Shuib Lega Syukur Anak Anak Faham Ibu Mereka Sudah Tiada


Shuib syukur anak-anak faham ibu mereka sudah tiada.


Kuala Lumpur: Selain pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin hari ini, ujian yang turut dihadapi Shuib, 38, ialah bagaimana hendak menjelaskan kepada tiga anaknya bahawa ibu mereka sudah meninggal dunia.

Selepas Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi hinggalah selesai pengebumiannya pada jam 1.20 petang hari ini, tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, tidak tahu ibu mereka sudah tiada.

Shuib menerusi Instagram Live kira-kira jam 6 petang hari ini berkata, sepanjang perjalanan pulang selepas selesai urusan pengebumian, dia tidak henti berfikir apakah jalan terbaik untuk menerangkan kepada mereka mengenai pemergian Siti Sarah.

"Ketika arwah meninggal dunia, anak-anak masih tidur. Jadi, saya tidak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan pengebumian, saya cekalkan hati untuk tidak bercakap perkara ini terlebih dulu.

"Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan. Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi," katanya.

Shuib berkata, dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini.

"Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

"Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini," katanya.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta kini sudah tiada.

"Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

"Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

"Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat," katanya.

Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan.

Dia kemudian mengajak mereka mengerjakan solat Asar, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat.

"Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham," katanya.

Sesi Instagram Live itu ditonton lebih 500,000 pemilik akaun Instagram yang rata-ratanya turut bersedih atas pemergian Siti Sarah selain memberi sokongan terhadap Shuib dengan ujian dihadapinya itu.

Terdahulu Harian Metro melaporkan sebaik Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 petang hari ini, tiga anaknya itu masih belum tahu ibu mereka sudah meninggal dunia.

Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/shuib-lega-syukur-anak-anak-faham-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Reda Cabaran Saya Nak Beritahu Anak Anak Ibu Mereka Dah Tiada Shuib Sepahtu

Hiburan Saya Reda Cabaran Saya Nak Beritahu Anak Anak Ibu Mereka Dah Tiada Shuib Sepahtu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 366 hits
Suami kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa dia reda dengan pemergian isteri kesayangan pagi tadi dan menerimanya sebagai takdir dan ketentuan daripada Ilahi ARTIKEL BERKAITAN hAdvertisementUjar Shuib kin...
Video Ibu Dah Dekat Syurga Shuib Sebak Beritahu Anak Anak

Video Ibu Dah Dekat Syurga Shuib Sebak Beritahu Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 510 hits
Ramai yang terkejut apabila akaun Instagram Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin mempunyai hantaran terbaharu pada malam Selasa
Tangisan Anak Anak Shuib Rindukan Ibu Sangat Menghibakan Al Fatihah Untuk Siti Sarah

Tangisan Anak Anak Shuib Rindukan Ibu Sangat Menghibakan Al Fatihah Untuk Siti Sarah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 438 hits
Pada Isnin 9 Ogos 2021 dunia seni kehilangan seorang lagi penyanyi berbakat besar Siti Sarah Raisuddin Paling terkesan kesan tentulah suami dan anak anak yang ditinggalkan Menerusi video yang dikongsikan Shuib di Instagram tiga anak mereka ...
Ibu Tidak Akan Balik Rumah Ibu Bukan Milik Kita Kata Shuib Kepada Anak Anak

Ibu Tidak Akan Balik Rumah Ibu Bukan Milik Kita Kata Shuib Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 580 hits
Shuib dengan pakaian pelindung diri selepas selesai mengebumikan jenazah isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu Gombak hari ini BIARPUN terlalu berat untuk memberitahu anak anaknya mengenai...
Ibu Bapa Lega Anak Dapat Pelalian

Ibu Bapa Lega Anak Dapat Pelalian

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 241 hits
Oleh Pelajar Tingkatan Enam sudah menerima suntikan vaksin di PPV MSU Shah Alam Foto NSTP ASYRAF HAMZAH KUALA LUMPUR Peluasan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun satu keputusan yang perlu dan releva...
Ibu Bukan Milik Kita Bukan Milik Daddy Walau Dalam Tangis Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang

Ibu Bukan Milik Kita Bukan Milik Daddy Walau Dalam Tangis Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 469 hits
Melewati Insta Story Shuib malam tadi sememangnya buat hati sesiapa pun akan turut menangis Perkongsian beberapa video Shuib bersama anak anaknya yang menangis dan amat merindui ibu mereka pastinya bukan hal yang mudah dilalui oleh tiga ana...
Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 324 hits
Setelah sehari pemergian Siti Sarah Raissuddin Shuib Sepahtu terus mengingati arwah isterinya itu dengan memuat naik pelbagai video ingatan di laman media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah lelaki itu turut berkongsi momen dia memb...
Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 513 hits
Ibu datang balik rumah bawa Ayash Itu antara cerita dari mulut anak ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang berusia enam tahun Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu hal itu dikongsikan saat dia sedang memand...
Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 327 hits
Walaupun sedang bertarung nyawa ibu yang positif Covid 19 tetap fikirkan anak dalam kandungan dan minta pada doktor Tolong selamatkan bayi saya
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat

Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain