Si Manja Dah Masuk 3 Tahun Semak 9 Perkara Di Bawah Sepatutnya Anak Dah Pandai Buat Yang Ini


Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan.

Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak
Pada sekitar usia 3 tahun, anak akan cuba mempelajari perkataan baharu, bercerita, melakukan aktiviti dan cuba membina hubungan persahabatan.
Selain daripada keseronokan tersebut, mereka juga belajar mengetahui apa yang betul dan salah serta bagaimana menguruskan emosi.
Tetapi paling utama untuk anda fahami adalah perkembangan anak berbeza dan anda tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak seusia mereka.

Cara mendidik anak 3 tahun
Cara si kecil bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah petunjuk penting berkaitan proses perkembangan anak.
Anda tidak boleh menyamakan tahap perkembangan si manja dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Tetapi ada cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda cuba.
Pakai baju
“Nak buat sendiri”, mungkin antara frasa yang akan sering anda dengar.
Memakai baju dengan sendiri adalah antara perkara yang ingin dilakukan dan sepatutnya pada usia ini, mereka sudah boleh melakukannya sendiri.
Anda boleh membantu memudahkan proses ini dengan meletakkan pakaian untuknya dan memilih gaya yang mudah. Sebaiknya elakkan pakaian yang berbutang.
Makan tanpa disuap
Jika si cilik mahu makan sendiri tanpa disuap, itu tanda mereka berada pada tahap perkembangan anak yang betul.
Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh makan dengan sendiri menggunakan sudu dan garpu serta minum daripada cawan biasa.
Mempunyai anak yang picky eater adalah 1 cabaran. Cuba atasinya dengan menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik.
Latihan tandas
Untuk memastikan proses latihan ke tandas berjaya, si kecil perlu bersedia. Pada usia ini, mereka mungkin berminat untuk menggunakan bilik air.
Cara mendidik anak 3 tahun agar dapat menguasai kemahiran ini pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Sudah tentu ada masanya si kecil akan terbabas kencing atau berak dan ia adalah perkara normal.
Perkembangan kemahiran berbahasa
Pada usia ini, anak anda pasti akan bercakap dengan banyak. Mereka seharusnya boleh membuat ayat dengan 3 perkataan mudah.
Walaupun si manja mungkin duduk diam, tetapi pada dasarnya mereka memahami apa yang anda katakan. Proses ini dipanggil bahasa reseptif.
Tetapi, untuk membantu si manja mengembangkan kemahiran berbahasa, anda perlu membantu dan menggalakkannya untuk bercakap.
Mempunyai kawan
Pada usia ini, si manja sudah bersedia untuk mempunyai kawan tetapi mereka masih memerlukan bantuan daripada anda.
Anak anda mungkin tidak suka untuk berkongsi tetapi kesedaran mereka terhadap perasaan individu lain mulai berkembang.
Cara mendidik anak 3 tahun adalah dengan menerangkan kepadanya tentang kesan mengambil mainan kanak-kanak lain.
Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan mereka sedih dan anda perlu ajarkan cara untuk berkongsi.
Tugasan rumah
Si kecil memang gemar melakukan sebarang tugasan rumah. Malahan anda mungkin terkejut melihat keupayaan mereka dalam membantu anda.
Biarkan si kecil membantu anda dan ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam aspek perkembangan anak.
Elakkan daripada menyuruh anak melakukan tugasan yang sukar atau mereka akan berasa kecewa kerana tidak berjaya melakukannya dengan betul.
Membuat pilihan
Jika anda mahukan si manja menjadi individu yang mendengar dan bertindak balas terhadap arahan dengan baik, ia bergantung kepada pemilihan ayat anda.
Elakkan daripada memberikan arahan kepadanya seperti “Kemas mainan ini semula”.
Sebaliknya berikan dia soalan seolah-olah dia mempunyai pilihan, seperti “Boleh tak selepas main nanti, awak kemaskan permainan ini?”
Jangan lupa untuk memberikan ucapan terima kasih dan pujian atas usaha mereka.
Merengek & perubahan emosi
Tantrum perkara biasa dilakukan anak-anak kecil. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu cuba untuk bertenang dan elakkan daripada memarahi mereka.
Abaikan rengekan dan tangisan mereka untuk seketika dan teruskan apa yang sedang anda lakukan.
Setelah amukannya reda, peluklah dan ungkapkan kata-kata sayang buat mereka.
Dalam masa yang sama, terangkan kepada mereka sebab dan alasan anda melakukan perkara tersebut – ini juga salah satu cara mendidik anak 3 tahun.
Waktu tidur
Perubahan waktu tidur juga antara perkembangan anak yang boleh diperhatikan. Si kecil mungkin berasakan bahawa mereka tidak perlu tidur siang.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak masih memerlukan tidur siang sehinggalah berusia 5 tahun. Tetapi mungkin akan berlaku perubahan pada waktu tidur.
Sentiasa memantau
Cara mendidik anak 3 tahun dengan pelbagai kemahiran baharu pastinya sesuatu yang menyeronokkan.
Perkembangan yang disenaraikan adalah antara apa yang boleh anda jangkakan pada anak di usia 3 tahun.
Tetapi anda harus sentiasa ingat, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.
Namun jika anda berasa bimbang tentang perkembangan mereka, berbincanglah dengan doktor.
Kredit: Hello Doktor

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Dah Pandai Buat Yang Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/si-manja-dah-masuk-3-tahun-semak-9-perkara-di-bawah-sepatutnya-anak-dah-pandai-buat-yang-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Paksa Anak Bawah 7 Tahun Buat Sesuatu Biarkan Dia Buat Sebab Kehendak Sendiri

Elak Paksa Anak Bawah 7 Tahun Buat Sesuatu Biarkan Dia Buat Sebab Kehendak Sendiri

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 181 hits
Anak solat sebab takut kena rotan Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah Ya beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada an...
Terapi Cara Kerja Kongsi Jenis Aktiviti Sesuai Untuk Anak 2 7 Tahun Kalau Nak Pandai Baca Tulis Kira Kira

Terapi Cara Kerja Kongsi Jenis Aktiviti Sesuai Untuk Anak 2 7 Tahun Kalau Nak Pandai Baca Tulis Kira Kira

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 209 hits
Ramai orang ingat nak anak pandai kena banyak banyak buat latihan Anak lambat pandai membaca latih membaca sahaja Anak lambat pandai mengira latih mengira sahaja Tak ramai yang tahu skill membaca menulis atau mengira memerlukan skil kogniti...
Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 182 hits
Kajian menunjukkan masa paling sesuai untuk ajar anak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 ketika lahir 50 ketika berumur 6 bulan 85 ketika berumur 3 tahun dan 95 ketika mencapai umur enam tahun Macam mana nak aj...
Anak Dah 5 Tahun Masih Tak Boleh Berpisah Dengan Bantal Patung Selimut Busuk Boleh Cuba Cara Ini

Anak Dah 5 Tahun Masih Tak Boleh Berpisah Dengan Bantal Patung Selimut Busuk Boleh Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 203 hits
Memiliki bantal busuk bukan perkara pelik bagi kanak kanak malah kita orang dewasa pun ada juga yang memilikinya Tetapi awas ada perkara yang anda perlu tahu mengenai bantal kesayangan anak anda ini Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Dr R...
First Trip Rizqaa Sambut Ulang Tahun Kelahiran Rizman Bawa Anak Isteri Melancong Ke London

First Trip Rizqaa Sambut Ulang Tahun Kelahiran Rizman Bawa Anak Isteri Melancong Ke London

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 199 hits
Sesuai dengan maksud namanya rezeki dan kurniaan Allah SWT Rizqaa dikurniakan rezeki melancong ke kota London bersama mummy dan daddynya Anak kesayangan pereka fesyen terkenal tanahair Rizman Nordin dan isterinya Nurida Suraya ini sering me...
Buat Ayah Yang Selalu Sibuk Ingat Anak Isteri No 1 Jangan Lupa Buat Perkara Ini

Buat Ayah Yang Selalu Sibuk Ingat Anak Isteri No 1 Jangan Lupa Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 157 hits
Peranan seorang bapa adalah kunci utama dalam fasa pertumbuhan perkembangan otak dan minda anak Namun kebanyakan daripada kita menganggap ibulah perlu mempunyai peranan utama dalam pembinaan peribadi anak Tugas bapa keluar mencari nafkah Ta...
Umur 0 2 Tahun Paling Berharga Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak

Umur 0 2 Tahun Paling Berharga Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 135 hits
Kita merasakan anak kita pada usianya di bawah dua tahun masih kecil Namun hakikatnya di waktu umur inilah waktu paling sesuai untuk merapatkan bonding yang kuat kita dengan anak Mereka memahaminya Di ketika anak sedang membesar inilah luan...
Nampak Santai Tapi Playdough Buat Anak Belajar Banyak Perkara Jangan Dilarang

Nampak Santai Tapi Playdough Buat Anak Belajar Banyak Perkara Jangan Dilarang

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 149 hits
Permainan playdough sememangnya baik untuk kanak kanak Lebih lebih sebagai persiapan untuk anak memegang pensil dan seterusnya menulis Jadi bila anak begitu suka dengan permainan yang satu ini biarkan sahaja Tidak perlu menggunakan pensil s...
Anak Lelaki Mesti Di Ajar Masuk Ke Dapur Elak Jadi Raja Rumah Tangga Kelak

Anak Lelaki Mesti Di Ajar Masuk Ke Dapur Elak Jadi Raja Rumah Tangga Kelak

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 143 hits
Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah tugas yang senang Terutama anak lelaki Perangai setiap anak juga berbeza dan sebagai ibu bapa kita juga sedang belajar cara terbaik untuk mendidik anak Bagi yang mempunyai anak lelaki boleh ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba