Pen China An Malaysia Adakah Mitos Atau Satu Realiti


SEKALI lagi saya ingin mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan terkini yang berlaku di tanah air kita dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.
Ia bukan isu rasis atau perkauman, sebagaimana MCA, DAP, Gerakan, Dong Zhong, Hua Zong dan Dewan Perniagaan Cina boleh bersatu demi masa depan bangsa mereka di bumi bertuah yang bernama Malaysia.

Perkara yang dibincangkan ini bukan isu Barisan Nasional atau bukan isu Pakatan Harapan atau isu Perikatan Nasional. Ia bukan isu DS Najib, Tun Mahathir dan DS Anwar atau isu TS Muhyiddin Yassin tetapi ini adalah isu kesejahteraan dan keselamatan negara dan isu masa depan umat.

Saya sekali-kali tidak mengangkat tajuk ini atas alasan untuk membina tahap kebencian kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina atau menganggapnya sebagai musuh, selagi semuanya mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 63 tahun yang lalu.

1. Tanah Melayu pernah disebut beberapa kali sebagai sebahagian daripada wilayah ke-20 Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938). {Anwar Abdullah – Biografi Dato Onn – 2004 – UKM}.

2. Saya sangat ‘concern’ dengan kesejahteraan dan masa depan negara dengan berlakunya lambakan ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.

3. Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu. Di antara tahun 2016 – 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati sebanyak 76,258 (95.6 peratus) kes tidak mempunyai rekod tarikh keluar. {Sinar Harian 3 Disember 2019}

4. Saban minggu kita mendengar berita warga China ditangkap di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka, Puchong, Ampang dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Kebanyakan mereka terlibat dengan industri perjudian atas talian dan industri pelacuran. Ia adalah satu ‘open-secret’. {Sinar Harian 12 Disember 2019}

5. JPN mendedahkan bahawa dalam tempoh 2011-2015 sahaja sebanyak lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan yang tidak didaftarkan. {Astro Awani – 21 Mac 2016}

6. Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan passport yang telah berlaku kepada warga asing terutamanya dari tanah besar China. {The Star 30 October 2019}

7. Ini tidak termasuk ribuan pekerja warga China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM. Di antara projek-projek mega tersebut adalah Forest City (Johor), Malacca Gateway, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Sepanggar (Sabah), Perlis Inland Port, ECRL, Terowong Pulau Pinang, Pelabuhan Pulau Carey (Selangor), Sarawak Steel Plant dan puluhan projek yang lain. {PenChinaan Malaysia – 2018 – IRIS}.

8. Rakyat China merupakan warga asing yang paling ramai membeli rumah di Malaysia melalui program Malaysia My Second Home {UKM e-journal}. Bahkan inisiatif kerajaan China menggalakkan warganya menetap di Malaysia dengan memberi kemudahan pinjaman peribadi melalui China Bank of China cawangan Malysia. {PenChinaan Malaysia – 2018 – IRIS}.

9. Pemilikan dokumen rasmi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan passport yang pernah didedahkan dahulu merupakan kemuncak kepada kerisauan kerana ia membuktikan wujudnya pengkhianat dan petualang negara yang terdiri daripada orang dalam agensi kerajaan. {Berita Harian 12 November 2019}

10. Rakyat Malaysia juga sangat risau dengan perkembangan di Laut China Selatan dengan pelbagai cubaan kapal pengintip, kapal nelayan dan armada laut China yang menceroboh perairan Malaysia dan telah membina persiapan ketenteraan mereka secara besar-besaran di Laut China Selatan. { Asyraf Farique – Landskap Mei 2020 – IRIS}

11. Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain akibat berhutang kepada negara China. {NY Times 25 June 2018}

12. Rakyat Malaysia juga ‘concern’ dengan siri cubaan dari dalam negara untuk menghidupkan ideologi komunis, contohnya dengan kes menyeludup masuk debu mayat mendiang Chin Peng (Ketua PKM) ke Perak pada September 2019. {Astro Awani 28 November 2019}

13. Ada juga di kalangan rakyat Malaysia termasuk ahli politik yang turut memperjuangkan agenda komunis secara terbuka dengan menghadiri perhimpunan seramai lebih 300 orang bekas anggota komunis Malaya di Kolej New Era Kajang. {Berita Harian 1 Disember 2019}

Saya menyarankan agar para YB Menteri dari PN dan semua Ahli Parlimen dari kalangan orang Melayu dan umat Islam untuk mengkaji isu ini serta memperjuangkannya bersama di Dewan Rakyat.

Ini bukan isu BN atau PH atau isu PN tetapi ini adalah isu keselamatan dan kesejahteraan negara, isu masa depan umat Islam dan Bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara Malaysia yang tercinta. Setiap yang mengaku sebagai rakyat Malaysia mesti membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara yang tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.

Oleh: Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
          Pemerhati Politik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/penchinaan-malaysia-adakah-mitos-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehadiran Pesawat Tentera China Di Malaysia Latihan Rutin Atau Amaran Rutin

Kehadiran Pesawat Tentera China Di Malaysia Latihan Rutin Atau Amaran Rutin

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 374 hits
Program penerokaan minyak Petronas yang baru dilancarkan mungkin menjadi faktor ketegangan terbaru ini Atas Dua pesawat tentera China yang dipintas radar TUDM pada 31 Mei dan imej satelit pulau terumbu Fiery Cross Subi dan Mischief yang dit...
Malaysia Dipilih Untuk Uji Kaji Satu Jenis Vaksin Covid 19 Baru Buatan China

Malaysia Dipilih Untuk Uji Kaji Satu Jenis Vaksin Covid 19 Baru Buatan China

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 376 hits
gemilangdaily comMalaysia telah dipilih sebagai tempat untuk uji kaji vaksin covid 19 buatan China yang lain kali ini buatan Shenzhen Kangtai Biological Products Co Ltd Menurut Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kajian klinikal fasa...
Harapan Malaysia Deserves A Reasonable Explanation From China

Harapan Malaysia Deserves A Reasonable Explanation From China

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 342 hits
Pakatan Harapan has called for bipartisan action over a diplomatic involving China military aircraft which flew into the Kota Kinabalu Flight Information Region but did not respond to traffic controllers In a joint statement the opposition ...
Malaysia Perlu Siap Siaga Kehadiran 16 Pesawat China Luar Biasa

Malaysia Perlu Siap Siaga Kehadiran 16 Pesawat China Luar Biasa

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tiba masa tumpu aspek penguasaan risikan berasas teknologi terkini BANGI Malaysia perlu meningkatkan kadar kesiapsiagaan dan kewaspadaan dalam aspek keselamatan khususnya di Laut China Selatan Ini kerana jumlah 16 bu...
Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 396 hits
Kabinet negara telah bersepakat dengan menyerahkan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang bersama rakan sejawatnya di China berkenaan isu 16 pesawat negara China yang menceroboh ruang udara negara in...
As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 226 hits
Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain Pesawat Ilyushin Il 76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam Gambar TUDM Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan p...
Malaysia China Dijangka Bincang Insiden Pencerobohan Ruang Udara

Malaysia China Dijangka Bincang Insiden Pencerobohan Ruang Udara

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 246 hits
MALAYSIAKINI Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membincangkan insiden pencerobohan tentera udara China dengan rakan sejawatnya dari China Wang Yi di luar Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean China di China pada Isnin Kemente...
Malaysia Akan Panggil Duta China Beri Penjelasan Hishammuddin

Malaysia Akan Panggil Duta China Beri Penjelasan Hishammuddin

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 348 hits
CYBERJAYA Kementeria Luar Negeri melalui Wisma Putra akan memanggil Duta Besar Republik China di Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai pencerobohan 16 pesawat milik Tentera Udara Republik China ke dalam ruang udara Malaysia di atas Zon...
Vaksin Baru China Diuji Kaji Di Malaysia

Vaksin Baru China Diuji Kaji Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 322 hits
MALAYSIAKINI Malaysia telah dipilih sebagai tempat untuk uji kaji vaksin Covid 19 buatan China yang lain kali ini buatan Shenzhen Kangtai Biological Products Co Ltd Menurut Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kajian klinikal fasa tig...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur