Setuju Tidak Lagi Salahkan Bn Tapi Tidak Boleh Halang Pimpinan Beri Pandangan Kata Anwar


Mohamad Fadli
-November 12, 2018 12:29 PM

Anwar berkata, beliau menyokong saranan Daim kerana percaya rakyat ingin tahu apakah perancangan PH untuk masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan Tun Daim Zainuddin yang meminta pemimpin Pakatan Harapan (PH) berhenti menyalahkan kerajaan lalu, tetapi berkata, mereka juga tidak boleh dihalang daripada mengeluarkan pandangan

Beliau berkata, terdapat pandangan yang mempunyai asas dan bukti kukuh berhubung kesalahan kerajaan terdahulu sehingga menyebabkan hutang negara meningkat

“Saya berpandangan berdasarkan keputusan dasar kenyataan (Daim) itu betul, tetapi terdapat kes yang kuat yang membuktikan kesalahan kerajaan (Barisan Nasional) yang lalu

“Saya memahami ada pemimpin dan menteri yang memikirkan masalah dan perkara yang ditimbulkan masa lalu,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen

Minggu lalu, Daim berkata, kerajaan perlu menumpukan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka semasa pilihan raya umum ke-14 dan melupakan perkara yang berlaku pada masa lalu

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) itu berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah, dan kerajaan baru perlu berhenti menuding jari dan menyalahkan kerajaan terdahulu yang mentadbir negara ini selama 61 tahun

Anwar berkata, beliau menyokong saranan Daim kerana percaya rakyat ingin tahu apakah perancangan PH untuk masa akan datang

“Apakah rancangan untuk masa sekarang dan masa depan. Tetapi itu sepatutnya tidak menghalang kita daripada menyatakan pandangan kita atau keluar dengan bukti baru mengenai pemerintah sebelum ini,” katanya

Berkait isu yang sama, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan PH tidak akan maju ke hadapan sekiranya terus menyalahkan kerajaan BN, sekali gus mengalu-alukan kenyataan Daim berhubung perkara itu

“Ini menunjukkan Tun Daim prihatin mengenai prestasi semasa kerajaan PH,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini

Menyifatkan kenyataan Daim sebagai adil, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, walau apapun yang berlaku, akhirnya kerajaan mesti menjalankan tugas mereka

Sementara itu, berhubung pemilihan kepimpinan PKR baru tamat semalam, Anwar menyarankan semua pihak supaya menunggu Jawatankuasa Pusat Pemilihan (JPP) PKR 2018 mengumumkan keputusan rasminya

“Dia ada hak kerana dia tahu bahawa yang akan umum adalah JPP dan kita patut hormat proses itu,” katanya, mengulas pengumuman Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa menang jawatan timbalan presiden PKR mengalahkan pencabar tunggal beliau, Rafizi Ramli

Anwar juga menyarankan masalah pemilihan PKR di bahagian Julau Sarawak diputuskan oleh JPP

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau tiada hak untuk membuat keputusan tentang perkara tersebut

“Serahkan kepada JPP. Masalahnya media nak minta saya putus, tak boleh

“Ada yang minta saya beri pendirian. Tak boleh. Itu penting. Saya hanya menuntut pemilihan yang bersih, jangan ada pertelagahan. Apa-apa pun keputusan, kita terima dengan baik dan kita bersatu semula,” katanya

Azmin menerusi hantaran di Twitternya semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PKR

“Alhamdulillah dan syukur. Terima kasih kepada semua ahli PKR yang bersama membingkai muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen,” katanya

Mengikut keputusan tidak rasmi, Azmin menewaskan Rafizi dengan majoriti 3,956 undi. Beliau secara keseluruhan mendapat 70,550 undi, sementara Rafizi memperoleh 66,594 undi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/setuju-tidak-lagi-salahkan-bn-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Boikot Polis Evo 2 Tapi Ada Syarat Kata Amanah

Boleh Boikot Polis Evo 2 Tapi Ada Syarat Kata Amanah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 366 hits
Seorang pemimpin parti Amanah berpendapat tidak salah untuk sesetengah pihak memboikot filem Polis Evo 2 yang belum ditayangkan itu Bagaimanapun kata Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Zolkharnain Abidin sebelum langkah memboikot Polis Evo 2...
Ekonomi Merosot Ph Tak Perlu Salahkan Saya Bn Lagi Kata Najib

Ekonomi Merosot Ph Tak Perlu Salahkan Saya Bn Lagi Kata Najib

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 374 hits
October 30 2018 11 02 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pendekatan Pakatan Harapan yang sering menyalahkannya dan kerajaan Barisan Nasional tidak boleh digunakan lagi selepas 200 hari memerintah Beliau ber...
Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 305 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam proses pemilihan parti Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata demikian walaupun terdapat banyak permintaan d...
Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 406 hits
17 November 2018 Sinar Harian Anwar Ibrahim SHAH ALAM Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama ya...
Rafizi Antara Nama Calon Untuk Prk Rantau Kata Anwar

Rafizi Antara Nama Calon Untuk Prk Rantau Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 387 hits
Mohamad Fadli SHAH ALAM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rafizi Ramli adalah antara calon yang dicadangkan oleh PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Rantau di Negeri Sembilan Bakal presiden baru PKR itu berkat...
Innallilah Zaibo Telah Meniinggal Dunia Ini Kata Kata Isteri Arwah Yang Ringkas Tapi Sedih

Innallilah Zaibo Telah Meniinggal Dunia Ini Kata Kata Isteri Arwah Yang Ringkas Tapi Sedih

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 602 hits
Innallilah Zaibo Telah Meniinggal Dunia Ini Kata Kata Isteri Arwah Yang Ringkas Tapi SedihInnallilah Zaibo Telah Meniinggal Dunia Ini Kata Kata Isteri Arwah Yang Ringkas Tapi Sedih
Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 400 hits
Rakyat jangan takut suarakan pandangan mengenai ICERD kata Muhyiddin Dikemas kini 16 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Sesiapa Boleh Sertai Bersatu Kecuali Najib Zahid Azeez Dan Nazri Tak Boleh Dan Tak Payah Kata Mukhriz

Sesiapa Boleh Sertai Bersatu Kecuali Najib Zahid Azeez Dan Nazri Tak Boleh Dan Tak Payah Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 336 hits
Ahli Parlimen UMNO dari Parlimen Pekan Bagan Datuk Baling dan Padang Rengas adalah antara yang tidak akan dipertimbangkan sama sekali untuk dibenarkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia jika pihak berkenaan mempunyai hasrat untuk meny...
Lantik Anwar Sebagai Tpm Jangan Halang Ahli Umno Sertai Ph

Lantik Anwar Sebagai Tpm Jangan Halang Ahli Umno Sertai Ph

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 327 hits
Empat pimpinan yang menjadi ketua parti komponen Pakatan Harapan akan bertemu Sabtu ini Perbincangan ini adalah berikutan kejayaan PPBM dalam memikat Ahli Parlimen Umno untuk menyertai parti itu Ini telah menimbulkan kebimbangan dan kepriha...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti