Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng


“Confirm” Tak Lemau, Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng
Tidak dinafikan, ikan bilis merupakan salah satu pelengkap untuk setiap juadah atau bahan tambahan yang ada dalam beberapa hidangan. Malah, hidangan kosong seperti bubur nasi juga akan lebih sedap jika dimakan bersama ikan bilis goreng.
Selain dari kaya dengan pelbagai manfaat, ikan bilis juga mudah didapati dan cara untuk menyediakan juadah berasaskannya  juga sangat mudah.
Selain dari memasukkan ia ke dalam masakan, anda boleh juga menggoreng ikan bilis dan menjadikannya sebagai pelengkap hidangan.
Namun, masalah yang sering timbul apabila menggoreng ikan bilis adalah ia akan menjadi lembik, liat atau tidak rangup.
Jadi, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini tentang bagaimana cara untuk memastikan ikan bilis yang digoreng kekal rangup.
Ikan bilis kaya nutrien Tahukah anda, bagi setiap 45 gram ikan ini, ia akan membekalkan 13 gram protein, 4 gram lemak, zat besi, kalsium dan juga vitamin B3 kepada tubuh anda.
Ikan ini mempunyai kandungan B3 yang agak tinggi dan sangat membantu dalam menukarkan makanan kepada bentuk tenaga.
Selain itu, ikan ini juga amat tinggi dengan kandungan selenium. Selenium merupakan sejenis mineral yang sangat penting dalam fungsi jantung, tiroid, kesihatan tulang dan juga sistem imun tubuh.
Bukan itu sahaja, ikan ini juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang biasanya dikaitkan dengan ikan salmon atau tuna.
Resipi ikan bilis goreng rangup Bagi anda yang ingin menikmati kerangupan ikan ini walaupun telah sejuk, anda boleh mencuba resipi dan teknik di bawah ini.
1. Goreng dengan cuka Bahan-bahannya:
Ikan bilis Cuka Minyak masak Cara-caranya:
Cuci ikan sehingga bersih. Seeloknya cuci lebih awal sebelum mula menggoreng bagi menyejatkan kandungan air pada ikan. Kemudia, renjiskan sedikit cuka makan pada ikan tersebut. Gaul sehingga rata. Panaskan minyak dan gorengkan seperti biasa. Setelah masak dan garing, angkat dan toskan minyak. Simpan dalam bekas kedap udara. BACA: Antigagal, Rupanya Ini Cara Mudah Buat “Poached Egg” 2. Ikan bilis goreng dengan tepung tempura Bahan-bahannya:
Ikan bilis Tepung tempura (gunakan jenama kegemaran anda) Minyak masak Cara-caranya:
Cuci bersih ikan. Seeloknya bilas beberapa kali untuk mengurangkan rasa masin pada ikan. Taburkan 2 sudu tepung tempura dan gaulkan sehingga rata. Panaskan minyak dan gorengkan ikan tersebut sekurang-kurangnya 5 minit. Angkat dan toskan minyak pada ikan. Sedia untuk dihidang. 3. Sejukkan ikan dahulu Bahan-bahannya:
Ikan bilis Minyak masak Cara-caranya:
Basuh bersih ikan sehingga air basuhan menjadi agak jernih. Kemudian, toskan ikan. Setelah itu, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ini untuk memastikan agar tiada sebarang air atau kelembapan pada ikan tersebut. Setelah cukup 1 jam, panaskan minyak masak dan gorengkan ikan seperti biasa. Setelah masak, angkat dan toskan ikan bilis goreng. Sedia untuk dihidang. Tip lain jadikan ikan bilis goreng sentiasa rangup Selain daripada tiga resipi di  atas, ada beberapa tip yang perlu anda perhatikan agar ikan yang digoreng kekal rangup dan tidak liat.
Antaranya ialah:
Jangan terus letakkan ikan yang masih basah ke dalam kuali. Ikan yang masih basah dan berair akan menurunkan suhu minyak masak lalu menjadikan ikan lembik dan liat. Selain itu, ikan yang masih basah akan menjadi lebih berminyak selepas anda menggorengnya. Goreng sehingga tiada buih dalam minyak. Sewaktu anda meletakkan ikan dalam minyak panas, minyak anda akan berbuih ketika proses penggorengan. Angkat ikan hanya apabila buih minyak sudah tiada. Itu tandanya wap air sudah tiada. Gunakan suhu sederhana panas. Minyak yang panas amat penting untuk mejadikan ikan bilis goreng rangup. Jika anda menggoreng ikan pada suhu yang tidak begitu panas, ikan masih akan masak tetapi tidak akan rangup. Jangan letakkan ikan terlalu banyak. Jangan sesekali meletakkan jumlah ikan yang terlalu banyak dalam satu-satu masa ketika menggoreng. Ini juga akan menyebabkan suhu minyak menjadi kurang panas. Ikan yang digoreng juga akan menjadi lebih lembik dan tidak rangup. Sebaliknya, goreng ikan sedikit demi sedikit agar ia kekal rangup. Keringkan dengan tisu dapur. Salah satu teknik untuk menjadikan ikan rangup adalah dengan mengeringkannya menggunakan tisu dapur. Ia bertujuan untuk menyejatkan kelembapan yang masih ada pada ikan. BACA: Elak Bau Hanyir, Ketahui Cara Cuci Ikan Dengan Betul Kesimpulan Ikan bilis mempunyai banyak nutrien dan khasiat yang baik untuk tubuh. Namun ia akan menjadi kurang enak dimakan jika teksturnya agak keras, liat atau terlalu lembik.
Oleh itu, gunakan tip-tip di atas agar ikan anda kekal rangup walaupun sudah sejuk.
Sumber: Hello Doktor
The post “Confirm” Tak Lemau, Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/13/confirm-tak-lemau-ini-cara-kekalkan-kerangupan-ikan-bilis-goreng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Cili Kering Resipi Mudah Sedap Orang Dulu Dulu Yang Confirm Licin

Nasi Goreng Cili Kering Resipi Mudah Sedap Orang Dulu Dulu Yang Confirm Licin

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 146 hits
Nasi Goreng Cili Kering Sedap Mudah Cara Orang Dulu Dulu Nasi Goreng Cili Kering begini nampak sangat ringkas namun percayalah ia adalah salah satu resipi nasi goreng orang dulu dulu yang sangat sedap dan digemari ramai sehingga kini Andai ...
Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja

Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 141 hits
Assalamualaikum WBTSABTU 22 November 2025Pagi tu kami bersarapan mee goreng Mee goreng tu Sk tapau dari kantin dan bawa balik rumah Tujuannya bila bila PI kata lapar malam malam bolehlah dipanaskan tapi yang peliknya kalau ada makanan kat r...
Suami Isteri Curi Ikan Cencaru Kicap Dan Pewangi Ketiak Dijel Sehari

Suami Isteri Curi Ikan Cencaru Kicap Dan Pewangi Ketiak Dijel Sehari

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 115 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYATERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barang termasuk ikan cencaru kicap dan bir di Mahkamah Majistret Melaka hari ini Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKONMELAKA Sepasang suami isteri dij...
Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 189 hits
Ikan Terpantas di Lautan Sailfish Kenali sailfish juara kelajuan tak terbantah di lautan yang mampu mencapai hingga 68 mph Dengan sirip dorsal berbentuk layar yang berwarna cerah dan tubuh yang berkilau biru pemangsa ini menguasai perairan ...
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 168 hits
Rasa teringin betul nak makan masakan lemak cili api Asyik masak singgang masak sup masak asam je Tak kisahlah ikan ke ayam ke atau apa apa je lah Asalkan masak lemak cili api Nak masak ayam masak lemak cili api macam malas sebab ambil masa...
Mengangkat Inovasi Komuniti Dari Ikan Buntal Ke Kelestarian Lautan

Mengangkat Inovasi Komuniti Dari Ikan Buntal Ke Kelestarian Lautan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 113 hits
Oleh Ts Dr Sairatul Dahlianis Ishak Dr Roslizawati Ab Lah Universiti Malaysia Terengganu Ikan buntal sering dikaitkan dengan toksin dan bahaya namun di tangan komuniti pesisir spesies ini membuka peluang baharu melalui inovasi produk dan pe...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Attention

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock

Infinix Lancar Gtbuds 4 Dengan Harga Rm229

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng