Sesiapa Boleh Sertai Bersatu Kecuali Najib Zahid Azeez Dan Nazri Tak Boleh Dan Tak Payah Kata Mukhriz



Ahli Parlimen UMNO dari Parlimen Pekan, Bagan Datuk, Baling dan Padang Rengas adalah antara yang tidak akan dipertimbangkan sama sekali untuk dibenarkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika pihak berkenaan mempunyai hasrat untuk menyertai parti itu.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, BERSATU kini sudah pun mempunyai 14 wakil dalam parlimen dan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pun menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti itu namun perlu memenuhi beberapa syarat tertentu.


Loading... “Kita tidaklah terlalu terbuka sehingga individu seperti Ahli Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Razak), Bagan Datuk (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim) dan Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) nak masuk..itu tak bolehlah dan tak payahlah…kerana mereka ini dalam senarai yang tidak akan kami pertimbangkan (untuk sertai BERSATU).

“Jadi, bagi yang lain-lain (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) jika berminat untuk menyertai kita adalah amat dialu-alukan dengan syarat mereka harus meninggalkan amalan yang tidak baik dan sihat ketika berada dalam UMNO dan mendukung budaya politik baru mengikut Pakatan Harapan (PH) terutama BERSATU,” katanya.
Memetik portal Berita Harian, Mukhriz berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Jersi kepada Pasukan Bola Sepak Wanita Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Menurut beliau lagi bagi memastikan BERSATU terus berintegriti dan relevan dalam kalangan masyarakat, parti itu sendiri sering mengadakan saringan terlebih dahulu bagi memastikan individu yang menyertai parti itu bebas daripada sebarang amalan tidak baik yang dibawa daripada parti lama mereka.
“Kita masih kekalkan keterbukaan untuk menerima ahli baru termasuk ahli parlimen dan juga ADUN namun ia masih bersyarat kerana kita juga pun akan meneliti terlebih dahulu individu yang bakal menyertai parti ini menerusi saringan yang dilakukan.

“Seperti juga bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed di mana kita melihatnya seorang teknokrat yang terkenal, berwibawa dan professional di mana saya sendiri pernah berkhidmat sebagai timbalannya (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)…saya tahu cara kerjanya dan tanpa berfikir panjang, kami menerima permohonannya untuk menerimanya sebagai ahli BERSATU sama seperti ahli yang lain,” katanya.

Dua hari lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin berkata, terdapat 40 Ahli Parlimen UMNO kini sedang membuat pertimbangan dengan teliti untuk menyertai BERSATU.

Perkembangan berkenaan berlaku selepas penarikan diri Datuk Seri Mustapa yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN Bebas sebelum menyertai BERSATU.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/10/sesiapa-boleh-sertai-bersatu-kecuali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Zahid Azeez Dan Nazri Haram Sertai Ppbm Mukhriz

Najib Zahid Azeez Dan Nazri Haram Sertai Ppbm Mukhriz

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 352 hits
Najib Zahid Azeez dan Nazri haram sertai PPBM MukhrizNajib Zahid Azeez dan Nazri haram sertai PPBM Mukhriz
Sertai Bersatu Tak Dibuat Tergesa Gesa Hampir Sebulan Istikharah Kata Tok Pa

Sertai Bersatu Tak Dibuat Tergesa Gesa Hampir Sebulan Istikharah Kata Tok Pa

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 257 hits
Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dilakukan secara tergesa gesa Malah bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau telah memikirkan perkara ber...
Mukhriz Jawab Nazri Buat Apa Nak Sertai Pembangkang

Mukhriz Jawab Nazri Buat Apa Nak Sertai Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 426 hits
Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak pelawaan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz untuk menyertai Umno yang dianggapnya sebagai tak masuk akal Nazri membuat pelawaan itu sebentar tadi atas alasan parti...
Kehadiran Tok Pa Dalam Bersatu Mampu Perkukuhkan Parti Kata Mukhriz

Kehadiran Tok Pa Dalam Bersatu Mampu Perkukuhkan Parti Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 352 hits
ALOR SETAR Keputusan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat dapat membantu memperkukuh parti selain merangka hala tuju yang jelas kepada negara Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri ...
Mahathir Rm2 6 Bilion Sumbangan Najib Boleh Kata Apa Saja

Mahathir Rm2 6 Bilion Sumbangan Najib Boleh Kata Apa Saja

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh katakan apa sahaja yang mahu dikatakannya tentang RM2 6 bilion adalah sumbangan daripada Arab Saudi tetapi seluruh ...
Nazri Melampaui Batas Bersatu Tidak Boleh Terima Sebagai Ahli

Nazri Melampaui Batas Bersatu Tidak Boleh Terima Sebagai Ahli

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 455 hits
BERSATU tidak akan menerima kemasukan mana mana individu yang dilihat boleh menimbulkan kemarahan yang sekali gus boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti tersebut Timbalan presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata sekiranya k...
Hishammuddin Tidak Sertai Bersatu Zahid

Hishammuddin Tidak Sertai Bersatu Zahid

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan desas desus kononnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak lama lagi Presiden UMNO berkata khabar angin yang tersebar memb...
Saya Dah Jadi Mb Nazri Patut Risau Masa Depan Beliau Kata Mukhriz

Saya Dah Jadi Mb Nazri Patut Risau Masa Depan Beliau Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 296 hits
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulangkan paku buah keras kepada Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya merisaukan masa depan sendiri Mukhriz berkata beliau tidak memerlukan perlindungan yang dita...
Nazri Dilarang Sertai Bersatu

Nazri Dilarang Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 326 hits
Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata tidak pernah terlintas dihatinya untuk keluar Umno dan menyertai BERSATU Sebaliknya bekas menteri pelancongan itu berkata apa yang difikirannya kini adalah mahu memperlawa...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti