Sewa Atau Beli Rumah Mana Satu Dulu


Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu? | Bagi yang baru habis belajar dan baru dapat kerja, mesti tak sabar-sabar nak beli rumah sendiri. Sama juga bagi pasangan yang baru berkahwin, mesti nak duduk rumah sendiri.

Tapi keputusan kita nak beli rumah seawal dapat kerja pertama itu, betul atau tidak?


Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu?Masa saya habis belajar dan dapat kerja pertama, saya tak fikir lagi nak beli rumah. Nak beli kereta pun tak pernah terfikir langsung sebab ada motor untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Bila saya berkahwin, kami duduk rumah sewa. Pada waktu itu, saya dah tak bekerja. Suami saja yang bekerja. Gigih ya dia cari rumah baru untuk dijadikan rumah pertama kami, nak bagi saya hidup selesa dan nak besarkan anak-anak dalam rumah itu.

Sebelum rumah baru siap, kami sempat sewa dua buah rumah. Rumah sewa pertama kami adalah sebuah rumah teres 2 tingkat berharga RM1000 sebulan. Tapi jauh di Cheras. Kalau nak keluar rumah pun, kena naik kereta untuk beli barang. Tak ada kemudahan yang dekat.

Selepas setahun, kami pindah rumah sewa yang kedua di Shah Alam. Di situ, kami menyewa dengan harga RM800 sebulan. Rumah atas kedai. Kemudahan memang tiptop. Turun tangga saja dah ada macam-macam kedai.

Setahun selepas itu, rumah baru kami pun siap. Selepas renovate sedikit sebanyak rumah baru, kami pun pindah masuk. Bayaran bulanan untuk rumah baru kami 2 kali ganda nilai sewa kami sebelumnya.

Belum lagi ditambah dengan bil-bil utiliti, cukai tanah, bil maintenance bulanan dan sebagainya. Banyak sungguh perbezaan menyewa rumah dengan membeli rumah sendiri. Tapi kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Perbezaan Menyewa Dan Membeli Rumah Dari Segi KosPerbezaan yang paling ketara antara menyewa dan membeli rumah sendiri adalah kos. Mengikut pengalaman dan apa yang saya baca di website kewangan serta hartanah, perbezaaan kos antara menyewa dan membeli rumah adalah seperti berikut.



Kos untuk menyewa:
1. Wang Deposit
Kebanyakan tuan rumah atau ejen akan meminta deposit sebanyak 2.5 bulan. Contohnya jika rumah sewa tersebut berharga RM800, kita kena bayar deposit sebanyak RM2000 (RM800 + RM800 + RM400).

2. Sewa Bulanan
Nilai sewa yang kita perlu bayar setiap bulan. Tapi, masalah mungkin akan jadi bila tuan rumah nak naikkan harga sewa. Kita akan terpaksa bayar nilai sewa yang lebih tinggi atau terpaksa cari rumah sewa yang lain.


Kos untuk membeli:
1. Wang Pendahuluan
Bayaran pendahuluan ataupun dikenali sebagai down payment sebanyak 10% daripada harga asal.

2. Kos Penutupan
Kos penutupan adalah termasuk bayaran guaman, duti setem dan bayaran penilai pada kadar 4%.

3. Kos Insurans
Kita juga perlu membayar kos insurans sebanyak 3%.

4. Ansuran Bulanan
Bayaran ansuran bulanan ini nilainya bergantung kepada berapa tahun kita pilih untuk tempoh pinjaman. Kita kena tahu bayaran ansuran ini juga boleh berubah bergantung kepada overnight policy rate (OPR).

5. Kos Penyelenggaraan
Kita juga bertanggungjawab untuk membayar bil-bil penyelenggaran. Kos ini ditentukan berdasarkan keluasan hartanah yang kita beli.

Bila kita tengok balik senarai kos yang terlibat sama ada untuk menyewa atau membeli rumah sendiri, korang rasa mana yang korang nak pilih? Kalau rasa macam tak pasti, korang boleh cuba guna kalkulator sewa vs beli ini untuk check, mana satu option yang lebih sesuai untuk korang.


Jadi, Sewa Atau Beli Rumah?Nak sewa atau beli rumah ini sebenarnya bergantung kepada korang sendiri juga. Tak ada jawapan yang betul atau salah. Ada yang sewa lebih bagus dan ada juga yang beli lebih baik.

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan sewa rumah lebih baik daripada beli rumah, dan sebaliknya.

Untuk jangkamasa pendek, mungkin menyewa adalah lebih baik. Kita tak terikat dengan komitmen dan lebih fleksibel. Jika kita tak suka dengan rumah yang kita sewa sekarang, habis tempoh kontrak sewa, kita boleh cari rumah lain dan pindah.

Bagi jangkamasa panjang, tentu sekali beli ruamh sendiri pilihan yang paling bagus. Sebabnya harga rumah semakin lama semakin tinggi. Kalau kita beli lewat, dah tak dapat nak beli rumah dengan harga yang berpatutan.

Menyewa dan membeli rumah boleh jadi satu keputusan yang sangat susah untuk dibuat sama ada bagi yang baru dapat kerja mahupun yang baru nak memulakan keluarga. Banyak yang kita kena fikirkan untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari.

Bagi saya, selepas habis belajar dan baru dapat kerja, teruskan saja dengan menyewa. Dan apabila dah mula berfikir ke arah untuk berkeluarga, dah memang patut kita mulakan langkah untuk membeli rumah.

Korang pula rasa macam mana?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2021/06/sewa-atau-beli-rumah-mana-satu-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Satu Boleh Pakai Kenyataan Takiyuddin Atau Hamzah

Mana Satu Boleh Pakai Kenyataan Takiyuddin Atau Hamzah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 444 hits
Jujur saya akui saya buta IT Tak tahu banyak pasal Internet alam siber alam maya dalam talian dan macam macam lagi hal teknologi Lalu saya kena tanya apa itu sesi Parlimen secara hibrid Hibrid itu apa Saya tanya sebab baru baru ini tanggal ...
Macam Mana Nak Kenal Pasti Tahap Kualiti Sesebuah Jam Tangan Yang Anda Nak Beli Secara Umum

Macam Mana Nak Kenal Pasti Tahap Kualiti Sesebuah Jam Tangan Yang Anda Nak Beli Secara Umum

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 317 hits
Ada terlalu banyak jenis jam tangan di pasaran Dari yang paling murah boleh beli kat pasar malam sehinggalah yang semahal mahalnya jual di butik jam khas untuk orang orang kaya tahap gaban Jam tangan mahal sampai ratusan ribu tak payah nak ...
Dapat Tawaran Untuk Beli Rumah Ppam Laman Seri Harmoni

Dapat Tawaran Untuk Beli Rumah Ppam Laman Seri Harmoni

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 442 hits
Alhamdulillah Plan terbaru K fiezz mr hubby kitaorang dalam proses pembelian rumah di area KL iaitu Laman Seri Harmoni Rumah ni k fiezz dapat offer melalui permohonan di Perumahan Penjawat Awam Malaysia Sebabkan kita ni bukanlah kategori or...
Pen China An Malaysia Adakah Mitos Atau Satu Realiti

Pen China An Malaysia Adakah Mitos Atau Satu Realiti

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 411 hits
SEKALI lagi saya ingin mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan terkini yang berlaku di tanah air kita dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian Ia bukan isu rasis atau perkauman sebagaimana MCA DAP Gerak...
Melayu Bila Ada Duit Sikit Beli Kereta Mewah Bila Nak Beli Rumah

Melayu Bila Ada Duit Sikit Beli Kereta Mewah Bila Nak Beli Rumah

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 312 hits
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ada duit sikit tayang beli kereta mewah Apa keutamaan hidup yang sebenar RATA rata saya tengok orang Melayu suka menayang kemewahan Ada kereta mewah sikit tayang Dapat isteri artis selebriti tayang Dah bers...
Kebakaran Rumah Makan Di Gowa Satu Orang Meninggal Dunia Dan Tiga Luka

Kebakaran Rumah Makan Di Gowa Satu Orang Meninggal Dunia Dan Tiga Luka

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 261 hits
Adapun identitas tiga korban mengalami luka yakni Edy Samsul Baco dan Sofyan yang merupakan karyawan rumah makan tersebut Korban langsung dievakuasi ke RSUD Syekh Yusuf Gowa untuk mendapatkan perawatan
Antara Bodo Buat Bodo Buat Buat Bodo Buat Bodo Bodo Mana Satu Yang Lelaki Suka

Antara Bodo Buat Bodo Buat Buat Bodo Buat Bodo Bodo Mana Satu Yang Lelaki Suka

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 337 hits
Heboh juga isu seorang pakar motivasi sarankan agar kakak kakak yang jodohnya agak sukar untuk buat bodoh bodoh sikit Menurut beliau lelaki suka perempuan yang bodoh bodoh Saya tonton video penuh perbualan beliau dengan penemuramah KK Talib...
Hiburan Cuba Fokus Satu Job Dulu Agar Dapat Menjiwai Watak Nadhir Nasar

Hiburan Cuba Fokus Satu Job Dulu Agar Dapat Menjiwai Watak Nadhir Nasar

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 778 hits
Makin dikenali ramai menerusi lakonan cemerlang dalam drama Projek Anchor SPM pelakon Nadhir Nasar akui mengambil masa yang lama untuk dirinya berjaya mendalami watak tersebut agar dapat menarik perhatian orang ramai AdvertisementBaru baru ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba