20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah


Tercari-cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang? Mai singgah ke Sungai Petani, Kedah. Masa yang diambil untuk ke negeri di sudut utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam, sebaik memasuki negeri ini akan dapat melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas penuh kehijauan
Bandar yang terbesar di Kedah ini sedang rancak membangun mengikuti pergerakan era namun dalam masa yang sama masih memelihara tapak-tapak tamadun awal yang pernah wujud beribu tahun yang lalu, menjadikan ia destinasi yang cukup mengujakan untuk dilawati
Sungai Petani juga boleh dijadikan destinasi untuk ‘dokumentari’ jalan-jalan cari makan anda  dek kerana banyaknya restoran-restoran dan gerai menarik untuk dicuba bagi memuaskan deria rasa. Apa yang anda inginkan? Cendol? Laksa? Nasi kerabu? Nasi kandar? Apa sahaja yang terlintas di fikiran, sebut sahaja, macam-macam juadah ada di sini
Sememangnya kaya dengan sejarah dan makanan yang mengiurkan, ingin lagi sebab untuk memaksa anda ke sini? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Sungai Petani ini
20. The Carnivall WaterparkSumber: The Carnivall WaterparkNak merasakan percutian yang paling best dalam hidup? Jadikanlah lawatan ke taman tema air sebagai salah satu rancangan percutian anda. Lagi best kalau taman tema yang dilawati itu adalah The Carnivall Waterpark
Terletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort, taman tema yang berkeluasan 7 hektar ini padat dengan pelbagai tarikan menarik seperti 4 Water Coasters, Wall Climbing, Kids Area Play dan Lazy River
Betapa bestnya taman tema ini dapat dirasakan sebaik anda menjejakkan kaki ke dalamnya dimana anda akan terdengar jeritan keseronokan yang tak putus-putus bukan sahaja kanak-kanak tapi juga orang dewasa yang bermandi-manda di sini
Dah puas bermain air? Bila dah bersiap dengan penuh gaya, jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda yang juga merupakan salah satu aktiviti yang ditawarkan di sini. Apa salahnya buat lebih daripada 1 aktiviti cool dalam masa seharikan
Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis (11.00am -6.00pm) | Jumaat, Sabtu Ahad (10.00am – 7.00pm) | Rabu TutupBayaran Masuk:Isnin – Khamis: Dewasa RM20, Kanak-kanak dll RM18Jumaat, Sabtu Ahad: Dewasa RM28, Kanak-kanak dll RM20Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000, Sungai Petani, Kedah19. Lembah Bujang
Jika anda rasa Bali adalah antara lokasi tertua di Asia Tenggara disebabkan peninggalan banyak tempat penyembahan kunonya, apa kata kalau anda buka mata anda tentang Lembah Bujang
Salah satu topik yang pernah disentuh sewaktu di sekolah menengah ini menyimpan seribu satu bukti kewujudan tamadun tertua di Asia Tenggara yang dikatakan berkemungkinan telah wujud dari abad pertama Masihi lagi
‘Bujang’ ini jika dikaji maknanya, selain daripada gadis dan pemuda yang ‘single’, di dalam bahasa Sanskrit ‘bujang’ bermaksud ‘ular,’ ini mungkin disebabkan oleh bentuk Sungai Bujang yang  bengkang-bengkok seperti seekor ular
Sekiranya anda ke sini, dapatlah anda feeling seperti Indiana Jones melihat bukti kerajaan Hindu-Buddha purba berdasarkan daripada peninggalan sekitar 50 buah kuil yang dijumpai. Selain itu, banyak lagi penemuan artifak lain turut dipamerkan seperti tembikar Cina, lembing keagamaan, ukiran batu, manik, seramik Parsi dan tanah liat
Alamat: 08400 Merbok, Kedah18. Damai Park ResortSumber: Damai Park ResortDamai Park Resort bukanlah sebuah resort biasa, kerana di sini anda sekeluarga dapat merasakan nikmat kehidupan di kampung dengan sepuas hati. Macam mana tu
Kalau anda nak tahu, selain penginapan, Damai Park Resort turut memiliki dusun buah duriannya sendiri di mana anda boleh menikmati dengan sepuas hati, selama mana perut boleh diisi dengan hanya sekali bayaran. Bagi anda yang gila durian, wajiblah memilih resort ini sebagai pilihan ya
Bukan itu sahaja, penginapan yang ditawarkan di dalam ketenangan alam semula jadi ini juga agak menarik, bermacam-macam jenis penginapan yang disediakan, tapi kalau nak terasa pengalaman ‘kampung’ sebenar, anda boleh booking Traditional Chaletnya yang cukup comel reka bentuknya dan dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang tumbuh rendang
Teringin mandi di sungai? Anda boleh bermandi-manda di dalam sungai yang terletak hanyalah di depan resort ini. Memang syok
Harga: Dari RM116+ SemalamanAlamat: Damai Park Resort, Lot 588, Kampung Bukit Acheh, Jalan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 08400 Merbok, Kedah17. Hutan Lipur Rekreasi Tupah
Terletak di dalam daerah Kuala Muda, Hutan Lipur Rekreasi Tupah adalah hutan dipterokarp yang berada pada ketinggian sekitar 100 ke 200 meter dari paras laut. Hutan ini terletak di sepanjang sungai yang berkepanjangan 2 km
Untuk pengetahuan anda, Hutan Lipur Rekreasi Tupah ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan untuk bermandi-manda dan berkelah kerana ia lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti surau, gerai makan dan tandas awam. Bagi anda yang ingin menikmati keindahannya tanpa gangguan orang ramai, rancanglah untuk ke sini selain daripada hujung minggu
Alamat: Hutan Lipur Rekreasi Tupah, Merbok16. Tapak Arkeologi Sungai Batu
Kurang 10 km jaraknya daripada Sungai Petani, di dalam sebuah ladang kelapa sawit tersimpannya sebuah lagi tapak yang menjadi bukti kewujudan antara tamadun tertua di negeri Jelapang Padi ini iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu
Jika diputarkan masa pada sekitar 600 tahun sebelum Masihi, Tapak Arkeologi Sungai Batu ini agak meriah dengan pelbagai aktiviti perdagangan kerana merupakan kawasan daratan yang terdekat dengan laut
Apabila digali dan dikaji kawasan sekitar tapak arkeologi ini, Sungai Batu rupa-rupanya meninggalkan lebih daripada 10 binaan jeti, bangunan pentadbiran dan gudang. Di samping itu, para pengkaji turut menemui belasan tapak peleburan besi yang dipercayai telah digunakan secara berterusan buat 2300 tahun lamanya. Wow
Alamat: Kampung Permatang Samak, 08100 Bedong15. Gunung Jerai
Bagi anda yang kehausan aktiviti lasak, apa kata untuk cuti kali ini anda bersama geng cuba mendaki Gunung Jerai. Untuk mendaki gunung ini, trail dari kaki hingga ke puncaknya ataupun untuk ke kawasan air terjun telah tersedia
Kalau anda nak tahu, pada asalnya Gunung Jerai ini adalah sebuah pulau yang bernama Pulau Serai, namun disebabkan aras laut turun dengan banyak, terbentuklah gunung ini.  Terletak pada ketinggian lebih daripada 1170  meter dari paras laut, sesiapa yang berjaya menaklukinya dapat menikmati pemandangan persis lukisan
Di puncak gunung ini, anda dapat melihat pemandangan sawah padi Yan, Kedah penuh dengan kehijauan seluas pandangan mata sambil menghirup udara segar
Alamat: Gunung Jerai, Kuala Muda14. Semeling Street Art
Sudah banyak negeri yang ada Street Art, takkanlah Sungai Petani nak ketinggalan pulakan?Semeling Street Art memaparkan hasil karya kreatif yang dilukiskan pada dinding-dinding di belakang deretan kedai di Jalan Raya Semeling
Dikatakan terdapat dalam sekitar 95 buah mural termasuklah lukisan 3D yang dihasilkan pada banyak kedai-kedai dan rumah yang sudah berusia di kawasan ini.  Street Art di sini telah dihasilkan oleh pelukis yang didatangkan daipada sekitar Kedah, iaitu dari Kulim, Alor Setar dan Sungai Petani

Antara lukisan yang dapat anda jadikan background posing adalah watak-watak kartun seperti Elmo, Snoopy, Spongebob, Patrick, Doraemon, Avengers dan banyak lagi. Selain itu, turut dihasilkan adalah mural yang menggambarkan kehidupan masyarakat Kedah dan alam semula jadi.Alamat: 17, Jalan Raya Semeling, Kampung Mata Hari Naik, 08100 Bedong13. Dataran Zero Kilometer
Tercari-cari tempat untuk meluangkan waktu lapang apabila malam menjelma di Sungai Petani? Apa kata kalau anda ke Dataran Zero Kilometer. Anda boleh berbual-bual bersama yang tersayang ataupun berjalan-jalan di sekitar sambil melihat keindahan cahaya lampu LED yang mewarnai bangunan di dataran ini
Limpahan cahaya LED ini tidak patut dibiarkan begitu sahaja, keluarkan kamera untuk snap gambar sebagai kenangan anda di negeri ini. Berkenaan dengan tempat meletak kereta, ianya turut disediakan dengan caj sekitar RM1.50
Alamat: Jalan Ibrahim, Sungai Petani 0800012. KS Coins Collectibles Antique Shop
Selalu berangan agar mesin yang mampu merentas masa dapat dicipta supaya anda dapat  merasai era yang telah lama berlalu? Mai singgah ke KS Coins Collectibles Antique Shop
Bermacam barangan antik yang termasuklah seramik, duit lama dan lain-lain lagi dipamerkan  dan dijual di kedai ini. Nak duit lebih? Bolehlah anda mencuba nasib untuk menjual barangan antik yang anda miliki kepada pemilik kedai ini. Duit yang dapat, bolehlah digunakan untuk mendapatkan koleksi antik yang lain pula atau untuk enjoy lebih sikit di Sungai Petani ni
Alamat: Lot 1-21, Tingkat 1, Village Mall, Legenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah11. Masjid Sultan Muzaffar Shah
Masjid Sultan Muzaffar Shah yang terletak di Jalan Sungai Layar ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah masjid ‘di dalam taman’ kerana lokasinya yang betul-betul bersebelahan dengan Taman Jubli Perak
Masjid indah ini terletak cukup dekat dengan kawasan pusat bandar Sungai Petani, memudahkan akses sesiapa yang ingin menunaikan solat 5 waktu. Ia juga cukup terjaga dan bersih membolehkan anda sekeluarga beribadah dengan penuh kekhusyukan. Dah selesai bersolat, barulah jiwa tenang dan berkat perjalanan anda sekeluarga, tak gitu
Alamat: Jalan Sungai Layar, Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani
10. Muzium Paya Bakau
Tak puas lagi berphotoshoot di sekitar Sungai Petani? Ataupun masih lagi belum puas mengisi dada dengan oksigen yang segar? Teruskan penerokaan anda sekeluarga ke Muzium Paya Bakau yang terletak di Semeling ini
Di dalam kompleks hutan simpan ini anda dapat melihat bukan sahaja kawasan paya bakau, tetapi juga tempat membakar arang dan lain-lain lagi. Fasiliti lain yang terdapat di sini adalah seperti kaunter penerangan, kedai cenderahati, dewan serbaguna dan banyak lagi. Di bahagian kaunter penerangan muzium ini, anda boleh mendapatkan banyak info berkaitan ekosistem, arkeologi dan banyak lagi
Alamat: Muzium Paya Bakau, Semeling, Sungai Petani9. Taman Rekreasi Sungai Petani
Memang banyak tempat untuk anda sekeluarga jadikan kawasan beriadah di sekitar Sungai Petani ini dan salah satu yang terbaik dan terbaru di sini adalah Taman Rekreasi Sungai Petani
Terletak di atas bukit, pemandangan yang disajikan dari taman ini boleh membuatkan jiwa anda terpukau. Anda dapat melihat pemandangan 360 darjah sekitar Sungai Petani sepuas hati
Bermacam aktiviti yang boleh dibuat di sini sambil melihat pemandangan kerana fasilitinya yang boleh dikatakan agak lengkap, menarik dan unik seperti trek basikal, trek jogging, maze play pokok dan lain-lain lagi
Nak bergambar? Anda boleh beraksi di hadapan dam haji dan chess bersaiz raksasa yang terdapat di sini. Gambar yang terhasil pun memang rare! Dah puas bergambar, dam dan chess ini juga boleh digunakan sebagai peralatan senaman sambil cuba menunjukkan betapa geniusnya anda untuk memenangi permainan papan gergasi ini
Alamat: Bukit Banyan, Sungai Petani8. Pantai Merdeka
Tak lengkap rasanya percutian kalau tak melawat antara lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan mempesonakan langit dan lautan bukan? Kalau di Sungai Petani, Pantai Merdeka adalah tempatnya
Inginkan pengalaman yang berbeza sewaktu ke pantai? Anda boleh menaiki bot pelancong yang disediakan di sini untuk melihat pemandangan di sekitar pantai dari perspektif yang jauh lebih menarik. Anda juga boleh merancang untuk ke Tanjung Dawai menggunakan bot di sini
Nak tahu apa lagi aktiviti lain yang cool untuk dilakukan di Pantai Merdeka? Antaranya adalah bermain layang-layang, berkayak, berkhemah, memancing dan banyak lagi
Dah puas berseronok, anda boleh memilih daripada belasan gerai yang terdapat di sini untuk menikmati pelbagai juadah menyelerakan seperti char kuew teow, cendol, ABC, laici kang, mee ketam, mee udang dan macam-macam lagilah yang agak sinonim untuk dinikmati di tepi pantai. Enaknya terngiang-ngiang di ingatan
Alamat: Jalan Merbok, Sungai Petani 080007. Sungai Merbok
Di utara bandar Sungai Petani terletaknya sebuah sungai yang cukup penting pada suatu ketika dahulu. Berkelebaran sekitar 1 km, Sungai Merbok adalah laluan yang sempurna untuk kapal-kapal besar berlayar menuju ke kawasan hulu
Bukan itu sahaja, kawasan sekitar Sungai Merbok ini juga turut meninggalkan jejak era lampau seperti Kota Istana Pulau Tiga, peninggalan kubu tentera British, tapak peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu yang pernah suatu ketika dahulu digunakan sebagai tempat membuat batu-bata dan arang
Alamat: Sungai Merbok6. Tanjung Dawai
Tidak jauh dari Pantai Merdeka terletaknya Tanjung Dawai yang merupakan destinasi wajib dilawati bagi anda yang ingin menyegarkan tekak dengan makanan laut atau pelbagai hasil laut yang terbaik
Antara yang diniagakan di sini adalah ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam-macam lagi. Keropok yang dijual di sini juga datang dalam pelbagai perisa seperti ikan, sotong dan udang
Sudahlah banyak pilihan yang segar, harganya juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat lain kerana terletak berdekatan kawasan pantai yang mana kebanyakan penduduknya bekerja sebagai nelayan. Memang rugi kalau tak bawa balik beberapa plastik ikan kering dan keropok dari sini
Dah puas bershopping, anda boleh melegakan lapar dan dahaga di kedai makan seafood yang ada di sini. Terasa sensasi kesegaran hasil lautnya di lidah baq hang
Alamat: Kuala Muda (Utara Muara Sg.Merbok Kedah)
5. Jeti Sungai Semeling
Jeti Sungai Semeling bukanlah sebuah jeti yang biasa, kerana di kawasan ini terdapat laluan pejalan kaki berkepanjangan 1 km di mana di kiri dan kanannya terhidang pemandangan hutan bakau
Sambil melihat dengan dekat keindahan alam hijau ini, anda juga dapat mendengar bunyi kicipan burung dan melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup mempesonakan
Tak puas lagi? Apa kata kalau anda mengambil pakej river cruise yang turut disediakan di sini untuk memaksimakan lagi keseronokan anda sekeluarga bersatu dengan alam semula jadi
Alamat: Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sungai Merbok, 08000 Sungai Petani4. Taman Jubli Perak
Taman Jubli Perak ini telah dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang merupakan Sultan Kedah yang ke-27. Lengkap dengan laluan pejalan kaki, di tengah-tengah taman ini pula terdapat sebuah tasik indah dengan jambatan untuk merentasinya
Sambil berjalan-jalan di dalam taman indah ini anda dapat melihat kelibat burung-burung eksotik yang terbang bebas di angkasa. Anak-anak pula boleh berseronok di taman permainan yang disediakan
Taman awam yang dikelilingi oleh pokok-pokok besar ini memiliki atmosfera yang sungguh nyaman untuk anda menenangkan fikiran dan jiwa setelah kepenatan. Antara kemudahan lain yang terdapat di taman indah ini adalah gimnasium rakyat, perpustakaan awam, medan selera dan masjid yang hanyalah bersebelahan dengan taman
Alamat: Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani3. Air Terjun Tupah
Nak menyejukkan mata melihat keindahan flora dan fauna sambil menghirup udara yang segar? Bawalah keluarga anda berkelah di Air Terjun Tupah. Terletak tidak jauh dari Pekan Semeling, air terjun ini agak mudah untuk dicari kerana ianya cukup terkenal sebagai destinasi riadah pilihan ramai penduduk tempatan terutama pada hujung minggu
Bagi pencinta fotografi, percayalah, anda akan terpana melihat keindahan air terjun ini yang cukup memukau, menggoda anda  untuk mencuba sedaya upaya mengabadikannya di dalam foto
Alamat: Air Terjun Tupah, Hutan Lipur Tupah, Kedah2. Chalet Terapung  Segantang Garam
Tergoda sudah dengan keunikan yang ditawarkan Sungai Petani? Kalau anda merancang untuk ke sini pada percutian akan datang, Chalet Terapung  Segantang Garam adalah salah satu pilihan penginapan yang boleh dipertimbangkan
Menawarkan tujuh buah chalet yang terapung di atas permukaan Sungai Merbok, Chalet Terapung  Segantang Garam menyediakan dua buah chalet yang lengkap dengan penghawa dingin, chalet VIP, chalet berkembar dan bilik penginapan berasingan. Pilihlah yang mana yang sesuai dengan keperluan penginapan anda
Antara aktiviti menarik yang boleh anda rancang untuk lakukan sekiranya memilih untuk menginap di sini adalah memancing di pelantar yang disediakan, melawat pulau-pulau berhampiran, melihat keindahan hutan paya bakau ataupun melawat banyak lokasi menarik terdekat seperti muzium arkeologi dan lain-lain lagi
Alamat: Chalet Terapung Segantang Garam,PPK Merbok1. Menara Jam Besar Sungai Petani
Didirikan pada tahun 1934, Menara Jam Besar Sungai Petani ini merupakan hadiah daripada seorang tauke Cina, Lim Lean Teng kepada penduduk kawasan ini untuk meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary. Yang menariknya, jam gergasi antik ini masih lagi berfungsi dan berbunyi
Pada waktu malam, jam ini akan dilimpahi dengan cahaya lampu yang indah, menjadikan ia sempurna sebagai latar belakang gambar instagram anda
Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai PetaniInilah antara tempat menarik di Sungai Petani yang boleh anda lawati dan penginapan yang boleh dicuba sekiranya anda sekeluarga ingin menghabiskan percutian di bandar meriah ini
Jika anda sedang merancang percutian ke Sungai Petani dan masih belum menjumpai penginapan yang sesuai, anda boleh mendapatkan tawaran hotel terkini dengan harga yang berpatutan di laman web Booking.com





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://faizrockers.blogspot.com/2018/12/20-tempat-menarik-di-sungai-petani-jom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Untuk Di Kunjungi Di Bandar Hilir

Tempat Menarik Untuk Di Kunjungi Di Bandar Hilir

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1269 hits
Bandar Hilir terkenal dengan warisan sejarah peninggalan penjajah dan juga tempat membeli belah Untuk ke bandar Hilir sejauh lebih kurang 10 8 km mengambil masa kira kira 17 min perjalanan dari homestay dPuncak menuju Bandar Hilir Melaka Dr...
Famafest Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani Kedah

Famafest Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 781 hits
FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani Kedah Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Kita masih lagi dalam suasana cuti sekolah dan pastinya ramai ibubapa ambil cuti hujung tahun ini untuk bersama anak anak Kalau anda teringin nak m...
10 Tempat Menarik Di Klcc Untuk Destinasi Percutian 2019 Anda

10 Tempat Menarik Di Klcc Untuk Destinasi Percutian 2019 Anda

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 459 hits
KLCC atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre adalah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal di seluruh dunia Ia adalah sebuah kawasan bandar yang besar serta menjadi pilihan utama pelancong tatkala bercuti di wilayah Kuala L...
Travel Padang Sumatera Barat Indonesia Destinasi Marine Tempat Menarik Untuk Diterokai

Travel Padang Sumatera Barat Indonesia Destinasi Marine Tempat Menarik Untuk Diterokai

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 645 hits
TRAVEL to Padang Sumatera Barat Indonesia adalah buat pertama kali bagi Seri Wangi menjejakinya Hati rasa berbunga dan ofcourse tersangat happynya dapat merantau ke negara orang terutamanya ke Padang Sumatera Barat Indonesia selama 3 hari P...
Kellie S Castle Tempat Menarik Di Batu Gajah Perak

Kellie S Castle Tempat Menarik Di Batu Gajah Perak

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 954 hits
Kellie s Castle salah satu tempat menarik untuk dilawati di Batu Gajah Perak Sebelum ni pergi Batu Gajah tak berpeluang nak singgah ke Kellie s Castle Dalam perjalanan nak ke Taiping kali ni baru berpeluang singgah di Kellie s Castle Apa ya...
Antara Tempat Tempat Makan Menarik Di Penang

Antara Tempat Tempat Makan Menarik Di Penang

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 583 hits
Senarai ni aku dapat dari masej yang orang forward dalam group WhatsApp Jadi aku copy paste kan dalam blog aku ni sebab macam berguna gak la untuk korang nak cari tempat makan menarik di Penang ni Kebanyakkan tempat dalam list tu aku dah pe...
10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi

10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 1110 hits
10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi Singapore atau Singapura adalah salah satu negara impian cik en untuk dilawati Disebabkan pertukaran matawang dari Malaysia Ringgit ke USD Singapore buat cik en perlukan masa ...
Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 485 hits
Tahukah anda Singapura atau Singapore ialah salah satu negara yang terbersih dan paling selamat di dunia ini Setahu admin nak makan chewing gum pun tak boleh Memang respect dengan negara Singapore ni Untuk pengetahuan anda Singapore ni dulu...
Jom Bercuti Ke Genting Highland

Jom Bercuti Ke Genting Highland

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 700 hits
As Salam Jom Bercuti Ke Genting Highland Baru baru ini seorang kenalan saya bernama Dahlia berkongsi pengalamannya pergi bercuti ke Genting Highland Seriously saya belum pernah ke sana dan teringin sekali untuk menikmati percutian di sana W...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization