Mana Satu Boleh Pakai Kenyataan Takiyuddin Atau Hamzah


Jujur saya akui, saya buta IT. Tak tahu banyak pasal Internet, alam siber, alam maya, dalam talian dan macam-macam lagi hal teknologi

Lalu saya kena tanya apa itu “sesi Parlimen secara hibrid”. “Hibrid” itu apa? Saya tanya sebab baru-baru ini tanggal 4 Jun 2021, Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang, dilapor berkata kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pelaksanaan Parlimen secara hibrid melibatkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Kata Takiyuddin, ia merangkumi aspek prasarana, teknikal, undang-undang, peraturan, dan kewangan. Menurut beliau, ketetapan itu diambil hasil mesyuarat yang disertai beliau dengan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta timbalan masing-masing

Mesyuarat itu, menurut beliau, pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid yang berasaskan penyertaan Ahli Parlimen “secara fizikal dan juga secara maya”

Tetapi bukankah itu yang dilakukan Umno ketika mengadakan perhimpunan agungnya tidak lama dahulu? Ada perwakilan hadir secara fizikal di Pusat Dagangan Antarabangsa Kuala Lumpur dan ada yang berhimpun di beberapa lokasi yang disediakan untuk mengambil bahagian secara maya

Maknanya, kalau cakap mengenai prasarana, ia sudah ada untuk membolehkan penyertaan secara fizikal dan maya sekaligus

Apatah lagi jika bersidang secara maya atau dalam talian semata-mata. Tanpa penyertaan fizikal. Banyak syarikat, pertubuhan, dan individu sudah dan masih menggunakan kaedah ini untuk bersidang, berseminar, berbincang, belajar, dan mengajar dari premis masing-masing tanpa perlu bertemu secara fizikal

PKR juga sepatutnya mengadakan kongresnya secara maya sepenuhnya beberapa hari lalu tetapi dihalang Majlis Keselamatan Negara pada saat-saat akhir sehingga menimbulkan sindiran kluster Covid-19 boleh wujud di mesyuarat dalam talian jika Covid-19 penyebab halangan itu. Ini kita cerita di lain hari

Mesyuarat Takiyuddin bersama Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersama timbalan mereka pun dijalankan secara maya. Ini kata Takiyuddin sendiri

Oleh itu apa yang “baharunya” konsep hibrid ini? Apa bezanya dengan apa yang dilakukan pada Perhimpunan Agung Umno lalu? Tercari-cari saya akan jawapannya. Puas saya meneliti laporan media mengenai kenyataan Takiyuddin. Namun beliau tidak memberi penjelasan lanjut. Tidak dihuraikan apa itu persidangan Parlimen secara hibrid

Jika itu memeningkan, turut memeningkan ialah pada hari yang sama Takiyuddin membuat kenyataannya itu (4 Jun) rakannya dalam Jemaah Menteri Muhyiddin Yassin iaitu Hamzah Zainudin dilapor berkata Parlimen akan hanya bersidang semula selepas negara berjaya mencapai imuniti kelompok terhadap Covid-19

Sambil menempelak golongan yang mahu Parlimen bersidang semula secepat mungkin, Hamzah berkata jika Parlimen diadakan sebelum imuniti kelompok dicapai, ia akan hanya mencetuskan lebih banyak kluster jangkitan

Tahun lalu pula Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, dilapor berkata persidangan Parlimen tidak boleh diadakan secara maya kerana proklamasi Yang di-Pertuan Agong memperuntukkan ia perlu berlangsung di bangunan Parlimen

Katanya, skema undang-undang dalam Perlembagaan berkaitan Dewan Rakyat juga menjurus kepada persidangan secara fizikal. Rujuk laporan media bertarikh 23 Okt 2020 untuk mengetahui apa yang diperkatakan Azhar sepenuhya

Mungkinkah ini yang menyaksikan cadangan sidang cara hibrid timbul dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk perundangan? Mungkin

Kita tahu ramai yang mahu Parlimen bersidang semula. Malah Agong pun berpendapat Parlimen boleh bersidang walaupun pada waktu darurat ini. Tidak disebut sidang cara fizikal atau maya. Cuma terpulanglah kepada Perdana Menteri mencadangkan tarikh yang difikir sesuai untuk diperkenan Agong

Jika Takiyuddin ada memberi sedikit harapan persidangan Parlimen boleh diadakan (secara hibrid, walaupun saya tak tahu apa makna hibrid), Hamzah tidak memberi apa-apa ruang. Tutup rapat sebarang kemungkinan

Jadi mana satu yang boleh menjadi pegangan kita si rakyat biasa? Kenyataan Takiyuddin atau Hamzah?
Kalau mengikut Takiyuddin, dengan sidang cara hibridnya, “kajian lebih terperinci akan dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri”. Tidak dijelaskan berapa dekat waktu terdekat yang beliau dimaksudkan itu

Namun bagi bekas perdana menteri Najib Razak ini 
“satu wayang yang tak bermakna bagi mengurangkan tekanan ke atas kerajaan Perikatan Nasional untuk sambung Parlimen setelah Darurat terbukti gagal segagalnya melawan Covid-19.”
Pandangan yang keras. Lantas beliau pun mencongak dan dihuraikan menerusi hantaran di Facebook sehari setelah Takiyuddin muncul dengan kenyataan hibridnya

Begini perkiraan Najib: 
“Katakanlah kerajaan perlu masa 14 hari untuk kaji laksana sidang Parlimen secara ‘hybrid’

“Katakanlah selepas kaji 14 hari kerajaan bersetuju untuk bersambung Parlimen secara hibrid

“Namun PM masih perlu beri notis sekurang kurangnya 28 hari sebelum sidang Parlimen boleh dilaksanakan

“Agong perkenan Darurat hingga 1 Ogos. Hari ini 5 Jun (hari Najib membuat catatan Facebooknya itu) bermakna tinggal 57 hari lagi sehingga Darurat berakhir. Jadi 57 hari tolak 14 hari untuk kaji. Tolak lagi 28 hari untuk tempoh minimum notis PM

“Maka cuma tinggal 15 hari sebelum Darurat berakhir untuk Parlimen bersidang semula. Tak signifikan ke mana pun kecuali mereka berniat untuk sambung lagi darurat dengan alasan Covid masih belum terkawal.”
Kini tiga hari sudah berlalu sejak Najib membuat kira-kiranya itu. Belum ada perkembangan pelan sidang Parlimen cara hibrid

Saya tidak dapat elak daripada merenung “kemungkinan” yang Najib katakan itu

Jika kesimpulan beliau salah, Alhamdulillah. Tetapi bagaimana jika “ramalan” beliau itu tepat

Nauzubillah min zalik

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/06/mana-satu-boleh-pakai-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sewa Atau Beli Rumah Mana Satu Dulu

Sewa Atau Beli Rumah Mana Satu Dulu

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 427 hits
Sewa Atau Beli Rumah Mana Satu Dulu Bagi yang baru habis belajar dan baru dapat kerja mesti tak sabar sabar nak beli rumah sendiri Sama juga bagi pasangan yang baru berkahwin mesti nak duduk rumah sendiri Tapi keputusan kita nak beli rumah ...
Eina Semalam Register Pakai Website Mana Ya Eina Azman Padam Foto Selepas Netizen Persoal Kelebihan Dapat Cucuk Vaksin

Eina Semalam Register Pakai Website Mana Ya Eina Azman Padam Foto Selepas Netizen Persoal Kelebihan Dapat Cucuk Vaksin

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 600 hits
LAMAN sosial kecoh apabila netizen mempersoalkan bagaimana pelakon Datin Paduka Eina Azman menerima sunt1kan vksin di sebuah hospital di Ipoh Perak bersama suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah Rata rata netizen mendakwa selebriti i...
Pakai Tudung Cantik Cantik Nak Pergi Mana Tu

Pakai Tudung Cantik Cantik Nak Pergi Mana Tu

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 822 hits
PAKAI TUDUNG CANTIK CANTIK NAK PERGI MANA TU Assalammualaikum wbt Menutup aurat Melindungi aurat Menjaga aurat Apa sahajalah yang sesuai Bab aurat ni memang telah ada hukumya dan telah diwajibkan Lelaki dan perempuan ada batas aurat masing ...
Pen China An Malaysia Adakah Mitos Atau Satu Realiti

Pen China An Malaysia Adakah Mitos Atau Satu Realiti

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 411 hits
SEKALI lagi saya ingin mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan terkini yang berlaku di tanah air kita dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian Ia bukan isu rasis atau perkauman sebagaimana MCA DAP Gerak...
8 Aplikasi Edit Suara Yang Bisa Kamu Pakai Untuk Bikin Konten Video Atau Podcast

8 Aplikasi Edit Suara Yang Bisa Kamu Pakai Untuk Bikin Konten Video Atau Podcast

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 244 hits
Bikin kualitas audio videomu lebih baik dengan rekomendasi aplikasi dari Hipwee ini Ada yang berbayar ada juga yang gratis lo
Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 265 hits
NORMAN RADZUANSaya sgt simpati melihat live Iswardy Morni duduk di lantai dan diakhiri live tersebut dia ada menjual t shirt utk mencari dana membeli kembali HP komputer meja dan kerusi Kita tidak perlu menyalahkan pegawai PDRM kerana ia ad...
Hanya Satu Dari 22 500 Boleh Dijangkiti Covid 19 Jika Ambil Vaksin

Hanya Satu Dari 22 500 Boleh Dijangkiti Covid 19 Jika Ambil Vaksin

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 334 hits
Oleh Adlinahani Binti Khalil SEJUMLAH vaksin Covid 19 yang digunakan di pusat pemberian vaksin di London United Kingdom baru baru ini AFP LONDON Individu yang menerima dua dos suntikan vaksin Covid 19 boleh mengurangkan risiko dijangkiti vi...
Minyak Masak Naik Mana Kpdnhep Wujud Atau Tidak Kementerian Ini

Minyak Masak Naik Mana Kpdnhep Wujud Atau Tidak Kementerian Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh Yuneswaran Ramaraj ULASAN Saya pernah bertugas sebagai Penyelaras kepenggunaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tuga hakiki adalah untuk memberi laporan pemantaun harga barang kepada KPDNHEP Memang b...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Masjid 99 Kubah Asmaul Husna Makassar Sulawesi

Christmas From The Manger To The Margins