Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan


Kajian menunjukkan masa paling sesuai untuk ajar anak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25% ketika lahir, 50% ketika berumur 6 bulan, 85% ketika berumur 3 tahun dan 95% ketika mencapai umur enam tahun.
Macam mana nak ajar anak membaca tanpa stress dan yang paling penting menyeronokkan? Ikuti tip yang dikongsi ibu ini.

Saya nak kongsi cara saya ajar anak belajar membaca.
Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada benda kita kena buat. Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Kan masuk bab tu sampai esok tak habis..
To be honest, saya ajar anak guna kaedah fonik. Dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni.
Tapi jangan bimbang. Kalau mommies nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ni masih lagi boleh ikut.
Okay..saya kongsi step-by-step ya.
1) “READ ALOUD”
Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil. Seawal 6 bulan pun mommies dah boleh bacakan mereka buku cerita.
“Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.”

Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Ikut OT yang saya follow pun, tak perlu ajar abc,123 bawah 2-3 tahun tu. Fokus perkembangan lain dulu tau mommies.
2) DENGAR LAGU
Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali.
Untuk fonik saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”. Ini link video ya kalau mommies nak tengok;
https://youtu.be/-FPD_b_Zuik
Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu abc pun boleh.
3) BERMAIN DENGAN HURUF
Okay yang ni kami buat banyak aktiviti. Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.

Saya suka kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.
Then, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, then anak cari. Eh, banyaklah game boleh direka 😍
4)PART GABUNG BUNYI
Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh.
Part sini saya diy muka hello kitty tu. Letak huruf satu-satu.
/beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.

Kalau taknak diy & nak cari yang lebih menarik lagi silalah mommies cari yang namanya flip-card wow.
5) AKTIVITI SUKU KATA
Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka.
Contoh ada dekat gambar. Suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.

Da-hi
Pi-pi
Da-gu
………..ka-ki
Ya..belajar dengan buku best. Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok.
Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu. Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dll.
6) MEMBACA DI MANA-MANA
Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama. Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan? 😉

Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.
7) JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.
Last but not least, itulah dia. Jangan stress mommies. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak. Selalu peluk & puji.

Kalau tanya saya dulu, aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari. Selebihnya bermain, bermain dan bermain.
Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca.
Semoga mommies dapat manfaat daripada sharing saya malam ini.
Terima kasih sudi baca sampai habis.
Sekian~
Kredit:  AziLa Ghani

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Ibu Ini Kongsi Step-by-Step Ajar Anak Pandai Membaca, Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-ini-kongsi-step-by-step-ajar-anak-pandai-membaca-boleh-mula-seawal-usia-bayi-6-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seawal Usia 7 Bulan Dah Diajar Pegang Makanan Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri

Seawal Usia 7 Bulan Dah Diajar Pegang Makanan Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 292 hits
Bukan mudah untuk ajar anak suap makan sendiri lebih lebih lagi jika anak masih berusia tiga tahun ke bawah Namun bak kata pepatah Melentur buluh biarlah daripada rebungnya Ini tip berkesan daripada Puan Asnadirah tentang cara ajar anak mak...
Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 188 hits
Kahwin muda sememangnya bukan lagi asing dalam kehidupan masyarakat kita Walaupun ia jarang berlaku namun masih ramai yang mempunyai pengalaman dalam berhadapan dengan situasi tersebut Ada di antara mereka sudah pun menggalas tugas sebagai ...
Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 219 hits
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia berkomunikasi dan nak beritahu sesuatu Jadi sebagai ibu bapa perlu faham adakah tangisan itu adalah tangisan sebab sakit atau untuk nak perhatian Ada sesetengah pihak berpendapat bila bayi menangis buk...
Terkejut Tengok Anak Sulung Siap Hidangkan Makan Jagakan Adik Ibu Ini Kongsi Rahsia Didikan Suaminya

Terkejut Tengok Anak Sulung Siap Hidangkan Makan Jagakan Adik Ibu Ini Kongsi Rahsia Didikan Suaminya

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 170 hits
Apa yang kita tanam itulah yang kita tuai begitulah perumpamaan yang tepat apabila menggambarkan sikap anak anak yang bakal menjadi ikutan Anak anak ibarat CCTV yang akan perhati tingkah laku ibu bapa dan kemudian akan mengaplikasi kembali ...
Naik Ets Feri Bas Ibu Kongsi Tip Percutian Backpack Dengan Anak Kecil

Naik Ets Feri Bas Ibu Kongsi Tip Percutian Backpack Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 200 hits
Memandangkan minggu ini masih lagi minggu cuti sekolah pasti ramai papa mama yang teringin nak bawa anak berjalan jalan Anak anak pun masih dalam mood bercuti dan tentu sekali seronok kalau diajak meneroka tempat tempat baru Bagi mama papa ...
Anak 7 12 Bulan Banyakkan Aktiviti Floor Time Bagus Untuk Motor Kasar Bayi

Anak 7 12 Bulan Banyakkan Aktiviti Floor Time Bagus Untuk Motor Kasar Bayi

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 182 hits
Umur 7 12 bulan adalah usia penting perkembangan motor kasar bayi Jadi waktu ini selalulah bagi anak floor time Floor time ni sangat penting untuk perkembangan anak anak Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira bayi akan belajar untuk mene...
Usia Kandungan Cecah 5 Bulan Jeon Hyebin Kongsi Foto Kehamilan

Usia Kandungan Cecah 5 Bulan Jeon Hyebin Kongsi Foto Kehamilan

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 268 hits
Ramai rasanya pelakon wanita Korea yang sedang sarat mengandung kini Terbaru Jeon Hye bin tidak kisah untuk menayangkan perutnya yang kian sarat dek mengandung anak pertama Kandungan sudah pun mencecah usia 5 bulan pelakon wanita itu diliha...
Potret Terbaru Ria Ricis Di Usia Kehamilan 7 Bulan Foto Usg Calon Bayi Bikin Gemas

Potret Terbaru Ria Ricis Di Usia Kehamilan 7 Bulan Foto Usg Calon Bayi Bikin Gemas

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 173 hits
Ria Ricis sedang menikmati masa kehamilan anak pertamanya Tak terasa usia kehamilan istri dari Teuku Ryan ini menginjak 30 Minggu atau 7 bulan Ria Ricis pun rutin mengecek kehamilannya ke dokter dengan ditemani suami dan kakak kakaknya Ini ...
Ibu Ini Kongsi Tip Pisah Susu 3 Anaknya Dengan Mudah Emosi Anak Pun Ok

Ibu Ini Kongsi Tip Pisah Susu 3 Anaknya Dengan Mudah Emosi Anak Pun Ok

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 230 hits
Ramai sebenarnya ibu yang wean off tapi hati masih belum kuat kerana kasihankan si anak Tapi dalam masa yang sama nak putuskan susu badan Ia bukan mudah dan memang mengambil masa sedikit Ada ibu yang sanggup letakkan kunyit gincu sirap asam...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik