanda Sabah Tea. I Love Sabah Tea.

Kalau dah sampai ke tempat ini, jangan lupa untuk ambil gambar kenang-kenangan sebagai bukti dah pernah sampai ke tempat ini.

Pemandangan dekat belakang tu, saya agak itu mungkin kawasan pergunungan Gunung Kinabalu.

Tiada sebarang bayaran atau yuran masuk dikenakan untuk masuk ke Sabah Tea. Jika anda ingin mengikuti akitiviti lawatan ke kilang pemprosesan teh, barulah anda akan dikenakan bayaran. Saya dan keluarga pada masa ini tengah kejar masa.
 
Jadi kami hanya jalan-jalan sekitar kawasan ladang sahaja.
 
Untuk pengetahuan anda dekat Sabah Tea ini juga ada restoran. Kita boleh singgah sekejap untuk minum teh disini.

Saya tak beli sebarang buah tangan, atau produk teh semasa lawatan kat tempat ni.

Tapi setidak-tidaknya saya ada minum teh disini. Dapatlah rasa, keenakkan produk teh yang dihasilkan oleh Sabah Tea.
Baca juga: Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu
 
Tengah khusyuk layan air teh, hujan pulak turun.

Mungkin tak berapa clear kalau cuma tengok melalui gambar ini.

Tapi pada masa ini, hujan dah mula turun.

Cuaca dikawasan pergunungan ini, memang agak sukar untuk diramal dan dijangka. Baru sekejap tadi, cuaca panas terik, tak berapa lama lepas tu, hujan pula.

Pengalaman yang lebih kurang sama, saya pernah lalui semasa saya berada di ladang teh boh, Cameron Highland. Masa mula-mula sampai di ladang teh, cuaca sangat baik. Tak sampai satu jam, hujan pulak turun.
 
Tapi perubahan cuaca tu berlaku dengan agak pantas. Hujan pun sekejap sahaja. Lepas habis minum, kami dah boleh jalan-jalan sekitar ladang teh.

Dekat sini juga ada sebuah replika tea pot, yang kita boleh beli mangga, tulis sesuatu diatasnya, (biasanya tulis nama kita dan pasangan) dan lepas tu kuncikan pada replika dibelakang saya ini.
 
Konon-kononnya itu sebagai lambang cinta antara kita dengan pasangan masing-masing. Macam-macamlah…

Mungkin kalau hari tu tak hujan, ada banyak lagi kawasan yang saya dapat pergi di Ladang Teh Sabah Tea. Saya nak jalan-jalan dekat dalam kawasan teh ditanam pun agak risau. Maklumlah baru lepas hujan, dan jalanpun agak licin.
 
Kalau jatuh tergolek, tak pasal-pasal habis kotor baju.
 
Pada hari yang sama, saya dan keluarga ingin keluar dari Kundasang dan ingin sambung bercuti di area Kota Kinabalu pula. Baiklah, terima kasih kerana anda sudi baca pengalaman saya ini.
 
Sebagai menghargai masa anda membaca apa yang saya kongsikan dalam ini, apa kata anda pergi ke halaman ini dan dapatkan Travel Credit bernilai RM120.
 
Gunakan travel credit tersebut untuk buat tempahan tempat penginapan di laman web Airbnb apabila anda ingin bercuti ke Sabah nanti. Jemput baca juga artikel-artikel lain yang saya kongsikan tentang percutian ke Sabah dalam blog ini ya.
 
 
The post Ladang Teh Sabah Tea – Jom bersiar-siar disekitar ladang teh appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/ladang-teh-sabah-tea/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Makan Kat Tanah Aina Fareena Cafe Restaurant

Jom Makan Kat Tanah Aina Fareena Cafe Restaurant

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 1151 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsi tentang Tanah Aina Fareena Cafe Restaurant sekali lagi dengan you all semua Well cerita tentang Tanah Aina ni tak habis habis kan Terlalu banyak nak diceritakan Tanah Aina Fahad Glampin...
Meet Greet Bersama Janna Nick Jom Cungkil Rahsia Kecantikan Beliau

Meet Greet Bersama Janna Nick Jom Cungkil Rahsia Kecantikan Beliau

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 657 hits
MEET GREET BERSAMA JANNA NICK JOM CUNGKIL RAHSIA KECANTIKAN BELIAU Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai reader semua Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang Minuman Kolagen NH Colla Plus 3 Rahsia Cantik Janna Nick haaa pasti anda te...
Jom Sertai Dutch Lady Breakfast Challenge

Jom Sertai Dutch Lady Breakfast Challenge

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 325 hits
Sapa yang selalu skip sarapan sila angkat tangan errr Cik Sue la tu huhuuuu sejak dok rumah ni tak kerja waktu makan memang ikut suka hati je tnggu perut berbunyi baru cari makanan huhuuu Tak elok ye perangai gitu patut la susah nak kurus m...
Traveloka Sale Abration Sempena Matta Fair 2018 Kembali Jom Ke Bandung

Traveloka Sale Abration Sempena Matta Fair 2018 Kembali Jom Ke Bandung

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 289 hits
Sapa je yang tak suka melancong cer angkat tangan sikit Tipu la kalau tak suka kan dapat berjalan jalan lihat tempat orang mencuba makanan tempatan melihat keindahan alam dan membeli belah dengan harga murah pastinya Cik Sue memang kalau na...
Jom Menang Rm10 000 Dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herb

Jom Menang Rm10 000 Dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herb

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 525 hits
Korang pernah dengar pasal Jus Hidayah Gold tak glamer juga kan selalu menjadi penaja rancangan rancangan di televisyen Cik Sue pernah la rasa jus ni sebab abah ma pernah beli dan cuba sedap dan Alhamdulillah beri kesan positif juga kepada ...
Jom Sambut Tahun Baru Kat Ipoh Perak

Jom Sambut Tahun Baru Kat Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 593 hits
Jom Sambut Tahun Baru Kat Ipoh Perak Pejam celik pejam celik esok dah nak masuk 2019 dah kita Korang ada perancangan nak pergi bercuti ke awal tahun 2019 nanti Dah fikir dah tempat menarik untuk bercuti Ada yang bercadang nak bercuti kat Pe...
Jom Bercuti Ke Genting Highland

Jom Bercuti Ke Genting Highland

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 699 hits
As Salam Jom Bercuti Ke Genting Highland Baru baru ini seorang kenalan saya bernama Dahlia berkongsi pengalamannya pergi bercuti ke Genting Highland Seriously saya belum pernah ke sana dan teringin sekali untuk menikmati percutian di sana W...
Anak Muda Jom Gegarkan Malam Tahun Baru 10 30 Pm Sogo

Anak Muda Jom Gegarkan Malam Tahun Baru 10 30 Pm Sogo

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 360 hits
Derita Rakyat Jom sertai Hit Run DERITA rakyat tidak berkesudahan Tahun 2019 bakal menjelang menyaksikan kehidupan rakyat terus berada dalam penderitaan Siapa boleh menafikannya Semua peringkat dan di semua segmen kehidupan rakyat perit dan...
Cikgu Stress Hye Cikgu Jom Buat Cikgu Terima Gangguan Seksual Dari Pelajar

Cikgu Stress Hye Cikgu Jom Buat Cikgu Terima Gangguan Seksual Dari Pelajar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 2857 hits
Cikgu Stress Hye cikgu jom buat cikgu terima gangguan seksual dari pelajar Jika semalam seorang murid berusia 12 tahun membalas mesej ibu rakannya dengan biadab hari ini seorang guru lelaki pula menerima gangguan seksual dari pelajar peremp...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut