Ibu Bapa Lega Anak Dapat Pelalian


 Oleh Nas Norziela Nasbah
Pelajar Tingkatan Enam sudah menerima suntikan vaksin di PPV MSU, Shah Alam. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH KUALA LUMPUR: Peluasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun satu keputusan yang perlu dan relevan dalam keadaan jumlah kes jangkitan dan kematian semakin meningkat di negara ini.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata keputusan itu relevan memandangkan jumlah kes semasa masih tidak menunjukkan penurunan, walaupun kadar vaksinasi meningkat.
Namun, katanya, mungkin timbul isu mengenai kebimbangan ibu bapa atau penjaga untuk membenarkan anak atau jagaan mereka diberikan vaksin atas kesan sampingan, seperti radang jantung seperti yang dilaporkan, walaupun kes sedemikian sangat jarang.
"Kerisauan ibu bapa terhadap kesan sampingan seperti keradangan jantung perlu dibendung memandangkan kebarangkalian ia berlaku kepada remaja sangat jarang," katanya.
Beliau berkata, mungkin juga ada ibu bapa masih bimbang dan mereka seharusnya diberi pilihan sama ada membenarkan atau melarang anak divaksinasi.
"Jika memilih tidak membenarkan anak diberi vaksin, ibu bapa bertanggungjawab penuh ke atas sebarang risiko jangkitan.
"Pelalian untuk remaja ini perlu sekiranya terdapat keperluan untuk membuka sekolah dan peralihan fasa membabitkan pelbagai kelonggaran untuk individu yang divaksinasi sepenuhnya," katanya.
Bagi penjawat awam, Mohd Fadli Ahmad, 43, pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun sedikit sebanyak mengurangkan kerisauannya sebagai bapa untuk melihat anak mendapat perlindungan diri melalui vaksin.
"Dalam keadaan sekarang, selain menjaga prosedur operasi standard (SOP), pemberian vaksin kepada golongan ini sekurang-kurangnya mengurangkan rasa gelisah kami sebagai ibu bapa yang perlu keluar bekerja atau membeli barang.
"Apatah lagi apabila mereka mula bersekolah, vaksin ini menjadi pelindung kerana mereka akan bersemuka dengan rakan sekolah dan juga guru.
"Vaksinasi mungkin dapat mengurangkan kebolehjangkitan, apatah lagi kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai," katanya.
Ibu kepada dua anak perempuan berusia 15 dan 17 tahun, Azrina Zakaria, 40, berkata kelulusan vaksin kepada golongan itu memberi kelegaan jika dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan dibuka.
"Sebagai ibu, sudah pasti saya berharap vaksin dapat diberikan sekurang-kurangnya satu dos sebelum anak mula bersekolah.
"Namun, proses pemberian vaksin untuk mereka berusia 18 tahun ke atas, termasuk guru juga perlu dipercepat dan diselesaikan terlebih dahulu," katanya.
Beliau juga berharap kerajaan akan mengambil kira kegusaran ibu bapa yang masih tidak tahu status pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September ini.
"Jika sekolah kekal dibuka pada 1 September ini dan anak belum mendapat vaksin, sebagai ibu saya masih tidak berani untuk membenarkan mereka ke sekolah," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/ibu-bapa-lega-anak-dapat-pelalian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shuib Lega Syukur Anak Anak Faham Ibu Mereka Sudah Tiada

Shuib Lega Syukur Anak Anak Faham Ibu Mereka Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 215 hits
Shuib syukur anak anak faham ibu mereka sudah tiada Kuala Lumpur Selain pemergian isteri tercinta Siti Sarah Raissuddin hari ini ujian yang turut dihadapi Shuib 38 ialah bagaimana hendak menjelaskan kepada tiga anaknya bahawa ibu mereka sud...
Ramai Ibu Bapa Hantar Anak Jalani Pemeriksaan Kesihatan Mental

Ramai Ibu Bapa Hantar Anak Jalani Pemeriksaan Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 243 hits
SEMAKIN ramai golongan ibu bapa di Singapura menghantar anak anak menjalani rawatan mental GAMBAR HIASAN SINGAPURA Lebih ramai ibu bapa di negara ini menghantar anak mereka bagi pemeriksaan kesihatan mental dengan pakar psikologi berkata ju...
Ibu Belasah Anak Perempuannya Berusia 3 Tahun Sampai Mati Kerana Ganggu Perbualan Dengan Bekas Pasangannya

Ibu Belasah Anak Perempuannya Berusia 3 Tahun Sampai Mati Kerana Ganggu Perbualan Dengan Bekas Pasangannya

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 348 hits
Ini adalah kes yang meruntunkan hati di mana seorang kanak kanak yang tidak bersalah mengalami penderitaan teruk di tangan mereka yang sepatutnya melindungi dia Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan saat saat terakhir kanak kanak peremp...
Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 323 hits
Walaupun sedang bertarung nyawa ibu yang positif Covid 19 tetap fikirkan anak dalam kandungan dan minta pada doktor Tolong selamatkan bayi saya
Nak Suap Apa Apa Pada Anak Orang Minta Izin Dulu Hormati Pendirian Si Ibu

Nak Suap Apa Apa Pada Anak Orang Minta Izin Dulu Hormati Pendirian Si Ibu

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 403 hits
JANGAN SUAP Ehhh buat apa tu hentikan tangan anda di situ dan JANGAN SUAP bayi dengan makanan yang tinggi garam dan gula Setiap hari ada sahaja keluh kesah ibu ibu yang memperjuangkan makanan sihat untuk anak tetapi sayangnya perjuangan ibu...
Hiburan Bapa Siti Sarah Sedih Dan Bimbang Dengan Keadaan Anak Namun Enggan Ditemubual

Hiburan Bapa Siti Sarah Sedih Dan Bimbang Dengan Keadaan Anak Namun Enggan Ditemubual

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 305 hits
Bapa kepada penyanyi Siti Sarah yang kini sedang kritikal di unit rawatan rapi Raisuddin Hamzah akui berasa sangat bimband dan sedih dengan keadaan anaknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara tersebut dimaklumkan pengurus kepada Siti Sar...
Ibu Berdepan Ragam Anak Enggan Makan Sabar Ibu Cuba 5 Tip Bijak Ini Dahulu

Ibu Berdepan Ragam Anak Enggan Makan Sabar Ibu Cuba 5 Tip Bijak Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 377 hits
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini Tabiat pengambilan makanan anak Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimb...
Hiburan Muat Naik Video Menyanyi Anak Gadis Eizlan Yusof Dipuji Cantik Persis Ibu

Hiburan Muat Naik Video Menyanyi Anak Gadis Eizlan Yusof Dipuji Cantik Persis Ibu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 289 hits
Anak sulung pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Vie Zara menerima perhatian ramai selepas bapanya memuat naik video memaparkan dia sedang menyanyikan lagu Reckless daripada Madison Beer Selain suara yang merdu Vie Zara turut dipuji mempun...
Anak Tak Nak Menyusu Susu Ibu Mungkin Ini Puncanya Yang Ibu Wajib Tahu

Anak Tak Nak Menyusu Susu Ibu Mungkin Ini Puncanya Yang Ibu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 351 hits
Saiz dan bentuk puting payudara berbeza mengikut individu Ibu yang memiliki puting tenggelam sering menghadapi masalah kerana kesukaran bayi untuk melekap pada payudara Kaunselor laktasi Noor Fazilah Abdul Rahman memberikan informasi mengen...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp