Ibu Bukan Milik Kita Bukan Milik Daddy Walau Dalam Tangis Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang


Melewati Insta Story Shuib malam tadi sememangnya buat hati sesiapa pun akan turut menangis. Perkongsian beberapa video Shuib bersama anak-anaknya yang menangis dan amat merindui ibu mereka pastinya bukan hal yang mudah dilalui oleh tiga anak kecil ini.
Berkongsi cerita dan meluangkan masa selepas bersolat bersama ketiga-tiga anaknya, Shuib dilihat begitu tenang demi menguatkan anak-anaknya yang masih kecil.

Anak sulung Shuib, Uwais Al-Qadri dilihat hanya membisu tapi air matanya tak berhenti-henti mengalir. Lebih memahami apa yang terjadi dan merasai kehilangan berbanding dua adiknya.

Sementara anak kedua dan ketiga Allahyarham Siti Sarah masih lagi bertanyakan pelbagai soalan mengenai ibu mereka, seolah-olah cuba memahami apa yang terjadi.

Terdahulu, berkongsi detik menyayat hati ketika memberitahu anak-anak mengenai pemergian ibu mereka, kata Shuib menerusi Live petang semalam, pada mulanya dia keberatan untuk menyampaikan berita pemergian arwah kepada anak-anak. Namun dia mencari kekuatan untuk menyampaikan perkhabaran itu kepada anak-anak tersayangnya.
Tiga permata hati Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menangis teresak-esak sebaik diberitahu ibu tersayang tidak akan pulang ke rumah lagi. Anak ketiganya menangis tanpa henti kerana dialah anak paling manja dan begitu merindui ibunya.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya ligat memikirkan bagaimana hendak beritahu anak-anak mengenai ibu mereka. Sebaik sampai, saya naik ke bilik untuk membersihkan diri.
“Saya mandi sangat lama, terlalu lama. Selesai mandi, saya turun untuk makan. Kebetulan, azan Asar berkumandang, jadi saya naik semula untuk ambil wuduk.
“Tiba-tiba bapa mentua (Raissuddin Hamzah) hubungi dan beritahu saya perlu beritahu anak-anak kerana mereka sudah menonton kisah ibu mereka di YouTube.

“Saya pun turun dan kebetulan, berita pemergian isteri ditayangkan di televisyen (TV). Anak sulung, Uwais bertanya betulkah ibu sudah tiada? Lalu, saya panggil semua anak-anak dan terangkan perkara sebenar.
“Saya beritahu, mereka takkan dapat jumpa ibu lagi. Anak-anak menangis teresak-esak. Anak bongsu, Matin teruk menangis kerana paling manja dengan arwah dan belum faham apa yang berlaku,” katanya pada sesi live di Instagram (IG), petang semalam.

“Ibu bukan milik kita, bukan milik daddy”
Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, berkata ketiga anak-anaknya kemudian mula reda dan faham apa yang berlaku terhadap ibu mereka.
“Saya katakan kepada anak-anak, ibu bukan milik ‘daddy’ atau mereka. Walaupun kita semua berharap ibu pulang ke rumah, tetapi Allah tidak mahu pulangkan dia kepada kita kerana Allah lebih sayangkan ibu.
“Jadi, ibu pesan Uwais, Talita, dan Ayash kena jadi anak soleh, pandai mengaji dan jaga sembahyang. Doa dari anak soleh menjadi harta ibu di alam sana,” katanya lagi.

Begitu kongsi Shuib menerusi Livenya. Walaupun payah namun dia bersyukur tiga anaknya, Uwais, Talita dan Mateen akhirnya mula reda dan menerima pemergian ibu mereka. Malah kata Shuib dia bersyukur kerana Allah mengurniakan anak-anak yang baik untuknya.
Shuib yang sempat menunaikan solat Asar berjemaah bersama anak-anak memberitahu, dia memanjatkan doa agar Allah membimbing hatinya dan anak-anak untuk menjadi seperti arwah yang tidak kedekut, selalu bersedekah dan sering berbuat baik dengan semua orang.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Pada jam 5.13 pagi semalam, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19.
Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari semalam.
Menarik: https://www.majalahpama.my/duit-simpanan-cukup-cukup-je-masa-tu-menangis-bila-pandang-muka-anak-wawa-zainal-berubah-demi-anak/

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @shuibsepahtu & Berita Harian Online & @era.je
The post “Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-bukan-milik-kita-bukan-milik-daddy-walau-dalam-tangis-tiga-anak-shuib-reda-pemergian-ibu-tersayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tidak Akan Balik Rumah Ibu Bukan Milik Kita Kata Shuib Kepada Anak Anak

Ibu Tidak Akan Balik Rumah Ibu Bukan Milik Kita Kata Shuib Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 580 hits
Shuib dengan pakaian pelindung diri selepas selesai mengebumikan jenazah isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu Gombak hari ini BIARPUN terlalu berat untuk memberitahu anak anaknya mengenai...
Hiburan Saya Reda Cabaran Saya Nak Beritahu Anak Anak Ibu Mereka Dah Tiada Shuib Sepahtu

Hiburan Saya Reda Cabaran Saya Nak Beritahu Anak Anak Ibu Mereka Dah Tiada Shuib Sepahtu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 366 hits
Suami kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa dia reda dengan pemergian isteri kesayangan pagi tadi dan menerimanya sebagai takdir dan ketentuan daripada Ilahi ARTIKEL BERKAITAN hAdvertisementUjar Shuib kin...
Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 324 hits
Setelah sehari pemergian Siti Sarah Raissuddin Shuib Sepahtu terus mengingati arwah isterinya itu dengan memuat naik pelbagai video ingatan di laman media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah lelaki itu turut berkongsi momen dia memb...
Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

Ibu Datang Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam Anak Ke 3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 513 hits
Ibu datang balik rumah bawa Ayash Itu antara cerita dari mulut anak ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang berusia enam tahun Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu hal itu dikongsikan saat dia sedang memand...
Shuib Lega Syukur Anak Anak Faham Ibu Mereka Sudah Tiada

Shuib Lega Syukur Anak Anak Faham Ibu Mereka Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 221 hits
Shuib syukur anak anak faham ibu mereka sudah tiada Kuala Lumpur Selain pemergian isteri tercinta Siti Sarah Raissuddin hari ini ujian yang turut dihadapi Shuib 38 ialah bagaimana hendak menjelaskan kepada tiga anaknya bahawa ibu mereka sud...
Video Ibu Dah Dekat Syurga Shuib Sebak Beritahu Anak Anak

Video Ibu Dah Dekat Syurga Shuib Sebak Beritahu Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 509 hits
Ramai yang terkejut apabila akaun Instagram Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin mempunyai hantaran terbaharu pada malam Selasa
Hiburan Sarah Nak Sangat Nama Ayash Affan Shuib Reda Minta Semua Doakan Isteri Dan Anak

Hiburan Sarah Nak Sangat Nama Ayash Affan Shuib Reda Minta Semua Doakan Isteri Dan Anak

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 316 hits
Sedih rasanya apabila mendengar bahawa penyanyi Siti Sarah ditidurkan kini selepas oksigen dalam badan berkurangan dek COVID 19 selain menjalani pembedahan untuk mengeluarkan anak ke 4 miliknya dan suami Shuib Sepahtu ARTIKEL BERKAITAN Adve...
Selagi Hidup Daddy Akan Pastikan Anak Anak Semua Jadi Anak Yang Hebat Soleh Dan Solehah Shuib

Selagi Hidup Daddy Akan Pastikan Anak Anak Semua Jadi Anak Yang Hebat Soleh Dan Solehah Shuib

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 423 hits
Pelawak dan usahawan terkenal Shuib menitipkan semangat serta memujuk ketiga tiga anak kecilnya yang baru sahaja kehilangan ibu mereka penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin pagi tadi Pelawak dan usahawan terkenal Shuib menitipkan semangat...
Siti Sarah Shuib Dan Tiga Anak Positif Covid 19

Siti Sarah Shuib Dan Tiga Anak Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 292 hits
Pasangan selebriti popular Siti Sarah dan suaminya Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata disahkan positif COVID 19 semalam Berita duka itu dimaklumkan penyanyi lagu Semakin itu menerusi laman Instagram tengah hari ini Siti Sarah dan keluarga...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023