Panduan Bersihkan Najis Anak Berguna Untuk Ada Anak Kecil Tak Ragu Solat Pun Sah


Bila ada anak kecil, rata-rata ibu bapa akan alami perkara sama iaitu anak kencing atas tilam semasa tidur atau pun yang sedang dalam proses potty training mesti sekali sekala akan ada situasi tak sempat ke tandas.
Dalam hal ini, ibu bapa wajib tahu cara membersihkan dan menyucikan sisa najis anak supaya ia bukan sekadar bersih di mata kasar sahaja. Tetapi apa yang penting cara membersihkan dan menyucikan kena betul mengikut ajaran Islam supaya solat kita juga sah.
Perkongsian daripada seorang ibu, Puan Yatie Eimra bermanfaat kepada semua ibu bapa lain.

Membersih & Menyucikan Najis Anak
Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train, jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak. Biasalah kes-kes ‘incident’ kecil masa potty train pasti anak ada terlepas dan terbabas di mana-mana. Itu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam.
Sebelum ini saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun dan larutan cuka. Spray ini juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah tak ada bau lagi.
Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan dan hanya minum susu ibu sahaja). Najis mutawassitah pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) dan tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih dan menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.
Baru-baru ini saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ini terutamanya bagi ibu-ibu baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan.
Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)
Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis dan air kencing yang sedikit)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh dan keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3 kali.

Najis yang banyak dan tempat terkena najis boleh diangkat
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3 kali.
Najis yang banyak dan tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dan lain-lain)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3 kali.

Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan
1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.
Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3 kali.
Ini pula menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat.
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan.
Sumber: Yatie Eimra
 
The post Panduan Bersihkan Najis Anak. Berguna Untuk Ada Anak Kecil. Tak Ragu, Solat Pun Sah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/panduan-bersihkan-najis-anak-berguna-untuk-ada-anak-kecil-tak-ragu-solat-pun-sah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Arwah Bersih Berseri Seri Kisah Isteri Tak Tinggal Solat Dhuha Pergi Menghadap Illahi Tinggalkan Suami Dan Anak

Wajah Arwah Bersih Berseri Seri Kisah Isteri Tak Tinggal Solat Dhuha Pergi Menghadap Illahi Tinggalkan Suami Dan Anak

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 465 hits
Setiap orang pasti mendambakan kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat Bahagia di dunia kerana memiliki rezeki yang berlimpahan bahagia di akhirat dengan amal yang menyelamatkan kita semua Ya rezeki Allah itu misteri tetapi kemat...
Ibu Hamil Bersihkan Najis Kucing Boleh Jejaskan Pendengaran Penglihatan Bayi Setelah Lahir

Ibu Hamil Bersihkan Najis Kucing Boleh Jejaskan Pendengaran Penglihatan Bayi Setelah Lahir

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 651 hits
Wanita hamil tidak digalakkan untuk berada berdekatan dengan kucing Bukanlah sehingga langsung tak boleh pegang atau bermanja tetapi sebaiknya berhati hatilah ketika mengendalikan najis kucing Di dalam najis kucing terdapat sejenis parasit ...
7 Tips Ajar Anak Kecil Berenang Di Kolam Mandi Swim Rush

7 Tips Ajar Anak Kecil Berenang Di Kolam Mandi Swim Rush

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 394 hits
Naik seriau juga bila lihat ramai ibubapa bawa bayi mandi kolam di usia yang masih awal Comel sangat lihat bayi berenang dalam kolam tapi macam takut pun ada Untuk kanak kanak pula lihat anak mandi kolam dengan ibu bapa itu memanglah sudah ...
Ayah Tak Bertanggungjawab Viral Lelaki Selamber Hisap Rokok Hembus Asap Kat Muka Anak Kecil

Ayah Tak Bertanggungjawab Viral Lelaki Selamber Hisap Rokok Hembus Asap Kat Muka Anak Kecil

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 444 hits
Satu video yang mendakwa seorang ayah menghembuskan asap rokok pada muka anaknya telah tular di media sosial Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan itu telah dirakam oleh orang awam yang tidak senang duduk akan perbuatan individu yang ...
Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu Risiko Anak Tertelan Najis

Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu Risiko Anak Tertelan Najis

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 548 hits
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung Sudah tentu ibu akan tertanya tanya bila akan bersalin dan bagaiman keadaan bayi dalam kandungan Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya t...
Anak Kecil Lagi Jangan Paksa Dia Tengok Buku Jangan Bagi Phone Lama Lama Ramai Yang Share Tips Parenting Ni

Anak Kecil Lagi Jangan Paksa Dia Tengok Buku Jangan Bagi Phone Lama Lama Ramai Yang Share Tips Parenting Ni

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 380 hits
Pergi pasar dengan Adra tadi sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak Anak dia dua orang master Seorang kerja kat China seorang lagi kat Hong Kong Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku Telefon jangan bagi lama You kena ...
Panduan Taharah Memahami Jenis Najis Cara Istinjak Yang Betul

Panduan Taharah Memahami Jenis Najis Cara Istinjak Yang Betul

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 470 hits
Apakah jenis najis dalam Islam Bagaimana pula cara yang betul menyucikan najis najis tersebut Artikel ini akan membicarakan secara lengkap mengenai soal taharah Panduan ini merangkumi beberapa perkara seperti Perbezaan setiap jenis najis ca...
Jangan Dedahkan Anak Kecil Dengan Gajet

Jangan Dedahkan Anak Kecil Dengan Gajet

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 504 hits
PUBLIC HEALTH MALAYSIA JANGAN DEDAHKAN ANAK KECIL DENGAN GAJETIbu bapa yang mempunyai anak kecil berusia dua tahun ke bawah disaran untuk tidak mendedahkan mereka dengan gajet seperti telefon pintar tab televisyen dan sebagainya Alasan untu...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook