Elak Paksa Anak Bawah 7 Tahun Buat Sesuatu Biarkan Dia Buat Sebab Kehendak Sendiri


Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?

BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman. 🎁
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri. 😍
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku. ⚠️
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.

Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak. 👩‍🏫
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk. 😅
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.

Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah. 😔
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan. 😂
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu? 🤔
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat. ❤
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Elak Paksa Anak Bawah 7 Tahun Buat Sesuatu, Biarkan Dia Buat Sebab Kehendak Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-paksa-anak-bawah-7-tahun-buat-sesuatu-biarkan-dia-buat-sebab-kehendak-sendiri-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tahun Tunggu 2 Kali Gugur 8 Kali Ivf Rezeki Dapat Peluk Anak Sendiri

12 Tahun Tunggu 2 Kali Gugur 8 Kali Ivf Rezeki Dapat Peluk Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 193 hits
Kesabaran yang dibayar dengan kemanisan dipenghujungnya Itu yang dapat digambarkan dengan perjuangan pasangan suami isteri ini Datuk Yasran Hussien 52 dan isterinya Datin Mega Marissa Malek 42 apabila dikurniakan cahaya mata selepas 12 tahu...
Mona Allen Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak Pertama Setelah Hampir 4 Tahun Usia Perkahwinan Tahniah

Mona Allen Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak Pertama Setelah Hampir 4 Tahun Usia Perkahwinan Tahniah

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 268 hits
Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Mona Allen Pekin Ibrahim kerana bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi Sebelum ini Mona Allen ada memuatnaik gambar raya bersama Pekin dan ramailah yang komen yang Mona seperti hamil keran...
Contoh Teks Naskah Pembawa Acara Ulang Tahun Anak Kecil

Contoh Teks Naskah Pembawa Acara Ulang Tahun Anak Kecil

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 260 hits
Susunan acara adalah salah satu kunci kelancaran dan kesuksesan pada sebuah acara Entah acara formal ataupun non formal Salah satunya susunan acaranya yaitu ulang tahun anak menjadi pembawa acara atau MC pada ulang tahun anak itu gampang ga...
Wanita Jalin Hubungan Dengan Bapa Sendiri Hingga Lahir Dua Anak

Wanita Jalin Hubungan Dengan Bapa Sendiri Hingga Lahir Dua Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 203 hits
Pada tahun 2000 Jennifer 31 membuat keputusan untuk tinggal bersama John yang ketika itu berusia 53 tahun di Port Pirie selatan Australia CANBERRA Seorang lelaki di Australia telah menjalinkan hubungan sumbang mahram bersama anak perempuann...
Potret Putri Farah Quinn Usia 3 Tahun Sudah Main Golf Di As Disebut Anak Mahal

Potret Putri Farah Quinn Usia 3 Tahun Sudah Main Golf Di As Disebut Anak Mahal

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 194 hits
Sosok Farah Quinn sudah tidak asing lagi di dunia hiburan tanah air Dia dikenal sebagai celebrity chef Farah Quinn diketahui memiliki anak perempuan bernama Amaira Terbaru Farah Quinn mengunggah momen saat sang anak berlatih golf di Amerika...
Comel Betul Belum Letak Bawah Dah Lari Aksi Comel Anak Zahirah Macwilson Curi Perhatian

Comel Betul Belum Letak Bawah Dah Lari Aksi Comel Anak Zahirah Macwilson Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 196 hits
Gelagat comel Isaac Raees anak pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sememangnya sering kali menghiburkan wargamaya lebih lebih lagi bagi pengikut tegar pasangan ini Mana tidaknya ada sahaja telatah comelnya yang mencui...
Satu Keluarga Di Bali Kelola Apotek Sabu Langganan Anak Muda Sejak Tahun 2019

Satu Keluarga Di Bali Kelola Apotek Sabu Langganan Anak Muda Sejak Tahun 2019

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 189 hits
Kabid Pemberantasan BNN Provinsi Bali Putu Agus Arjaya mengatakan bahwa Apotek Sabu ini selama beroperasi banyak dijaga orang dan melibatkan jaringan jaringan lainnya dan butuh waktu dua pekan untuk mengungkapnya
Permohonan Menyertai Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius Tahun 2023

Permohonan Menyertai Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius Tahun 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 242 hits
Permohonan Menyertai Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius Tahun 2023 Program Anak Genius Negara bagi tahun 2023 kini telah dibuka dan bagi ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak anak bagi menyertai program di...
Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 219 hits
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia berkomunikasi dan nak beritahu sesuatu Jadi sebagai ibu bapa perlu faham adakah tangisan itu adalah tangisan sebab sakit atau untuk nak perhatian Ada sesetengah pihak berpendapat bila bayi menangis buk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization