Dapat Tawaran Untuk Beli Rumah Ppam Laman Seri Harmoni


Alhamdulillah..Plan terbaru K.fiezz & mr hubby, kitaorang dalam proses pembelian rumah di area KL iaitu Laman Seri Harmoni. Rumah ni k.fiezz dapat offer melalui permohonan di (https://www.ppam.gov.my/) [Perumahan Penjawat Awam Malaysia]. Sebabkan kita ni bukanlah kategori orang ada-ada yang mampu nak beli rumah cash. Haha. Sebagai penjawat awam yang ada keistimewaan untuk pinjaman perumahan, moh lah kita guna loan LPPSA untuk beli rumah. 
Memandangkan faktor umur yang makin meningkat, mr hubby bagi cadangan pada k.fiezz guna loan LPPSA untuk beli rumah. Sebab makin meningkat umur, makin tinggi insurans. Rumah yang sebelum ni di Semenyih, k.fiezz combine loan bank dengan mr hubby. So rumah LSH ni k.fiezz guna loan LPPSA. 
Sebenarnya tak lama lepas mohon rumah ni, mr hubby check  dalam sistem PPAM yang k.fiezz tak berjaya untuk beli rumah ni. Masa tengok jawapan tu, k.fiezz #redha je. Tak berharap pun. Kalau ada rezeki, ada lah. Tak ada, nak buat macamana. Cuma mr hubby frust sikit. Dia memang nak rumah jenis macam kondo ni benornya. 
KALAU DAH REZEKI
Tapi dalam bulan April 2021, tetiba terima e-mail dari PPAM yang beritahu k.fiezz berjaya untuk pembelian rumah LSH  ni. Siap dengan surat tawaran sekali. Eh..confuse pula. Haritu tak dapat. Tup tup ni dapat. Dah ada surat tawaran ni, kira berjaya lah maksudnya ni. Alhamdulillah..Rezeki rezeki. Mr hubby suka lah sebab dia memang aim rumah jenis kondo ni sebab dapat parking satu. Maklumlah rumah sekarang yang kitaorang tinggal, rumah PPR jenis parking terbuka. Siapa cepat dia dapat. hehe. Kena berebut lah ceritanya. Itu yang mr hubby tak berapa suka nak keluar terutama waktu malam sebab bila balik rumah nak mencari parking kosong, jenuh. Berbalik pada cerita rumah LSH ni, dah dapat surat tawaran. Langkah berikutnya k.fiezz kena call agen pemaju rumah untuk set appointment booking unit rumah yang kita nak. PILIH TINGKAT YANG RENDAH
Lepas dah set appointment, bulan puasa haritu k.fiezz, mr hubby & mak abah ke pejabat pemaju. Sebelum sesi pemilihan unit rumah yang kitaorang nak, agen explain serba ringkas berkaitan rumah ni. Dari penjelasan agen tu, kat area yang sama LSH ni akan ada 3 blok. Satu blok bawah PPAM. Satu blok bawah RUMAWIP & satu blok lagi jenis kondominium. Antara 3 blok ni, yang bawah PPAM ni keluasan rumah dia besar berbanding lagi dua tu. K. fiezz punya ni bawah PPAM. Memang murah lah dengan harga RM298,000 & berkeluasan 1000 kaki persegi. Lokasi pula di tengah KL. Bukan senang nak dapat weiiii. 
Blok-blok di LSH ni berasingan fasiliti macam kolam renang, gimnasium, taman mainan & lain-lain. Setiap fasiliti untuk blok-blok ni tak bersambung antara satu sama lain. Privacy untuk setiap penghuni blok sebab tak bercampur.  
Lepas agen dah explain serba sikit berkaitan rumah ni, baru lah agen tunjuk unit rumah yang mana masih kosong. Masa kitaorang pergi tengok ni, banyak rumah dah booked. Tingkat rendah & atas banyak dah fully booked.  View untuk blok rumah PPAM ni ada 2. Satu yang mengadap kehijauan (nampak bukit kat Batu Caves). Satu lagi mengadap blok sebelah & bahagian bawah nampak kolam renang. K.fiezz cakap kat agen, nak tingkat rendah sebab gayat. Cari punya cari mula-mula dapat tingkat belas-belas. Tak berapa nak gemor ikut kan tapi dah itu yang ada. Tapi nasib baik lah agen yang layan kitaorang ni tahu ada 1 unit tingkat 8 kosong sebab buyer tak jadi beli. Nak tingkat rendah punya pasal k.fiezz dapat yang mengadap blok sebelah & nampak kolam renang kat bawah. Orang lain nak ngadap bukit-bukit. Terpulanglah kan. Mungkin orang pilih yang view nampak hijau ni sebab bila buka pintu, sejuk mata memandang. Tapi k.fiezz tetap pilih tingkat rendah.  K.fiezz memang tak mau tingkat tinggi-tinggi sebab nak sidai kain, gayat lah weiii tengok bawah dah macam semut. Nasib baik  k.fiezz & mr hubby dapat booked tingkat 8. Parking untuk unit kitaorang kat tingkat 5. Naik lif, 3 tingkat je lah. hehe


Rumah ni berharga RM298,000.00 (1000 kaki persegi). Dijangka siap 2024
Ni lah bakal rumah kitaorang. Apapun yang penting harap loan LPPSA lulus 100%.



SIGN AGREEMENT S&PLangkah berikutnya sesi signing S&P rumah di syarikat peguam. Banyak kali staff law firm ni call suruh datang untuk sign benornya. Tapi k.fiezz & mr hubby terpaksa lengahkan sebab nak setelkan dulu 2 loan dalam payslip k.fiezz. Ada lagi loan lain dalam payslip tapi yang 2 ni tak banyak sangat nilai, boleh lah usaha untuk settle kan loan.  Kalau tak setelkan, takut loan LPPSA tak lepas sebab tak mencapai kiraan diaorang untuk luluskan.  
Lepas dah bayar 2 loan dalam payslip k.fiezz, baru lah berani kitaorang ke law firm ni untuk sesi sign agreement S&P. 
Note - Kalau dah sign S&P ni dan loan LPPSA tak lulus atau lulus tak 100%. Maksudnya kena tambah RM dan kitaorang tak boleh nak top up guna duit sendiri, jadi kena lah tolak rumah ni. So kena bayar balik pada law firm RM600. 

Ni lah syarikat guaman kitaorang. Kos percuma sebab k.fiezz guna loan kerajaan iaitu LPPSA tapi kalau terjadi situasi macam kat atas ni, kitaorang kena bayar semula RM600. 


Surat permohonan untuk pembiayaan perumahan sektor awam.  Baru hantar pada runner semalam. Harap-harap lepas lah 100% & tak perlu nak tambah RM. huhu. 
Seriau juga ni takut kena tambah RM. Sebab nak selesaikan 2 loan yang dalam payslip k.fiezz tu pun, jenuh mengorek & terpaksa pinjam dengan mama (mak mertua) sikit. huhu. Sebenarnya k.fiezz & mr hubby dalam proses untuk jual rumah kitaorang di Semenyih tu tapi loan pembeli masih pending di Bank. Haritu k.fiezz follow up dengan agen kitaorang, ada satu bank dah tolak. Satu lagi bank macam problem dengornya. halahhhh..Memang dah aim dapat duit hasil jualan rumah Semenyih ni lah nak bayar duit mama nanti. Harap-harap proses penjualan rumah kitaorang di Semenyih tu berjalan lancar & dipermudahkan. Aamiin.

Dan harap juga loan LPPSA k.fiezz ni lepas 100%. Aamiin. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/05/dapat-tawaran-untuk-beli-rumah-ppam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Tipu Beli Rumah Undercon Dengan Pemaju Ini Cara Tuntut Duit Pampasan

Kena Tipu Beli Rumah Undercon Dengan Pemaju Ini Cara Tuntut Duit Pampasan

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 386 hits
Ini masalah yang biasa berlaku kat pembeli rumah pertama Sebab tu boleh tahan ramai yang kena game dengan pemaju akibat tak teliti dulu hak masing masing sebelum membeli Kalau baca dan fahamkan isi dalam SPA mungkin semua ni takkan berlaku ...
6 Laman E Grocer Beli Bahan Mentah Atas Talian Tak Perlu Bersesak Panic Buying

6 Laman E Grocer Beli Bahan Mentah Atas Talian Tak Perlu Bersesak Panic Buying

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 422 hits
Sejak beli groceries secara online je Tak perlu bersesak sesak di mall Sejak pengumuman Total Lockdown pasti ramai antara kita yang Panic Buying dan risau kalau bahan mentah atau barang masak sold out atau susah nak dapatkan sewaktu lockdow...
Hiburan Janganlah Jersi Warna Pink Netizen Sokong Datuk Seri Vida Beli Pasukan Bola Sepak Perak Fc

Hiburan Janganlah Jersi Warna Pink Netizen Sokong Datuk Seri Vida Beli Pasukan Bola Sepak Perak Fc

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 457 hits
Kini berdepan masalah kewangan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida khabarnya telah dirisik oleh pasukan bola sepak Perak FC untuk menjadi pemilik kelab Liga Super itu Perkara tersebut turut dikongsikan DSV menerusi sebuah hantaran di...
Hilangnya Seri Dalam Rumah Tangga Bila Tak Lagi Bergurau Senda Sibuk Dengan Hal Sendiri Rugi

Hilangnya Seri Dalam Rumah Tangga Bila Tak Lagi Bergurau Senda Sibuk Dengan Hal Sendiri Rugi

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 394 hits
Adat kalau berumahtangga pastinya ada pasang dan surut Lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri Bergaduh kecil kecil itu biasa cepat cepatlah minta maaf pada pasangan jangan sampai rasa itu hilang Bila rasa sudah hilang hilanglah ser...
Alasan Sophia Latjuba Nggak Pernah Beli Atau Miliki Rumah Harga Rumah Di Jakarta Terlalu Mahal

Alasan Sophia Latjuba Nggak Pernah Beli Atau Miliki Rumah Harga Rumah Di Jakarta Terlalu Mahal

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 279 hits
Menurutnya harga rumah di Jakarta itu bahkan sudah setara dengan harga di kawasan elit Amerika Serikat Beverly Hills
Melayu Bila Ada Duit Sikit Beli Kereta Mewah Bila Nak Beli Rumah

Melayu Bila Ada Duit Sikit Beli Kereta Mewah Bila Nak Beli Rumah

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 313 hits
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ada duit sikit tayang beli kereta mewah Apa keutamaan hidup yang sebenar RATA rata saya tengok orang Melayu suka menayang kemewahan Ada kereta mewah sikit tayang Dapat isteri artis selebriti tayang Dah bers...
Maling Ditangkap Setelah Tiga Kali Beraksi Di Rumah Yang Sama

Maling Ditangkap Setelah Tiga Kali Beraksi Di Rumah Yang Sama

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 307 hits
Merasa aksinya selama ini aman aman saja BI kembali beraksi mencuri di rumah yang sama pada Rabu sekitar pukul 04 30 Wita
Potret Rumah Baru Mewah Handika Pratama Dan Rosdiana Luas Banget Ada Kolam Renang

Potret Rumah Baru Mewah Handika Pratama Dan Rosdiana Luas Banget Ada Kolam Renang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 323 hits
Pasangan artis Handika Pratama dan Rosdiana baru saja pindah ke rumah baru Rumahnya mewah dan sangat luas Terdapat fasilitas kolam renang di halaman belakangnya Dari video di saluran YouTube Aiman Ricky intip beberapa potret hunian pasangan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih