Setiap Kali Kalah Pru Kita Bangkit Menang Bergaya


Setiap kali kalah PRU, kita bangkit menang bergayaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 18, 2022
Share

Anggota KEADILAN tidak boleh memiliki perasaan tidak yakin akan kemenangan menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata parti telah melalui banyak kali kekalahan dan kemenangan.
Oleh itu, katanya kekalahan dalam 4 Pilihan Raya Negeri baru baru ini diharapkan akan ada kebangkitan bergaya pada PRU ke 15.
“Kita pernah rasa banyak kali kalah daripada menang. Setiap kali kalah kita bangkit dengan bergaya.
“Kita akan menyelesaikan kesemua mesej yang dihantar oleh rakyat untuk kita hadapi PRU. Kita akan selesaikan rundingan kerusi dalam PH. Kita akan melakukan semakan data mempersiapkan parti melalui polisi yang disusun dengan analisis data dan menapis potensi calon yang ada.
“Kita menyusun manifesto, skrip dan naratif kempen untuk kita berjumpa dan menerangkan kepada rakyat. Kita harus masuk dengan satu sikap optimis, tak boleh mengalah, slogan kita ‘lawan tetap lawan’.
“Kerana itu kekalahan di 4 negeri banyak memberi pengajaran dan kita akan belajar dari situ. Orang kata kalah itu gambaran gelapnya malam. Orang juga kata, bila malam bertambah pekat itu tandanya fajar semakin dekat. Yang ada ialah cahaya menggantikan kegelapan itu. Ini agak falsafah sikit,” ucapnya dalam Majlis Sambutan Aidilfitri di Cabang Gombak, malam tadi.
Namun menurut Saifuddin lagi, sebelum bangkit penuh bergaya maka rakyat mahu melihat KEADILAN yang bersatu dan mantap terlebih dahulu.
Hal itu akan diperolehi, katanya jika anggota memilih calon yang betul dalam Pemilihan KEADILAN 2022.
“Tetapi nak yakinkan rakyat perlu kukuhkan dulu parti, satukan hati pejuang parti, gembeleng semua potensi orang nak menyumbang kepada parti.
“Bila parti telah mantap, mudah kita turun jumpa rakyat untuk bawa tawaran kita. Tawaran yang pertama mestilah misinya mempertahankan kerajaan kita di Selangor yang diketuai oleh Datus Seri Amirudin Shari. Yang itu tak ada kompromi,” katanya.
Selain itu, Setiausaha Agung KEADILAN itu juga mengimbau serba sedikit sejarah panjang perjuangan beliau dalam parti yang sama sama diasaskannya pada 1999.
Menurut Saifuddin, beliau telah menjadi Setiausaha Agung selama 12 tahun. Pernah menjadi Pengarah Strategi dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN.
“Kalau kawan kawan di Gombak merasakan satu sifat yang perlu ada kepada timbalan presiden parti ialah pengalaman maka saya minta pertimbangkan Saifuddin untuk jawatan timbalan presiden .
“Selepas Februari 2020 pula, ada satu lagi sifat yang mahal iaitu kesetiaan. Itu yang mahal dalam perjuangan kita. Kesetiaan kepada parti sesuatu yang berharga.
“Ini saya buktikan selama 23 tahun sama ada parti kuat atau lemah, senang atau susah, saya berjuang dan berkerja untuk KEADILAN.
“Kalau kawan kawan merasakan ciri timbalan presiden itu adalah kesetiaan, saya merayu untuk memberi peluang saya sebagai timbalan presiden,” katanya.
Di samping itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu juga tidak lupa memperkenalkan rakan #KitaSemuaKEADILAN seperti calon Naib Presiden Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid serta Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Rakan saya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Kalau kita masih ingat dia disebut giant killer kerana dia bertanding melawan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan apabila Datuk Ali kalah, Datuk Seri Shamsul jadi Ahli Parlimen manakala Tun Ali Rustam jadi Gabenor Melaka. Itu kelebihan Shamsul, calon nombor 17,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/setiap-kali-kalah-pru-kita-bangkit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Pkr Akan Tentukan Parti Kalah Menang

Ahli Pkr Akan Tentukan Parti Kalah Menang

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 174 hits
MOHD SHAH RIMAku minta maaf tak dapat replied inbox rakan rakan yang tanya status terkini pemilihan PKR sebab tak follow sgt cuma dari hint rakan rakan kem khemah besar akan menang mengalahkan kem Ayuh Malaysia jika benar dakwaan ini aku uc...
Boleh Menang Pru 15 Bawa Isu Anak Muda Pengangguran

Boleh Menang Pru 15 Bawa Isu Anak Muda Pengangguran

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 171 hits
Boleh menang PRU 15 bawa isu anak muda pengangguranPosted By on May 13 2022Kempen Pemilihan KEADILAN 2022 penuh dengan pelbagai idea yang dilontarkan pihak bertanding untuk memastikan parti menang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Salah satu id...
Formula Awal Menang Pru 15

Formula Awal Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 202 hits
SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat menjadi kuat dan utuh sebagai formula awal untuk menang Pilihan Raya Umum ke 15 kerana gerak kerja pilihan raya melibatkan kerjasama secara berpasukan Calon Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution...
Cash Is King Gagal Beli Sokongan Pru 14

Cash Is King Gagal Beli Sokongan Pru 14

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 177 hits
Cash is king gagal beli sokongan PRU 14Posted By on May 14 2022Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak malam tadi sekali lagi mengungkapkan perkataan cash is king Najib yang mengubah erti king sebagai rakyat...
Pru Ismail Kata Perlu Bincang Dengan Kabinet Dulu

Pru Ismail Kata Perlu Bincang Dengan Kabinet Dulu

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 161 hits
malaysiakini comIsmail Sabri Yaakob berkata sebarang cadangan pembubaran parlimen perlu dibawa kepada kabinet terlebih dulu sebelum menghadap Yang di Pertuan Agong Perdana Menteri berkata dia perlu berbincang dengan anggota kabinet dan perl...
Umno Lulus Pinda Perlembagaan Tangguh Pemilihan Lepas Pru

Umno Lulus Pinda Perlembagaan Tangguh Pemilihan Lepas Pru

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comUmno hari ini berjaya meminda perlembagaan parti mereka bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan selama enam bulan selepas pilihan raya umum Cadangan pindaan itu mendapat sokongan sebulat suara membabitkan kira kira 2 58O per...
Pru 15 Jika 3 Penjuru Dapat Tambahan 15 Undi Jadi Pemenang

Pru 15 Jika 3 Penjuru Dapat Tambahan 15 Undi Jadi Pemenang

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 159 hits
PRU 15 jika 3 penjuru dapat tambahan 15 undi jadi pemenangPosted By on May 13 2022Persaingan hujah dalam pertandingan posisi Timbalan Presiden KEADILAN yang ditandai dengan kata kunci khemah besar dan agreasif menyerang mempunyai naratif da...
Ph Persiap Strategi Baru Menjelang Pru 15

Ph Persiap Strategi Baru Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 179 hits
PH persiap strategi baru menjelang PRU 15Posted By on May 11 2022Ulang tahun ke 4 penubuhan kerajaan Pakatan Harapan atau kemenangan rakyat pada hari ini wajar diingati oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai detik kemenangan kebenaran ke atas...
Mampukah Ph Buat Kejutan Pru 15

Mampukah Ph Buat Kejutan Pru 15

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 105 hits
Mampukah PH buat kejutan PRU 15 Posted By on May 10 2022Perubahan politik pada tarikh 9 Mei 2018 diingati seluruh rakyat Malaysia sebagai Revolusi Demokrasi yang membebaskan negara daripada belenggu penindasan rejim BN sejak 61 tahun Bagi A...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction