Si Kecil Berjaya Selesaikan Tawaf 7 Pusingan Pengalaman Berharga Umrah Dengan Anak Anak


“Boleh ke ni anak saya buat umrah, masih kecil pulak tu..macam tak yakin nak buat umrah” mama papa, percayalah jika niat kita ingin melakukan ibadah umrah bersama-sama anak-anak, InsyaAllah Allah akan permudahkan dan pengalaman melakukan Umrah bersama si kecil pasti jadi paling manis.
Bagi yang kurang yakin untuk membawa si kecil melakukan Umrah, Puan Nur Dalila berkongsi beberapa tip penting dan pengalaman dia sepanjang melakukan Umrah di tanah suci. Pasti selepas membaca perkongsianya, papa mama teruja dan tak sabar untuk ke tanah suci bersama si kecil.

PENGALAMAN UMRAH BERSAMA ANAK2 KECIL.
Disebabkan ramai yang ingin saya kongsikan pengalaman menunaikan umrah bersama anak2. Jadi saya buat posting khas untuk ni.
1. Penerbangan direct (tiada transit). Kul – Med
Pertama sekali masa kami decide untuk tunaikan umrah. Kami survey Travel Agent (TA) melalui website, FB, tengok review dari orang dll. Bulan 3 2019, kami pergi Matta Fair di PWTC dan survey di setiap booth khas umrah sahaja. Masa tu hati dah terpaut dengan TA Azzuha. Sebab mereka the only TA yang sediakan lawatan ke Taif secara percuma. Memang included in the package. Yang lain semua kena depends pada jemaah yang nak pergi. Yang paling penting pakej berbaloi & hotel dekat. Cari TA yang sediakan pakej hotel kurang dari 100m. Supaya mudah untuk ulang alik ke hotel & masjid.
Mereka juga Ada sediakan penerbangan direct Madinah. Jadi tak perlu naik bas dari Jeddah ke Madinah. Cuma tambah RM350 bagi penerbangan direct Madinah. Kenapa kami beratkan yang ini, sebab untuk kurangkan keletihan anak2 yang dah melalui penerbangan 8-9 jam.

Tapi, kita merancang, Allah yang menentukan. Seminggu sebelum berlepas, TA inform, Saudi Airlines batalkan semua penerbangan direct Madinah untuk bulan 9 & 10. Jadi perlu turun di Jeddah & menaiki bas selama 5 jam ke Madinah. Alhamdulillah anak2 ok je. Cuma penat sikit la. Mereka pun tidur je sepanjang perjalanan dalam flight & bas.
2. Booking
Lepas dah decide TA, bayar deposit, buat passport bagi anak yang belum ada. Lebih kurang 45 Hari sebelum tarikh penerbangan serahkan dokumen penting seperti gambar visa, salinan ic, surat beranak & sijil nikah. Yang dokumen ni leceh sikit. Sebab perlu cop pengesahan umrah dari jabatan agama & JPN. Kalau dari JPN sekejap je sebab semua maklumat online. Tapi dari jabatan agama ambil Masa untuk mereka sahkan dari negeri Kita nikah kalau bermastautin di tempat lain.
Sebulan ke 2 minggu sebelum tarikh penerbangan ambil vaccine meningococcal (wajib). Pneumococcal & influenza (optional) kami just ambil yang wajib & influenza. Kos untuk meningococcal RM145/seorang. Influenza pula RM70 seorang. Depends pada klinik.
3. Sediakan semua keperluan anak2 seperti ubat2an (rujuk gambar), keselamatan dll. Buat checklist. So tiada yang tertinggal. Untuk keselamatan kami Ada beli harness (rujuk gambar).


4. Baby carrier & stroller. Dua ni bagi saya sangat penting. Di Madinah most of the time guna SSC (soft structure carrier) lagi2 untuk ke masjid. Sebab stroller Tak dibenarkan bawa masuk dalam Masjid. Diperkarangan sahaja boleh. Jadi kalau anda Tak kisah solat di dataran Masjid should be no problem. Pakai SSC untuk lebih selesa buat pengendong & anak yang dikendong. Narrow based carrier & hip seat tidak sesuai untuk jangka masa lama. Go google about it for more info.


Di Mekah, senang bergerak dengan stroller. Boleh bawa dalam masjid. Tapi ni bergantung pada musim anda pergi. Saya pergi lepas musim haji. Jadi orang belum betul2 sesak. Nak tawaf guna stroller pun boleh di Mataf. Cuma saya kurang suka sebab orang suka pintas dari tepi. Jadi takut terlanggar kaki orang. So Masa kerja umrah pun Saya pakai SSC je. Cuma lepas sai’e rasa macam Tak rasa kaki & pinggang. lenguh! Mudah juga untuk nursing. This need to be practice. Saya memang dah biasa NIP/NIC since 1st born.
5. Bagi anak rehat secukupnya bila Ada waktu senggang. Matlamat Kita untuk maksimakan ibadah. Jadi kurangkan berjalan untuk shopping & window shopping . Kami just tengok2 Masa otw balik hotel yang sekangkang kera tu je. So very limited choice. Ada la p sat tu pun takde mood nak beli. Kebanyakan dibeli waktu ziarah. Kami hanya beli kurma & kekacang, coklat & keychain diukir nama dalam bahasa arab untuk sourvenir. Bila bawa anak2 kita pentingkan mood anak2 dulu.

6. Keperluan kudap2. Biskut, snek dll. Boleh beli siap2 di Malaysia atau Cari je di supermarket di Sana. Masa di Madinah, Saya ke Bin Dawood. Beli biskut digestive 3 pack SAR 5 sahaja . Di Mekah kami beli di Abraj Hypermarket di clock tower.
7. Pakaian depends pada musim. Saya banyak bawa t-shirt cotton je. Kecuali Faris sebab dia memang Ada banyak jubah. Seluar pakaikan legging cotton sahaja lebih selesa. Sila bawa stokin untuk anak2. Sebab bila pijak tiles samada panas disiang Hari atau sejuk dimalam hari. Ini juga bergantung pada musim yang anda pergi.
8. Toys.
Bawa mainan kecik2 yang mudah untuk dibawa. Keluarkan satu jenis pada satu2 Masa.

9. Madinah tempatnya tenang. Disebabkan hotel dekat. Kadang2 dah azan baru gerak ke masjid. Sebab Saya nak Tak nak memang kena solat di kawasan belakang. Khas untuk ibu & anak2. Jadi untuk orang lelaki, rebut la keluar awal dapatkan saf depan.
10. Di Mekah, jangan duk buat relax sangat. Lambat datang Masjid. Melepas peluang solat di Mataf. Pintu banyak ditutup. Kena jalan jauh walaupun hotel dekat. Tapi kalau anda Tak kisah solat dimana2 ok je. Sebab rasa puas pula bila dapat nampak kaabah.
11. Hand carry luggage nak mudah bawa bag pack je. Letak, diapers, baju spare, Sweater ( tapi anak Tak pakai pun sebab dah ada blanket dalam flight), kudap2, toys dalam 2/3 jenis. SSC & cabin size stroller juga dibawa kedalam cabin. Jangan bawa banyak sangat barang. Sebab kita nak handle anak lagi. Sebolehnya semua diletakkan dalam bag yang Akan di check in.
12. Botol air. Pengalaman Saya Naik AA & MAS sebelum ni. Tumbler boleh bawa. Tapi mineral water bottle Tak boleh. Masa di imigresen. Kami bawa la seorang satu tumbler. Dia minta kosongkan dan hanya boleh bawa 1 sahaja jika Ada bayi . Tapi dari Jeddah ke KLIA elok je bawak segala botol plastik isi air zam2 la macam2 takde pun kena buang . Rules lain2 kan.
13. Patut ni awal2 tertinggal pula. Bila bawa anak2 pilih la hotel yang dekat dengan masjid. Senang untuk berulang alik, Tukar diapers dll. Anak2 Tak merungut jalan jauh. Di Madinah hotel kami jarak 80 meter sahaja dari pintu masjid. Manakala di Mekah 50 meter. Sebab nanti dalam masjid nak jalan lagi. Jadi Kita mudahkan anak2 Dan Kita juga .

Edited.
14. Tips Elakkan dari batuk dengan izin Allah. Elakkan minum air zam zam yang sejuk. Kalau boleh minum yang tertulis not cold. Selalunya dalam 1 kelompok Ada 2 tong je. Sebab bagi Saya yang not cold pun dah sejuk sikit dah. Cukup menghilangkan rasa Haus. Kurangkan minum jus dia. Sebab jusnya manis.

15. Mandi pagi sebelum subuh & Mandi malam sebelum maghrib.
16. Untuk orang Penang boleh tukar duit di jalan masjid kapitan. Best deal kami dapat disitu.

17. Jika anda tak mampu nak lakukan umrah sunat, tak mengapa jangan bersedih. Boleh juga perbanyakkan tawaf sunat. Untuk umrah wajib. Kami buat serentak. Umrah sunat pertama Saya tinggalkan Faris & auni dengan mak. Carry fahim Dan buat bersama2 husband Dan abah. Umrah sunat ke2 Saya Tak buat. Umrah sunat ke3 kami Balik dari Taif, perjalanan yang jauh. Jadi Saya bergilir dengan husband. Jadi Saya tidurkan anak2 siap2. Susukan fahim & kemas barang2 sementara tunggu husband habiskan umrah. Masa ni Kita dalam ihram. So kena hati2. Sebab Saya terlupa p rendam baju dengan sabun. Tapi Masa tersedar terus tinggalkan. Lepas husband Balik baru Saya p sensorang. Feel sangat sebab dapat fokus ibadah betul2.

Masa ni selepas selesai Tawaf. Sementara tunggu jemaah lain untuk ke tempat Sai’e. Kita upah anak2 dengan SD cereal sebab berjaya habiskan tawaf 7 pusingan. Alhamdulillah. Sebab lepas ni mereka Akan melalui perjalanan yang lebih jauh iaitu sai’e
18. Saya Ada tambah sharing untuk masuk Raudhah dengan anak2 di gambar. Boleh rujuk link.
https://web.facebook.com/chaoticchild/posts/10157769408537235 
Setakat ni tu je kot. Kalau Ada apa2 nak tambah nanti Saya edit. Tanya je Pape. Nanti Saya jawab InsyaAllah.
Bila dah niat untuk bawa anak2, doa banyak2. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan disana. Berkat bawa anak2, semua urusan dimudahkan. Rezeki mereka terpalit sama pada kita.
Untuk lebih detail boleh rujuk gambar & caption.
Sumber: Puan Dalila
The post Si Kecil Berjaya Selesaikan Tawaf 7 Pusingan. Pengalaman Berharga Umrah Dengan Anak-Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/si-kecil-berjaya-selesaikan-tawaf-7-pusingan-pengalaman-berharga-umrah-dengan-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Bersihkan Najis Anak Berguna Untuk Ada Anak Kecil Tak Ragu Solat Pun Sah

Panduan Bersihkan Najis Anak Berguna Untuk Ada Anak Kecil Tak Ragu Solat Pun Sah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 387 hits
Bila ada anak kecil rata rata ibu bapa akan alami perkara sama iaitu anak kencing atas tilam semasa tidur atau pun yang sedang dalam proses potty training mesti sekali sekala akan ada situasi tak sempat ke tandas Dalam hal ini ibu bapa waji...
Ayah Tak Bertanggungjawab Viral Lelaki Selamber Hisap Rokok Hembus Asap Kat Muka Anak Kecil

Ayah Tak Bertanggungjawab Viral Lelaki Selamber Hisap Rokok Hembus Asap Kat Muka Anak Kecil

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 434 hits
Satu video yang mendakwa seorang ayah menghembuskan asap rokok pada muka anaknya telah tular di media sosial Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan itu telah dirakam oleh orang awam yang tidak senang duduk akan perbuatan individu yang ...
Anak Kecil Lagi Jangan Paksa Dia Tengok Buku Jangan Bagi Phone Lama Lama Ramai Yang Share Tips Parenting Ni

Anak Kecil Lagi Jangan Paksa Dia Tengok Buku Jangan Bagi Phone Lama Lama Ramai Yang Share Tips Parenting Ni

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 368 hits
Pergi pasar dengan Adra tadi sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak Anak dia dua orang master Seorang kerja kat China seorang lagi kat Hong Kong Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku Telefon jangan bagi lama You kena ...
Jangan Dedahkan Anak Kecil Dengan Gajet

Jangan Dedahkan Anak Kecil Dengan Gajet

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 493 hits
PUBLIC HEALTH MALAYSIA JANGAN DEDAHKAN ANAK KECIL DENGAN GAJETIbu bapa yang mempunyai anak kecil berusia dua tahun ke bawah disaran untuk tidak mendedahkan mereka dengan gajet seperti telefon pintar tab televisyen dan sebagainya Alasan untu...
Zarina Zainuddin Bawa Madu Amp Anak Autisme Tunai Umrah

Zarina Zainuddin Bawa Madu Amp Anak Autisme Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 381 hits
Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah bersama ibunya Zahura anak lelaki Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah hari ini Menerusi laman Instagram miliknya pelakon b...
7 Tips Ajar Anak Kecil Berenang Di Kolam Mandi Swim Rush

7 Tips Ajar Anak Kecil Berenang Di Kolam Mandi Swim Rush

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 380 hits
Naik seriau juga bila lihat ramai ibubapa bawa bayi mandi kolam di usia yang masih awal Comel sangat lihat bayi berenang dalam kolam tapi macam takut pun ada Untuk kanak kanak pula lihat anak mandi kolam dengan ibu bapa itu memanglah sudah ...
Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi

Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 457 hits
Seawal usia anak 75 minggu semua anak mengalami satu perkembangan mental yang di namakan DUNIA SISTEM Baca Selanjutnya Pelajaran terbesar yang anak kenal pada usia ini ialah 1 Conscience Anak berkemampuan menilai kelakuannya sendiri dan mem...
Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 578 hits
Sebenarnya tak susahpun nak bekalkan anak dengan sumber protein Telur adalah makanan yang paling mudah dan paling disukai anak anak kita Namun sebagai ibu kita harus bijak mempelbagaikan menu daripada telur ini Cuba berkreatif sebaik mungki...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik